Menikmati secawan teh uncang memang memberikan kesegaran dan membuatkan kita lebih bertenaga. Selain dari dibuat minum, sebenarnya uncang teh boleh berperanan lebih besar untuk melengkapkan kehidupan kita. Nak tahu apa yang boleh dilakukan oleh uncang teh untuk anda?

 

1. Melegakan iritasi/kecederaan di bahagian kulit

Uncang teh sangat berkesan memberikan kelegaan dan mengurangkan kesan sakit akibat kulit terbakar kerana sinaran matahari, lebam, kesan gigitan nyamuk dan radang kesejukan.

 


Caranya: Ambil satu uncang teh dan basahkan dengan menggunakan air sejuk/air aliran paip sinki. Setelah itu tekap/tekankan pada permukaan kulit yang tercedera itu. Anda juga boleh menggunakan uncang teh untuk menghilangkan kesan lingkaran hitam bawah mata dan bintik hitam pada kulit wajah.


 

2. Menghapuskan bau kasut

Uncang teh mempunyai kuasa ajaib yang dapat menarik atau menyerap bau yang kurang menyenangkan. Ini termasuklah digunakan untuk menyingkir bau masam/cagu di dalam kasut

 


Caranya: Masukkan uncang teh yang kering ke dalam kasut anda. Dan biarkan semalaman.


 

3. Mengharumkan peti sejuk

Selain dari penggunaan baking soda, anda boleh juga menggunakan uncang teh.

 


Caranya: Masukkan beberapa uncang teh ke dalam sebuah bekas terbuka. Masukkan ke dalam peti sejuk . Bau peti sejuk tidak lagi dikesan selepas itu.


 

4. Membersihkan minyak dan kotoran degil pada pinggan mangkuk

Tidak dinafikan kotoran degil dan minyak memang sukar ditangani jika anda terlewat membasuh perkakas tersebut. Namun dengan uncang teh ia berkesan menghapuskan masalah tersebut

 


Caranya: Rendamkan pinggan mangkuk yang kotor tersebut semalaman di dalam sinki yang telah dipenuhkan dengan air. Letakkan beberapa uncang teh. Esok harinya, anda akan mendapati kotoran tersebut mudah ditanggalkan!


 

5. Menjauhkan serangga/haiwan perosak

Haiwan perosak seperti tikus, labah-labah dan sebagainya kerap mendidiami kawasan rumah yang tersembunyi seperti di dalam kabinet dapur.

 


Caranya: Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kabinet dapur dan kawasan yang berpotensi dihadiri haiwan perosak berkenaan.