Jika bertandang kerumah orang masa kini pastinya kelihatan setiap rumah wajib ada sistem penulenan air langsung yang cukup memudahkan kerja didapur malahan mendapat hasil air yang lebih baik dan selamat untuk di minum. Dalam keghairahan memiliki sistem penulenan air ini, ada segelintir pemilik kediaman tidak dapat menerima reka bentuk sedia ada, bagi mereka keluasan ruang dapur di rumah mereka agak terhad membuatkan saiz yang besar ini tidak sesuai berada di dapur milik peribadi mereka.
Kini Coway, lebih prihatin dengan pemilik masa kini yang mempunyai kediaman kompak dan bersaiz sederhana. Reka bentuk yang lebih sleek membuatkan semua jenis kediaman mengidamkan saiz sistem penulinan air kali ini. Coway Malaysia memperkenalkan model penulen air terbarunya, Coway Kecil untuk pasaran Malaysia – di mana ruang kediaman kini semakin premium. Kecil tapi bijak seperti Sang Kancil yang terkenal di Malaysia, penulen air ini yang menampilkan teknologi penapisan langsung dengan reka bentuk minimalis akan sedia ada mulai akhir bulan Julai 2020.
Dinamakan dengan tepat, Kecil menunjukkan bahawa perkara-perkara hebat ternyata datang dalam pakej yang kecil. Elemen-elemen keunikannya dapat diringkaskan sebagai “7-1-0”:
Selebar hanya 7 inci – ia nya padat, kecil dan berkuasa!
Panel digital 1 Sentuhan – menawarkan pengalaman pengekstrakan air yang cukup mudah
0 Saat – jumlah masa yang diperlukan untuk mendapatkan air bersih dan selamat dari Kecil – dengan teknologi penapisan langsung Coway
Didapati dalam warna kuning sago (sago beige), ia direka khas untuk pemilik rumah yang arif dengan keperluan penjimatan ruang dan minimalis.
IKLAN
Encik Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia (kanan) dan Encik Chris Noh, Ketua Bahagian Pemasaran Coway Malaysia (kiri) bersama Penulen Air KECIL Coway
“Penulen air Coway Kecil membawakan air bersih yang mengubah kehidupan, khusus buat keluarga urban di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Coway Malaysia Kyle Choi Ki Ryong pada majlis pelancaran maya khas yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Majlis pelancaran tersebut menampilkan Anslem Roy, salah seorang pakar ilusi terkemuka di Malaysia, yang mempersembahkan penulen air Coway Kecil secara magis di atas pentas yang nyata mengujakan penonton!
Penulen air yang langsing serta praktikal ini menawarkan kemungkinan tiada batasan untuk “Mengubah Kehidupan Anda” – dari minuman sejuk yang menyegarkan kepada semangkuk mi yang panas untuk dinikmati dengan orang tersayang dalam sekelip mata. Coway Kecil sangat bersesuaian untuk gaya hidup kosmopolitan.
“Dengan sebilangan besar kediaman hari ini dengan ukuran purata 1.000 kaki persegi, serta pemilik rumah moden yang cenderung untuk memilih perkakas yang kompak berbanding yang besar, kami yakin Kecil akan menjadi rebutan di kalangan isi rumah urban di Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa ia boleh dipasang di setiap celah dan sudut dapur mahupun di ruang makan.
IKLAN
Ciri utama Coway Kecil adalah sistem penulenan air langsung, serta reka bentuknya yang langsing dan menawan. Coway baru-baru ini memenangi anugerah Platinum di bawah kategori penulen air untuk Reader’s Digest Trusted Brand 2020, untuk 6 tahun berturut-turut.
“Kami komited untuk memastikan semua orang dapat menikmati air bersih tanpa kekotoran untuk menjaga kesihatan dan kebahagiaan mereka. Keunikan Kecil adalah panel digitalnya yang memberikan pengalaman pengekstrakan air dengan satu sentuhan yang mudah dengan navigasi intuitif, menawarkan pelbagai tetapan suhu air untuk memenuhi pelbagai keperluan isi rumah Malaysia. Ini membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada air yang sejuk, panas mahupun suhu bilik dengan mudah,” tambah Choi.
