Tak Sangka Keledek Antara “Superfood” Yang Diperlukan Otak. Keledek, ada macam-macam warna di pasaran kan? Tapi, setiap satu jenis tu rasa nya berlainan ke? Makanan yang tak berapa dipandang oleh masyarakat sebab dikatakan kalau makan kledek jadi kembung. Rupanya kaya dan tinggi khasiat. Apa Khasiatnya? jom kita baca perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar
Keledek masuk kategori superfood. Bagus untuk otak. Cantikkan kulit.
Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi antioksidan.
Kandungan B6 dalam keledek adalah dambaan otak. B6 akan pacu kelajuan otak. B6 juga akan berperang dengan hormon stres – homocystein.
Dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia akan bantu kolagen. Kulit jadi anjal susah berkedut.
Ads
Makan keledek dapat bantu tidur nyenyak. Kandungan magnesium dalam keledek adalah kuncinya.
Iron dalam keledek pula kuatkan sistem imun. Apabila kita ambil keledek secara berkala.
Mesra usus. Galakkan pertumbuhan bakteris baik termasuk spesis Bifidobacterium dan Lactobacillus.
Nak beli keledek manis yang sedap, boleh beli dekat Cameron Highland. Tapi, tah bila pula nak pergi kan? apa kata beli je online dekat sini https://invol.co/clajxsp
Ads
Kita boleh ucapkan selamat tinggal pada selesema dan batuk. Ucapkan sayonara pada demam.
Lebih menarik ialah kajian oleh Harvard University. Kajian libatkan 124,000 orang.
Mereka yang makan keledek dapat kurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 32%. Kuncinya pada anthocyanin yang ada pada keledek.
Serta beta-carotene untuk penglihatan. Beta-carotene ditukarkan kepada vitamin A. Dan digunakan untuk membentuk reseptor pengesan cahaya dalam mata.
Ramai Selalu SILAP, Ini 8 Tip Pilih Langsir Ikut Gaya & Saiz Rumah! Pening kepala nak pilih langsir yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Sebenarnya, memilih langsir yang sepadan lebih daripada melihat coraknya sahaja. Nak mudah, cuba ikut 8 tip yang Impiana kongsikan ni
Apabila ingin membeli langsir , pastikan ukuran diambil dengan cara yang betul. Masih ramai yang tidak tahu ukuran yang paling tepat agar langsir yang digantung terletak cantik dan kemas. Langsir yang dipilih tidak sepatutnya terlalu senteng sehingga mewujudkan ‘gap’ yang sangat ketara antara lantai dengan kaki langsir.
Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai serta tidak terlalu labuh sampai menyapu lantai.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel yang selamat untuk digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman anda. Warna pastel juga boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar.
Namun begitu penggunaan warna yang terang boleh memberi daya tarikan yang berbeza sekiranya anda bijak dalam memilih warna yang bersesuaian dengan hiasan dalaman serta perabot.
Setiap ketebalan langsir yang terdapat di pasaran direka mengikut kesesuaian kediaman. Jenis ketebalan fabrik langsir bukan hanya direka bergantung pada keketapan konsep hiasan dalaman rumah malah anda harus mengenal pasti adakah ruang kediaman menerima cahaya matahari yang cukup atau tidak.
Jika kedudukan rumah anda tidak dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi, maka pemilihan langsir yang nipis seperti langsir sheer atau langsir berwarna terang.
Warna gelap atau langsir jenis blackout pula sesuai bagi rumah yang lebih luas dan menerima cahaya luar yang banyak.
Langsir yang bercorak pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan yang menarik bermula dari cetakan bunga yang paling klasik hingga cetakan bergaya yang dilihamkan oleh bentuk geometri, jalur atau polka dot.
Pemilihan langsir yang bercorak tentunya lebih menonjol namun dapat memberi pandangan yang mempersona sekiranya anda bijak dalam memilih hiasan yang sederhana. Elakkan penggunaan kertas dinding yang bercorak atau hiasan yang terlalu sarat agar keadaan ruang tersebut lebih tenang dan seimbang.
Sekiranya sofa atau kertas dinding sudah mempunyai corak yang sarat, langsirnya biarlah polos atau corak yang samar-samar sahaja.
Penggantung atau rod langsir diperlukan untuk menggantung langsir. Pemilihan rod langsir yang sesuai dengan rekaan langsir sangat penting bagi memastikan langsir terletak cantik.
Terdapat pelbagai pilihan material rod langsir di pasaran. Pemilihan bahan yang disukai ramai adalah jenis aluminium alloy untuk kelihatan lebih moden, dan jenis kayu bagi menambah sedikit banyak rasa keaslian ke ruangan rumah.
Untuk warna rod langsir pula, warna-warna yang rekomen adalah warna hitam, emas, putih dan warna kayu di mana warna-warna tersebut amat mudah memadan dengan kebanyakan warna langsir dan perabot-perabot di rumah agar dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Oleh itu, penggunaan rod langsir yang bersesuaian dengan langsir dapat memberi impak kepada ruangan anda.
Setiap rumah mempunyai ukuran yang tersendiri. Ada rumah yang mempunyai jendela yang besar namun ada juga yang mempunyai jendela bersaiz sederhana. Kediaman seperti unit apartmen atau kondominium selalunya mempunyai sepasang jendela di tengah dinding sekitar lebar 8’.
Oleh itu, anda boleh memenuhi dinding yang kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple sebegini mampu mewujudkan ruang yang biasa tampak lebih grand dan elegan. Simple but nice 🙂
Pastikan langsir yang dipilih bersesuaian dengan jendela kediaman anda. Terdapat pelbagai rekaan langsir yang berada di pasaran. Rekaan yang sarat dan dramatik selalunya sesuai untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Pastinya tampak elegan andai rumahnya besar, luas serta mempunyai perabot dan juga hiasan dalaman yang mewah.
Tetapi jika rumah anda bersaiz sederhana atau kecil, penggunaan langsir yang sarat boleh membantutkan pemandangan dan kelihatan ‘semak’. Sebaliknya, pilihlah langsir yang simple dan sesuai dengan situasi kediaman anda.
Penampilan keseluruhan bilik bergantung pada kesesuaian langsir. Ketinggian langsir juga mempengaruhi pandangan.
Linen pendek, dihadkan oleh tepi bawah tingkap membolehkan anda melihat pemandangan langit dengan jelas dan memberikan ketenangan sepanjang berada di bilik. Langsir seperti ini sesuai untuk apartmen. Condominium atau bilik yang kecil.
Bagi kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang standard, langsir yang digantung mestilah tidak menyentuh lantai. Hal ini boleh membuatkan tingkap tampak lebih ekspresif terhadap latar belakang dinding.
Bagi kediaman reka bentuk moden pula, labuh langsir boleh ditambah sebanyak 10-15cm. Rekaan ini boleh mewujudkan suasana yang selesa di dalam bilik.
BUAT SENDIRI memang menyeronokkan kalau berhasil, apa kata kita cuba projek BUAT SENDIRI ni. BUAT SENDIRI perabot taman dengan 45 kayu palet. Laman yang dah lama hambar tu boleh la berwajah baru lepas ni. Bersantai dengan keluarga tercinta hujung minggu memang terbaik tambah pulak buat BBQ…
Untuk projek ini, anda akan memerlukan kira-kira 45 batang kayu palet dan…
Kemudian, anda boleh mengubah taman anda dalam hanya beberapa jam.
Bersih dan gosok semua kayu palet dengan kertas pasir.
Tugas ini lebih mudah sekiranya anda mempunyai mesin pengamplas kayu, tapi jika tiada, anda boleh menggosoknya secara manual. Mungkin, ia agak remeh tetapi hasil akhirnya berbaloi dengan peluh dan air mata anda.
Selepas itu, cat semua palet dengan warna pilihan anda. Untuk mendapatkan rekaan gaya Inggeris, kami sarankan anda memilih warna putih. Jika anda mahu membuatkan taman nampak lebih luas, pilih warna lembut seperti warna pastel.
Penyembur cat automatik akan membuatkan tugasan ini lebih pantas. Namun, saya cadangkan anda untuk menyewa atau meminjam satu penyembur dari rakan anda kerana masa yang diperlukan untuk mengecat 45 kayu palet dengan berus cat tidaklah menyenangkan.
Selepas anda mengecat palet anda, biarkan ia kering selama 24 jam.
Sekarang, masa untuk memakukan kayu palet anda.
Ia lebih bagus sekiranya anda membuat lakaran rekaan taman mengikut keinginan anda. Ini akan memberikan kepada anda idea tentang berapa banyak kayu palet yang anda perlukan dan di mana dan bagaimana untuk menyusunnya.
Selepas anda selesai meletakkannya di mana perlu dengan paku dan gam kayu, langkah terakhir adalah hiasan.
Anda boleh menghias teres kayu anda dengan kusyen dan bantal berwarna-warni dan juga elemen hiasan yang lain untuk mendapatkan rupa taman yang hangat dan selesa seperti yang anda inginkan.
Siapa yang tak suka untuk berehat di teres kayu pada waktu petang yang redup? Saya sudah tentu suka. Sambil duduk bersembang, sambil minum teh dengan keluarga atau rakan-rakan!
Ya! Sekarang anda tahu yang anda boleh membuat sesuatu yang kreatif dan cantik dengan kayu palet tanpa perlu berbelanja besar.
Pada era DIY ini, ia sungguh bermanfaat untuk menemui benda kreatif yang boleh anda buat dengan objek-objek biasa di sekeliling anda.
Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.
1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman
4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu
10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.