‘Rumahku Syurgaku‘ frasa yang biasa diungkapkan bagi menggambarkan keselesaan kita bebas berada di rumah sendiri. Tidak kiralah usia dan saiz rumah, jika anda bahagia, sudah tentunya kediaman terasa begitu sempurna serta lengkap serba-serbi.
Walaupun usia kediaman ini mencecah 30 tahun dengan saiz yang agak terhad, pemilik kediaman ini iaitu Mohd Asri dan isterinya Marlia Ramli tetap menghargai rumah pangsa 600 kaki persegi mereka.
Pasangan ini sentiasa memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan kediaman sentiasa di dekor cantik, kemas dan menarik.
Berpegang pada 3 elemen utama iaitu kayu, besi serta konkrit, pemilik berjaya menatarias kediaman idaman mereka dengan konsep moden kontemporari yang diserikan lagi dengan elemen tropikal yang cukup menarik.
Sepanjang 8 tahun mendiami rumah 2 bilik ini, banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Kebanyakkan ruang juga hanya DIY sahaja kerana ia dapat menjimatkkan banyak kos.
Nasihat pemilik, bagi mendapatkan hasil yang baik, perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan kewangan yang mencukupi.
Selain itu, perlu juga memahami ruang dan padankan dengan bijak setiap pemilihan warna,perabot dan pencahayaan.
Jadi, jangan bagi alasan untuk menjadikan rumah anda cantik dan selesa mengikut kemampuan kita.
Kredit : Leeya Marlia Ramli
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI