Sinki tersumbat? kebiasaanya, penyelesaian cepat popular yang diambila adalah dengan membeli cecair khas untuk menyingkirkan bahan yang tersumbat. Namun, tidak semua selesai dengan semudah itu. Ada sesetengah produk mengandungi asid yang akan bertindak balas pada permukaan metal lebih-lebih lagi jenis sinki stainless steel.
Mula lah pemilk gelabah nampak kesan seakaan karat mula muncul selepas penggunaan bahan tersebut. Di sental pun, sukar untuk hilang seperti yang berlaku keapda Khairi Nizar dalam perkongsiannya di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Salam warga tukang….. Saya ada beli benda ni di DIY. Katanye boleh buang apa-apa yang tersumbat di dalam paip. Tapi bila pakai, dia ada kesan di sinki le…. Boleh ajarkan ke macam mana nk keluarkan kesan ubat ni di sinki?
Melalui perkongsian tersebut, ramai mencadangkan En Khairi untuk menggunakan Autosol untuk menghilangkan kesan karat tersebut. Jadi, bagi anda yang alami masalah yang sama, boleh lah guna produk tersebut.
Bagi yang mendiami pangsapuri, sudah pasti, ruang anjung atau balkoni menajdi tempat untuk sidai baju. Tapi, memang tak cantik pemandangan kalau ada ampaian berjuntai-juntai di balkoni. Tambahan, pemandangan cantik tidak dapat dinikmati walaupun jemuran sudah diangkat. Nordin Nj ada idea lebih bernas. Sediakan ampaian mudah alih dari rod langsir dengan modal hanya RM 25.00
lepas habis sidai baju boleh simpan balik. Barang semua ikea
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Vertical garden memberi impak menarik pada dinding yang kosong. Ia juga berupaya menjadi feature menarik pada sesebuah ruang yang kosong. Namun, untuk memiliki sebuah vertical wall tumbuhan semula jadi, ia memerlukan sistem dan penyelenggaraan khas untuk memastikan ia malar hijau.
Sehubungan dengan itu, penggunaan tumbuhan artificial diperkenalkan bagi mereka yang mempunyai kekangan masa penyelenggaraan. Seperti yang dilakukan oleh Sasha James, Vertical garden dihasilkan dari tanaman artificial kedai bajet
Tapi harus diingat, vertical garden ini hanya sesuai di kawasan yang mempunyai teduhan seperti di dalam rumah dan interior kediaman
Bahan-bahan:
beberapa jenis tanaman artificial mengikut kreativiti (rumput, pakis dan palma)
Jaring dawai hijau
Skru penyangkut
Cable tight
Cara-cara:
1. Pasangkan jaring dawai hijau pada keseluruhan dinding yang hendak dihias menggunakan skru penyangkut yang dipasang pada dinding (penggunaan jaring hijau bertujuan memudahkan tanaman artificial disusun)
2. Susun tanaman artificial pada jaring yang telah dilekatkan pada dinding dan ikat dengan cable tight
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menjengah ke ruang dapur milik Siti Haryana Abdul Ghani penampilan begitu homey dengan pilihan rona pastel yang menyejukkan pandangan.
Transformasi yang dilakukan oleh team The tukang nyata memberi kepuasan kerana dapur idaman berjaya direalisasikan. Dapur bergaya open concept ini luas dan tanpa sekatan.
“Sejujurnya saya tidak menyukai idea untuk adakan wet and dry kitchen. Tapi di Malaysian ia normal. Pada saya dapur satu, sama ada dapur basah atau kering keduanya perlu dijaga dan dibersihkan. Bila disatukan secara automatik akan dijaga rapi,” akui Yana.
Bukan mudah untuk menghasilkan dapur idaman ini. Perbincangan demi perbincangan dengan pereka sebelum kata putus diambil.
Menurut Syaiful yang bertindak sebagai pereka dapur ini mengatakan apa yang diinginkan oleh pemilik ialah dapur serbaguna, di mana keperluannya sebagai seorang isteri,ibu dan juga wanita yang bekerja dapat diharmonikan dalam satu reka bentuk masa kini.
Renovasi dan penggunaan material
Setiap proses renovasi tentunya ada rintangan yang dihadapi, namun tanggungjawab yang diberikan menjadikan team pereka The tukang berjaya atasi cabaran sepanjang renovasi dapur ini.
Dapur pemilik yang dirancang dengan baik dan teliti bukan sahaja dapat hasil yang cantik, malah ia juga dapat memudahkan urusan ketika berada di dapur.
“Saya juga ada minta pereka untuk adakan cat area untuk ditempatkan dalam ruang dapur ini. Dapur dilengkapi pot filler untuk mudahkan urusan memasak. Selain itu saya minta adakan Pocket door. Rumah ini tidak mempunyai dapur basah. Inilah dapur utama saya. Pocket door sangat membantu to get everything in. Barang-barang penggunaan harian ada di dalamnya,”ujar Yana.
Bahan kabinet dapur ialah papan jenis blockboard sebagai body atau carcass. Manakala bahagian pintu menggunakan papan yang dirawat iaitu high moisture resistance board.
Dapur seluas 336 Kps ini membenarkan pemilik mewujudkan island sebagai ruang ekstra untuk penyediaan bahan memasak, ruang makan dan sebagainya.Table top island dan kabinet menggunakan porcelain marble finish.Backsplash dan table top menggunakan design yang sama bertujuan untuk mewujudkan rasa harmoni di pandangan mata.’
Pilihan rona kabinet dan ruang simpanan
Pemilihan warna adalah dari persetujuan bersama setelah kami mencuba beberapa sample yang disembur atas permukaan kayu. Cabaran juga mahu mendapatkan warna yang diingini pemilik.
“Warna cerah memang cantik namun perlukan lebih usaha. Maka selepas memasak saya akan pastikan dapur dibersihkan terus.Dapur sebelum ini berwarna putih. Bila nak buat yang baru ni tak mahulah putih juga. Mahukan warna cerah. Kini tona warna kelabu menjadi pilihan.
Bagi menambah aura dan mood di ruang dapur, peranan lampu sangat penting. Penggunaan spot light di ruang dapur memberi mood indah di dapur ini.
Pemegang dapur menggunakan material stainless steel. Bagi kemudahan mencuci, reka bentuk sinki undermount deep stainless steel digunakan.
Ruang penyimpanan bergantung pada saiz dapur dan juga kepakaran pereka bentuk dalam menggunakan ruang yang ada.
“Untuk storage, saya memang berbincang dengan designer apa yang saya mahukan di ruang dapur, storage untuk letak apa. Jadi dia akan design dan allocate apa keperluan yang saya inginkan. Pull out shelving sangat banyak membantu untuk penstoran barang. Selain itu pull out dustbin satu kemestian. Dapur ini jelas menggambarkan gaya hidup dan personaliti diri saya.” akui Yana.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.