Bukan mak-mak je tertekan bila anak terkencing atas tilam, si ayah pun jadi mangsa perlu uruskan. Menjemur tilam yang terkena urin, bukanlah penyelesaian terbaik. Kadar kelembapan boleh di cegah. Akan tetapi, aromanya tu memang buat orang pening kepala. Tambahan, tilam bukan boleh basuh guna air pun. Kalau terpaksa basuh pun, akan ambil masa yang lama untuk kering.
Bagi mengatasi masalah ini tanpa modal yang banyak, mak dan ayah boleh ikut 5 langkah mudah ini:
Langkah #1 Cuci Segera, Jangan Tangguh!
Bila dapat tahu anak terkencing atas tilam, bertindaklah segera. Tanggalkan cadar dan asingkan bantal atau selimut yang tidak terkena air kencing. Jangan masukkan cadar yang terkena air kencing tadi kedalam mesin basuh yang bercampur dengan pakaian. Asingkan jika boleh.
Langkah #2 Gunakan Sabun Atau Pencuci
Ambil secebuk air, lalukan ia di permukaan tilam yang terkena air kencing tersebut. Gunakan kain atau tisu setiap kali air dilalukan untuk tujuan mengelap bahagian najis air kencing. Gosokan sedikit jika perlu.
Anda boleh lakukan sehingga maksimum 7 kali dengan air yang bersih. Pastikan warna air kencing di atas tilang dihilangkan terlebih dahulu. Jangan biarkan bertangguh dikuatiri ia meresap jauh dalam liang-liang tilam.
Langkah #3 Taburkan Serbuk Soda Bikarbonat
Serbuk penaik atau soda bikarbonat sebenar sangat bagus untuk tujuan menyahkan bau dan menyerap kelembapan. Anda boleh gunakan serbuk soda ini dengan menaburkan ia di kawasan tilam yang terkena air kencing selepas proses mencuci tadi.
Biarkan ia selama beberapa jam, atau maksimum semalaman supaya ia serap segala bau dan meneutralkannya semula.
Langkah #4Keringkan
Keringkan tilam dengan memasang kipas angin, Buka langsir jika perlu supaya membolehkan cahaya matahari masuk. Boleh menggunakan penghawa dingin (aircond) untuk tujuan mengeringkan kawasan tilam yang masih lebab.
Bila permukaan tilam sudah kering, gunakan vacum untuk membersihkan serbuk soda bikarbonat yang ditaburkan sebelum ini.
Langkah #5 Gunakan penyegar fabrik
Jika masih terdapat sedikit bau yang kurang menyenangkan, gunakan semburan febreze anti bateria. Dengan cara ini, bau hancing atas tilam dapat dinyahkan 99% dan bebas kuman.
Jika masih ragu akan kesucian tilam yang telah terkena kencing tadi walaupun telah dicuci dan hilang baunya, boleh ikut cara ini pula
Cuci tilam terkena air kencing mengikut syarak:
1. Tekap kawasan yang tekena najis tadi dengan kain bersih sehingga hampir kering atau lembap
2. Siramkan 3 cawan air pada bahagian yang terkena air kecing tersebut
3. Keringkan. Setelah kering, ia dimaafkan pada syarak
untuk lebih lanjut boleh tonton video cerama Ustaz Azhar Idrus ini:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI