Tak Fikir Panjang, Ramai Pemilik Kediaman Menyesal Beli RUMAH KONDOMINIUM

Tak Fikir Panjang, Ramai Pemilik Kediaman Menyesal Beli RUMAH KONDOMINIUM. Tinggal di bandar, rumah kondo bagaikan cendawan selepas hujan. Lambakan rumah kondo dibina di kawasan yang padat penduduk. Nak beli rumah teres pula punyalah mahal! Harga rumah kondo pula setanding harga rumah teres di pinggir bandar.

Jadi pilihan yang ada hanyalah rumah kondo yang lebih mampu milik. Dari segi kelebihan banyak fasiliti tambahan menarik yang ditawarkan seperti kolam renang, gym, lif, kedai serbaguna, taman permainan dan privasi keselamatan 24 jam.

Namun demikian, tak dinafikan selepas beberapa tahun, ramai pembeli rumah kondominium mula mengeluh dan rasa menyesal di kemudian hari. Antaranya sebab ini;

1. Isu Strata Title & JMB

Urusan jual beli jadi susah bila melibatkan hak milik strata, ditambah pula dengan pengurusan JMB yang tak telus atau bermasalah.

2. Harga Jual Lambat Naik

Kena tunggu lama baru nilai rumah naik. Kadang-kadang langsung tak naik sebab lambakan unit di pasaran.

3. ‘Price War’ Sewa

Ramai pemilik nak sewakan unit masing-masing menyebabkan perang harga. Akhirnya, ramai kena turunkan harga sewa walaupun kos maintain tetap tinggi.

4. Maintenance Fee Naik, Tapi Fasiliti Rosak

Bayaran penyelenggaraan naik setiap tahun, tapi kolam renang, gym, lif semua makin lama makin rosak dan tiada pembaikan jangka panjang. Malah hutang rumah dah habis bayar sekalipun, bayaran penyelenggaraan semakin naik setiap tahun bahkan tetap perlu dibayar selamanya.

Tak Fikir Panjang, Ramai Pemilik Kediaman Menyesal Beli RUMAH KONDOMINIUM

Sementara itu, antara tip penting sebelum beli rumah kondominium, terutamanya jika beli jenis kondomonium subsale pertimbangkan aspek ini.

6 TIP PENTING Sebelum Beli Rumah Kondominium:

1. Semak Jenis Hak Milik (Strata vs Individu)

Rumah kondo biasanya ada strata title. Ini bermaksud anda hanya miliki unit dalam bangunan, bukan tanah. Jadi, semua keputusan perlu ikut majoriti pemilik lain & JMB (Joint Management Body).

2. Periksa Status JMB & Pengurusan

Kalau JMB lemah, keseluruhan pengalaman tinggal akan terjejas. Lif lambat dibaiki, sampah lambat dikutip, kolam renang kotor dan lain-lain. Tanya jiran sedia ada, atau semak dalam forum.

3. Tahu Caj Maintenance dan Sinking Fund

Ini wajib! Jangan hanya tengok harga rumah. Caj bulanan maintenance fee + sinking fund boleh jadi RM200–RM600 sebulan atau lebih. Kena pastikan mampu bayar long-term.

4. Nilai Potensi Kenaikan Harga

Unit kondo banyak di pasaran, jadi nilai naik lambat. Elakkan beli unit terlalu banyak pesaing atau projek yang belum siap (under-construction) kalau nak cepat jual balik.

5. Semak Parking & Akses Lif

Pastikan unit ada parkir sendiri dan akses lif dekat. Ramai tak sedar unit cantik tapi kena jalan jauh, naik lif berlapis-lapis. Letih dan menyusahkan bila dah duduk nanti.

6. Lawat Semasa Waktu Puncak

Datang waktu pagi, tengah hari dan malam. Tengok kawasan bising ke tak, banyak orang luar berkeliaran ke, kawasan selamat ke. Jangan hanya tengok waktu siang.

IMPIANA: Apapun sebelum nak beli rumah atau tambah unit hartanah, kena ada ilmu dan pertimbangkan sebaiknya. Nak beli rumah bukan sahaja bergantung pada jenis kediaman namun utamakan juga dari segi lokasi yang strategik dan mempunyai banyak fasiliti yang tersedia.

Mesti Baca: Fikir Masak-Masak SEBELUM Buat Keputusan Beli 3 Jenis Kediaman Ini
Baca Lagi Di Sini: Beli Rumah ‘Lot Bumi’ Dan ‘Non-Bumi Lot’, Ini Kelebihan Dan Kekurangannya!
Artikel Menarik: Beli Rumah Letak Dua Nama, Ini Kesan Yang Ramai Yang Tak Tahu

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads