Kita semua pasti pernah menghadapi situasi di mana tetamu datang secara mengejut dan tiba-tiba tanpa memberitahu tuan rumah lebih awal. Sehinggakan tak cukup masa nak mengemas dan bersihkan kediaman untuk menyambut tetamu.
Tapi anda jangan risau, kali ini IMPIANA ingin kongsikan cara mudah untuk anda bersihkan rumah dalam masa 15 minit sahaja!
Anda perlukan :
Ads
Pembersih Vakum
Getah Penyeka
Pembersih Pelbagai Guna
Cecair Pembersih Tandas
Berus Tandas
Surat Khabar Lama
Span
Penyapu Berus
Ads
Dalam situasi begini, adalah menjadi satu kelebihan jika anda mempunyai ruang penstoran khas untuk kesemua alatan pembersihan. Proses pembersihan akan lebih mudah dan tentunya cepat kerana anda sudah tahu dimana letaknya alat-alat yang diperlukan tanpa perlu membuang masa.
Vakum kawasan kering (2 MINIT)
Sedut segala kotoran dan habuk dibawah atau dicelah sofa, meja kopi, almari, sinki dan juga alas kaki.
Gunakan span untuk bersihkan permukaan jubin, sinki dan kawasan tandas (5 MINIT)
Lakukan dalam gerakan ‘circular’ atau secara putaran untuk menghilangkan daki atau lumut pada celah-celah jubin.
Berus lantai (2 MINIT)
Kerja ini lebih mudah untuk dilakukan jika anda mempunyai berus dengan batang yang panjang bagi mengelakkan sakit belakang.
Bersih dan kilatkan cermin (2 MINIT)
Semburkan cecair pelbagai fungsi dan gosok dalam pergerakan berputar menggunakan surat khabar lama.
Cuci mangkuk tandas (1 MINIT)
Tiada siapa sukakan mangkuk tandas yang kotor! Tuangkan pembersih tandas dan berus mangkuk tandas sebelum anda ‘flush’ kan nya supaya kelihatan lebih bersinar.
Sembur air pada semua permukaan di tandas (1 MINIT)
Dengan pancutan deras, halakan hos pada sekeliling tandas yang telah anda cuci untuk jimatkan masa.
Seka dan mop air (2 MINIT)
Ambil getah penyeka dan tarik air masuk ke ‘floor trap’ agar lantai tidak terlalu licin untuk tetamu. Mop dan gantikan alas kaki sebagai sentuhan terakhir.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bayam berazil atau dikenali dengan nama bayam sissol/samba lettuce / poor mans’s spinach antara sayuran yang paling mudah ditanam dan cepat membiak. Namun hakikatnya terdapat rahsia disebalik sayuran hijau berdaun kerinting ini. Menurut salah satu artikel di dalam Website majalahsains.com, terdepat beberapa khasiat bayam brazil terhadap kesihatan
1. Bayam brazil mengandungi enzim yang berupaya membantu melawan kanser.
2. mengekalkan kesihatan mata 3. Membekalkan vitamin K dan juga menguatkan tulang.
4. Bagi mereka yang ingin berdiet, bayam brazil antara sumber makanan rendah karbohidrat dan lemak 5. Selain itu, spesis sayuran yang terdiri di dalam golongan bayam brazil ini membantu meningkat sistem imunisasi badan
6. Membantu sistem penghadaman 7. Mengelak masalah sembelit
8. Membantu melancarkan darah 9. Mencegah anemia
10. Mengatasi masalah gusi 11. Nutrisi yang baik untuk pembesaran
12. Mengekalkan stamina 13. Mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium.
14. Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda 15. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung (Leonardo et al., 2014).
Cicak yang merupakan sejenis haiwan reptilia berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri. (Wikipedia)
Dirumah, cicak dianggap binatang yang kotor dan mengganggu ketenteraman keluarga. Jadi bagi membantu menyelesaikan masalah ini, Puan Hani Mynis ada membuat satu perkongsian yang amat berguna buat kita semua. Jom kita semak.
Pengurusan cicak di kediaman
Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yg merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering
Punyalah hani anti (dan geli ) dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas utk dia haha
Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia hehe
Biodata cicak
Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
Pemangsa cicak : burung
Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju
Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat
10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita
1.Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak
2. disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :
3. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.
4. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha
5. Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang2.
6. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.
7. letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.
8. lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) utk elakkan cicak melintas atas meja makan kita
RESIPI DIY SURFACE CLEANER
250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol
9. guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni
10. bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia
So pilihlah cara yg mana satu yg nak diguna utk singkirkan cicak kat rumah.
Ada sesetengah mesin basuh baju disediakan program untuk mencuci tiub atau dram. Namun itu bukanlah jaminan kepada kebersihan bahagian-bahagian yang tersembunyi. Ini kan pula bagi mesin basuh yang tiada option tersebut. Habis, macam mana nak cuci mesin basuh? takkan perlu tanggalkan setiap bahagian untuk mencuci?.
EH! tak perlu susah-susah. Kita ikut sahaja langkah yang telah disediakan oleh perkongsian sahabat kita di laman facebook. Radi apiz hanya guna dua bahan mudah sahaja untuk mencuci mesin basuhnya. Dan yang paling penting, tak perlu dibuka drum atau mana-mana bahagian. Lakukan seperti cucian baju bisa.
Sejak pakai mesin basuh baru, ni la pertama kali saya cuci. Setahun lebih jugak la saya beli mesin ni. Akhir-akhir ni bila cuci baju ada keping-kepingan habuk melekat pada baju. Jadi, saya google la cara-cara nak cuci mesin basuh. Pagi tadi saya try buat. Memang puas hati tengok keladak-keladak mesin tu keluar. Guna 2 bahan je iaitu cuka dan baking soda. Moga bermanfaat.
1. Buka penapis ni dan cuci bersih. Kemudian pasang semula.
2. Masukkan baking soda di ruangan sabun. Kalau tak ada, boleh tabur terus dalam drum
3.Masukkan cuka di ruangan sabun. Campuran ini akan menghasilkan buih
4. Pilih program tube clean. Kalau yang tak ada boleh guna cucian biasa dan aras nya maximum
5. Biarkan proses berlangsung seperti biasa
6. Keladak dari dinding drum atau tube mula kelihatan
7. Lakukan beberapa kali bilasan sehingga semua keladak terperangkap di dalam penapis dan buangkanya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.