Begitu juga dengan kediaman usang ini, siapa sangka ia mampu menjadi apartmen moden yang versatile. Proses ubahsuai kediaman ini juga hanya memakan masa dua minggu.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Ads
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Ads
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Ads
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
Ubahsuai rumah yang telah didiami bukan lah satu perkara yang mudah kalau tiada perancangan. Jarang kali kita mendengar kerja renovasi mampu disiapkan dengan sempurna dalam masa 2 minggu kan? Memang hebat kontraktor yang mengubah suai kediaman ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buah dan sayur adalah makanan sihat yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi tinggi nutrisi penting seperti vitamin dan mineral. Namun, anda harus berhati-hati kerana disebalik kehijauan segar sayur-sayuran itu mampu memudaratkan kesihatan anda. Hal ini kerana, sayur dan buah ini mengandungi beberapa zat berbahaya seperti pestisida (bahan kimia untuk elak dari kerosakan /gangguan dari serangga lain) atau telur serangga kecil yang melekat pada sayur dan buah.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk membersihkan sayur walaupun sebenarnya hasilnya tidaklah 100%. Cara ini hanya boleh membantu membuang beberapa % racun dan telur serangga yang ada pada sayur dan buah.
Membersihkan buah dan sayur memang tidak semudah menghilangkan kotoran dari piring, kerana buah memiliki pori-pori meskipun tidak nampak. Bila racun atau telur serangga masuk ke dalam pori-pori kulit buah ini maka pembersihan biasa dengan cara mencuci tidak akan mampu membuang pestisida secara keseluruhan.
Selain itu, kerana buah dan sayur adalah makanan, anda juga tidak boleh sembarangan membersihkannya dengan sabun.
5 Cara Untuk Membasuh Sayur dan Buah Supaya Bersih
Cuci tangan anda dengan sabun sehingga bersih.
Basuh dan gosok perlahan dengan tangan permukaan buah dan sayur dibawah aliran air. Jangan gunakan sabun atau bahan kimia lain yang mampu mempengaruhi rasa buah dan sayur.
Buang daun atau lapisan paling luar jika sayur anda jenis membungkus seperti kubis. Untuk sayur jenis sawi, kangkung, dan sayuran berdaun yang lain anda perlu merendam ia kedalam air untuk menanggalkan tanah yang melekat serta serangga seperti ulat.
Rendam dengan garam untuk mencuci brokoli, dan sayuran lain secara satu persatu untuk membunuh ulat yang ada pada sayur serta buah.
Basuh sayur dan buah anda sehingga anda yakin ia bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak sangka, guesthouse yang di beri nama Jiran 58 ini merupakan teres yang telah berusia lebih kurang 30 tahun. Menariknya, pemilik tidak melantik pereka dalaman untuk proses ubah suai demi menjimatkan kos.
Secara fizikal, kelihatan tidak banyak perubahan dan pertambahan struktur asal. Dengan mengetengahkan gaya minimalis, dekorasi guesthouse yang terletak di Taiping, Perak ini kelihatan lebih segar dan unik
Dengan keluasan hanya 680 kaki per segi, tidak menghalang pemilik akaun facebook Farinie Marican untuk menjadikankediamannya terlihat elegant dan cukup selesa buat dirinya serta suami dan 3 orang anak.
Puan Farinie untuk mendeko rumah beliau dengan indah sekali. Rumah yang telah didiami selama tiga tahun ini diubahsuai secara berperingkat-peringkat. Mengetengahkan konsep kontemporari, rumah apartmen kecil kos sederhana ini terlihat sangat timeless dengan setiap perincian yang telah dipilih dengan teliti oleh pemiliknya. Patutlah nampak macam rumah kondominium mewah. Idea keseluruhan renovasi datangnya dari pasangan suami isteri ini sendiri tanpa melantik konsultan. Sungguh hebat dan kreatif!
Jadi mari sama sama kita scroll down untuk lihat transformasi rumah ini.
SELEPAS
Siling plaster yang dipasangkan chandelier dan downlight kelihatan amat menawan dengan pencahayaan yang betul, sekaligus dapat membangkitkan mood romantis pada ruang. Kertas dinding juga ditampal sebagai feature wall dibelakang kabinet tv selain wainscoting yang dilihat mendominasi segenap dinding ruang tamu dan koridor ke bilik menjadi pilihan pemilik, selain diselitkan dengan pelbagai aksesori menarik seperti hiasan bunga orkid, jam dinding dan lampu gantung dan cermin geometri yang dapat menaikkan mood ruang dengan serta merta. Dan jangan terkejut jika anda tahu ibu muda ini hanya membelanjakan sebanyak RM20k untuk kos keseluruhan pengubahsuaian rumahnya. Sudahlah pandai menghias, bijak berbelanja dan merancang pula.
SEBELUM
Macam mana? Cantik kan? Jadi anda janganlah sedih jika rumah anda kecil dah sempit kerana dengan sedikit kesungguhan dan minat, anda akan dapat mengubah rumah kecil anda menjadi rumah idaman. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.