IKLAN
Untuk mengoptimumkan tahap kebersihan, penulen air Kecil mempunyai penutup tap lutsinar yang mudah dicabut untuk dibersihkan. Ini juga membolehkan pengguna melihat kotoran yang mungkin terkumpul di permukaannya.
Penulen air Coway Kecil akan tersedia untuk disewa dengan kadar sewa bulanan hanya serendah RM99 atau boleh dibeli dengan harga RM 3,590.
Coway kekal sebagai nama yang terulung dalam reka bentuk produk inovatif sebagai The Life Care Company. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Penulen Air Coway, sila layarihttps://www.coway.com.my/products/water-purifier
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengenali latar belakang pasangan ini bukanlah setahun dua, melihat kejayaan yang diraih dengan baik serta berkembangnya perniagaan mereka dalam Industri Reka Bentuk Dalaman cukup membuatkan saya kagum dengan kecekalan Lokman Hakim Ahmad Subki dan Rabiatul Adawiyah Rasol iaitu Pemilik Syarikat Reka Bentuk Dalaman IDW Sdn Bhd (IDW).
Membina sebuah empayar ini bermula pada tahun 2007 sehingga kini bukanlah satu keajaiban yang dimiliki mereka. Bermula dari bawah sehinggalah kini membuatkan pasangan suami isteri cekal dalam mengharungi apa jua cabaran yang datang melanda. Bermulanya ruang perniagaan mereka di sebuah lot kedai tingkat atas yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Memberi 1001 pengalaman dan mengajar mereka untuk terus bersaing maju dalam industri ini. Bukan mudah untuk menjadi ikon dalam industri reka bentuk dalaman ini, kerana ramai diluar sana berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam menghasilkan rekaan mereka.
Tetapi Lokman Hakim dan isteri Rabiatul Adawiyah tidak pernah mengalah dengan situasi, mereka akan memastikan hasil kerja mereka adalah yang terbaik untuk semua pelanggan yang mereka ada. Apa yang menariknya tetang peribadi mereka berdua ini bukan sahaja hasil kerja, tetapi perwatakan dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua yang diharungi.
Hari ini saya diberi kesempatan untuk melihat kejayaan empayar IDW Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah. Keluasan pejabat lama dahulu hanya 1400 kaki persegi, kini pejabat urusan IDW Sdn Bhd berkeluasan 9000 kaki persegi. Jika dilihat dengan keluasan ruang pejabat sudah boleh digambarkan bagaimana ruang kerja di dalam IDW Sdn Bhd ini bukan. Lebih selesa dan lebih menawan hati untuk mood bekerja di sini. Ruang kerja bukan lah satu ruang yang boleh diambil ringan kerana ruang kerja atau pejabat adalah ruang yang akan menjana inspirasi dan juga semangat untuk kita melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Inilah semangat yang ada dalam diri pasangan ini. Ruang kerja yang sempurna, keselesaan pekerja adalah keutamaan mereka agar apa yang dilakukan oleh mereka diberkati. Kelembutan dan kemanisan pasangan ini membuat tidak ada sesiapa pun yang akan jemu berbual dengan meraka, idea dan tip hiasan dalaman yang selalu dikongsikan di dalam media sosial IDW banyak memberi inspirasi kepada anda di luar sana.
Ruang kerja berkonsepkan terbuka ini menjadi pilihan dalam susun atur ruang pejabat ini, pemilihan warna biru dan keemas an untuk interior dan logo syarikat membuatkan kesinambungan pejabat ini bukan lagi memberi aura berada di pejabat malahan terasa sentiasa berada di rumah. Inilah yang diterapkan di dalam IDW, agar semua pekerja mereka tatkala berada di pejabat akan berasa selesa seperti di rumah sendiri.
Terdapat mini surau yang cukup selesa dan sempurna untuk kegunaan semua. Walaupun Berjaya di dunia, mereka tidak pernah melupakan yang wajib ini yang uniknya team IDW. Tertarik saya dengan cara dan sistem kerja yang pasangan ini ketengahkan dalam menjayakan empayar mereka. Bukan mudah untuk menjadi senang. Semangat dan tawakal perlulah seiring dengan segalanya.
Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi tidak pernah membanggakan Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah, malahan mereka masih berkerja keras untuk memberi yang terbaik kepada pemilik rumah di Malaysia. Di sini saya kongsikan projek-projek untuk kediaman selebriti, insta famous dan juga pemilik kosmetik yang telah mereka jayakan dengan sempurna. Tiada kata lain setelah melihat hasil kerja IDW Sdn Bhd, segalanya jelas sentuhan magis membuatkan mereka menjadi pilihan dalam seni reka bentuk masa kini.
HASIL SENTUHAN MAGIS IDW
Jika hati terpaut dengan hasil kerja IDW boleh la layari www.IDW.design untuk melihat banyak lagi projek terbaru mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam menjalani kehidupan masa kini dalam era norma baru ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kesihatan semakin merosot kerana tekanan yang mungkin kita sendiri tidak perasan dalam situasi yang membinggungkan. Kali ini IMPIANA kongsikan inisiatif NESTLE OMEGA PLUS dalam membantu masyarakat dalam menangani masalah jantung. Sihat bermulanya dari rumah.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia terpaksa ‘berkurung’ di rumah bagi membendung wabak COVID-19, sekaligus memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius. Penjagaan kesihatan jantung anda adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak bermaharajalela. Dalam pada itu, individu dengan penyakit dan masalah jantung sedia ada, nampaknya lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi parah sekiranya dijangkiti COVID-19.
Menurut Persekutuan Jantung Sedunia1, hal ini kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah. Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit COVID-19 mengalami kerosakan jantung walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia2. Malahan, serangan jantung telah menjadi pembunuh No.1 negara kita selama lebih 15 tahun.
Dr. Rohith Stanislaus, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara berkongsi, “Kita dapat menyaksikan satu trend umum bahawa paras kolesterol di Malaysia semakin meningkat seiring kenaikan kadar penyakit arteri koroner dan serangan jantung.”
Penyakit jantung koronari berlaku apabila plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium dan sisa lain termendap pada saluran jantung. Pengumpulan plak inilah yang menjadi penyebab utama serangan jantung, yang tercetus apabila saluran tersebut tersumbat sepenuhnya dan menyekat bekalan darah ke jantung.
Meskipun statistik nampaknya suram, sinar harapan masih ada. Menerusi pilihan kita sendiri, kita sebenarnya mampu mengawal beberapa faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari.
Bagaimanapun, penjagaan kesihatan dan usaha mengubah gaya hidup sewaktu pandemik bukan semudah disangka, khususnya bagi mereka yang hidup dengan masalah jantung sedia ada.
Akan tetapi, ia bukannya mustahil, kerana terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil bagi meletakkan jantung anda kembali pada landasan yang betul, walaupun menghadapi wabak yang tiada kesudahan.
Diet yang sihat jantung
Menurut Dr. Rohith, diet yang seimbang, sihat dan terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan utama dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung. “Kurangkan pengambilan gula diproses dan garam, serta makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans” bukan sahaja satu langkah yang berkesan, tetapi juga mudah diamalkan di rumah.
Pastikan anda terapkan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet anda. Makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.
Amalan mengehadkan lemak tepu dan trans turut membantu mengurangkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit arteri koronari.
Di samping itu, makanan yang kaya asid lemak omega-3 dapat membantu memerangi penyakit jantung. Salmon, tuna, sardin, dan ikan hering merupakan sumber kaya asid lemak omega-3.
Sokalingam Karuppiah, 57, yang merupakan pesakit jantung di Institut Jantung Negara, telah menjalani prosedur Intervensi Koronari Percutaneus (PCI) dan Pintasan Graft Arteri Koronari (CABG) bagi dua serangan jantung masing-masing pada tahun 2013 dan awal tahun ini.
Selepas itu, beliau terpaksa membuat perubahan drastik dari segi diet bagi menjaga kesihatannya. “Sekarang, saya makan lebih banyak ikan, dan pastikan saya makannya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Saya juga telah menyingkirkan makanan berminyak dari diet saya, dan sebaliknya meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
“Jangan ambil mudah kesihatan anda. Perubahan tabiat makan anda merupakan satu pelaburan yang cukup kecil dan seharusnya menjadi kebiasaan kita semua. Saya kesal kerana mengabaikan kesihatan saya begitu lama. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya tetapi juga keluarga saya. Sekarang, ketika kita duduk di rumah, kita berpeluang memasak makanan sendiri yang jauh lebih sihat.”
Pengambilan sterol tumbuhan yang mencukupi juga terbukti dapat merendahkan kolesterol secara berkesan – sekurang-kurangnya 1.2 gram sterol tumbuhan sehari. Namun, bagi mendapatkan 1.2 gram sterol tumbuhan, anda perlu makan sekitar 255 biji tomato, 90 biji epal, atau 126 batang lobak merah!
Struktur sterol tumbuhan mirip kolesterol dalam badan kita. “Selepas dimakan, ia akan ‘bersaing’ dengan kolesterol dalam sistem penghadaman untuk diserap. Kesannya, penyerapan kolesterol tersekat dan menyebabkan paras kolesterol darah kita turun,” jelas Dr. Rohith.
Siah Peck Hwa, 41, ibu kepada dua cahaya mata berkongsi bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS membantu menguruskan paras kolesterolnya. “Saya mendapati kolesterol saya telah menurun apabila saya bermula mengambil susu ini. Kini, paras kolesterol saya jauh berbeza daripada sebelumnya.”
Sebenarnya, kuantiti makanan yang anda makan juga sama penting dengan jenis makanan yang diambil. Tabiat negatif seperti makan sehingga terlalu kenyang, pengambilan karbohidrat dan protein yang tidak sihat, dan menikmati ‘pusingan’ kedua makanan anda, dapat menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Setiap aktiviti kecil mampu mencetuskan impak bermakna
Walaupun amalan diet sihat merupakan kunci yang penting, senaman juga merupakan ‘ubat’ yang mujarab dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
Rakyat Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah (bahkan bekerja dari rumah), dan perlu mengimbangi pelbagai tugasan secara serentak, seperti penjagaan kanak-kanak atau pembelajaran dalam talian. Sebagai natijahnya, kita mengabaikan senaman dalam rutin harian kita.
Mengemop lantai rumah atau aktiviti berkebun mungkin kurang menyeronokkan kalau dibandingkan dengan joging atau kelas Zumba. Namun, aktiviti-aktiviti dan tugasan rumah sedemikian dapat membuatkan anda bergerak.
Sebarang pergerakan yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan harian anda adalah bermanfaat. Aktiviti semudah berjalan-jalan, menaiki tangga dan tugasan rumah dapat memanfaatkan jantung apabila dijadikan amalan rutin.
“Senaman jauh lebih mencabar hari ini akibat COVID-19. Saya biasanya pergi ke taman untuk berjalan-jalan, tetapi saya tidak dapat melakukan ini sekarang, kerana kes COVID nampaknya semakin teruk dan saya enggan mengambil risiko. Namun, saya cuba mengeluarkan peluh di rumah, dengan melakukan lebih tugasan rumah dan senaman ringan bagi membuat jantung saya mengepam,” kongsi Malek Mohamed.
Malek, bapa kepada 3 cahaya mata, menderita penyakit jantung sejak tahun 2006, dan perlu menelan 10-12 pil ubat setiap hari bagi menguruskan kesihatan jantungnya.
“Ramai yang ingat bahawa setelah menjalani pembedahan atau dirawat untuk penyakit jantung, semuanya akan kembali normal. Namun, ini jauh dari kebenaran, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh COVID di mana kesihatan anda amat penting. Anda harus melipatgandakan penjagaan untuk memastikan anda kekal sihat supaya anda tidak perlu lagi menjalani prosedur perubatan yang lain selain daripada mengambil ubat anda. Bagi saya, senaman merupakan antara langkah yang sangat saya utamakan,” tambahnya.
“Aktiviti seperti Walk A Million Miles sangat bermanfaat. Menyedari saya sedang melangkah ke satu misi yang dekat dengan hati saya – menjadi pembakar semangat saya untuk menyumbangkan langkah saya pada tahun ini. Ramai yang menganggap senaman sebagai satu beban. Namun, sekiranya ia dilakukan dengan cara menyeronokkan, terutamanya anda akan melangkah bersama-sama rakyat Malaysia lain ke arah matlamat kebaikan bersama, ia akan menyemarakkan lagi semangat anda! Sebagai penerima sumbangan Walk A Million Miles tahun lalu, saya amat bersyukur dan berharap untuk menyumbang balik kepada masyarakat.”
Bukti demi bukti manfaat senaman terhadap kesihatan jantung terus terserlah. Senaman membantu dengan membakar kalori, mendorong penurunan berat badan dan akhirnya menurunkan paras kolesterol. Di samping itu, senaman juga dapat ‘melatih’ jantung, seperti mana manfaatnya terhadap otot-otot lain dalam badan anda.
Dr. Rohith terus berkongsi, “Senaman dan aktiviti fizikal yang mencukupi, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu yang dapat dicapai melalui 30 minit sehari 5 kali seminggu, akan membantu menjaga kesihatan jantung anda. Cara mudah untuk meningkatkan tahap aktiviti termasuk menggantikan penggunaan lif dengan tangga.”
Menghindari tekanan
Individu yang menghadapi tekanan jangka panjang lebih cenderung beralih ke gaya hidup yang kurang sihat, seterusnya membawa kepada kehidupan yang tidak aktif, bahkan tabiat berbahaya seperti merokok, makan dan minum berlebihan – yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Lebih membimbangkan, mereka yang tidak pernah menghadapi cabaran kesihatan mental sebelum ini mula menunjukkan gejala atau mengalami beberapa aspeknya, dengan ramai rakyat Malaysia terjebak dalam kemurungan, masalah pengurusan kemarahan, serangan kegelisahan dan panik yang bertubi-tubi.
Norma baharu bekerja dari rumah telah mengaburkan sempadan antara dunia kerja dengan kehidupan peribadi. Oleh sebab pekerja perlu mengorbankan aktiviti riadah bagi memenuhi tuntutan majikan yang kian membebankan, mereka terpaksa menahan waktu kerja lebih lama yang akhirnya menimbulkan tekanan emosi.
Rakyat Malaysia mungkin berisiko menghidap penyakit jantung pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus menghadapi tekanan kronik.
Siah Peck Hwa yang mengalami komplikasi jantung semenjak zaman kanak-kanak sentiasa berpegang kepada mantra ‘menghindari tekanan’. “Ia sungguh mencabar buat saya. Saya akan memantau denyutan jantung dan tekanan saya setiap kali saya berasa tertekan. Saya mesti bertenang pada setiap masa. Sesuatu perkara yang kecil sudah cukup menjadikan saya gelisah dan tertekan, jadi saya mesti cuba bertenang dan berfikiran positif.”
“Meskipun tidak sedar, namun kita dengan begitu cepatnya jatuh ke dalam ‘perangkap’ gaya hidup tidak aktif. Pada masa ini, kita duduk lebih lama dengan mata melekat pada skrin, tidak kira bekerja, melayari media sosial, ataupun menonton filem dan menikmati permainan. Tabiat ini sangat tidak sihat dan akan menjejaskan kesihatan mental kita dalam jangka panjang.”
Adalah sangat penting kita meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang dapat merehatkan minda dan badan kita.
Mendapat tidur mencukupi setiap hari dan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan anda dapat membantu menghilangkan tekanan. ‘Digital detox’, atau tindakan berehat daripada skrin, bukan sahaja membantu meningkatkan waktu tidur dan daya tumpuan, tetapi juga memberi rehat kepada mata dan minda anda. Meditasi kesedaran (Mindfulness meditation) dapat membantu menangkis impak negatif COVID-19 terhadap kesihatan mental, apabila dilakukan sebagai sesi singkat setiap hari.
Pada tahun 2020, Siah Peck Hwa pernah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19. “Tahun lalu sangat sukar bagi saya kerana runsing memikirkan anak-anak dan keadaan jantung saya selain disahkan positif COVID-19. Namun, senaman mental yang mudah telah membantu saya mengharungi tempoh mencabar ini.”
Perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan
“Faktor risiko penyakit kardiovaskular terbahagi kepada dua kategori: dapat diubah dan tidak dapat diubah. Faktor risiko penyakit kardiovaskular yang tidak dapat diubah berpunca daripada faktor genetik, manakala faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh diubah adalah faktor yang dapat dikurangkan atau dikawal melalui perubahan tingkah laku seperti tabiat alkohol dan merokok,” jelas Dr. Rohith.
Pandemik ini juga dapat mencetuskan tabiat alkohol dan merokok yang lebih buruk.
Sebagai pesakit di IJN yang baru menjalani Pintasan Graft Arteri Koronari, Johnitar Behud terpaksa membuat beberapa perubahan gaya hidup. “Saya menghentikan rokok dan alkohol setelah didiagnos menghidap komplikasi jantung pada awal 2019. Sejak itu, saya mengamalkan senaman ringan dan diet seimbang seperti makanan rendah kolesterol dan tidak makan melebihi had yang ditetapkan.”
“Jika saya mampu melakukan perubahan ini sewaktu pandemik, saya yakin orang lain juga dapat membuat perubahan ke arah kebaikan jika mereka membulatkan tekad. Tidak perlulah membuat perubahan drastik. Mengambil bahagian dalam Walk A Million Miles 2021 dan menetapkan sasaran langkah setiap hari dapat membantu menerapkan jalan kaki ke dalam rutin harian anda dalam jangka panjang. Ini dapat membantu anda menghindari makanan yang tidak sihat, bahkan rokok dan alkohol”, tambah Johnitar.
Lawatan doktor dan pemeriksaan berkala dapat mengenal pasti faktor risiko dan menawarkan asas permulaan bagi mengambil langkah pencegahan. Tegas Dr. Rohith lagi, tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk mengorak langkah menjaga kesihatan anda. “Kami menyarankan saringan awal untuk mereka yang menghadapi pelbagai faktor risiko dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.”
Harus diingatkan bahawa kepatuhan diet yang ketat, rutin senaman dan pemantauan kesihatan di rumah tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin. Anda disarankan untuk menggabungkan lawatan doktor serta ujian berkala dengan peralatan di rumah untuk menjamin bacaan yang betul.
NESTLÉ OMEGA PLUS mengalu-alukan khalayak ramai untuk turut serta dalam Walk A Million Miles 2021 dengan memuat turun aplikasi mudah alih BookDoc untuk menjejaki bilangan langkah mereka.
Perkongsian ini amatlah berguna untuk semua rakyat Malaysia. Mulakan hidup anda dengan gaya yang lebih sihat selamat. Segalanya bermula dari rumah yang terbaik. Ingat IMPIANA tidak pernah lupa akan membawa anda semua untuk bina gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Berbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Kredit Gambar Mahmoud ZakiXinhua
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Kredit Gambar Mahmoud ZakiXinhua
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Kredit Gambar Mahmoud IssaReuters
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Kredit Gambar Mahmoud ZakiXinhua
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.