Memang tengah trend DIY shiplap wall. Jenis tampalan dinding (cladding) ini menghasilkan kesan visual seakan dinding kayu. Elemen ini amat sesuai dengan penerapan konsep farmhouse kediaman Puan Norpadilah Afandi.
Unik nya, kali ini Puan Norpadilah tidak menggunakan teknik tampalan papan, kayu mahupun MDF board. Tetapi hanya dengan Kuasa pen marker Sharpie sahaja. Lebih jimat dan cepat. Tambahan, kebanyakkan item dekor di rumah Puan Norpadilah adalah hasil DIY nya sendiri teramsuk perabot.
Nak kongsi serba sikit perjalanan transformasi ruang tamu saya dari warna pumpkin kepada tema farmhouse rustic. Makan masa hampir dua tahun juga untuk kumpul material sebab hampir semua diy sendiri. Modal hanya beli langsir ( sbb masa tu pkp kedai kain semua blm blh operasi ), cat, kayu batang penyapu buat rod langsir, besi L bracket kedai ecoshop, bantal2 gebu, dan karpet
Yang diy :
Dinding batu saya buat shiplap guna pen marker saja ( sbb xde bajet )
Meja kopi box dari pallet
Meja console dari pallet
Rak dari laci terpakai
Box crate dari pallet
Hiasan2 dinding dari tingkap, frame gambar lama dan daun pintu terpakai.
Sofa tu pun sebenarnya owner dia dah buang jadi saya repair semula. Sangat2 low bajet cuma makan masa dan tenaga since saya buat semua sorang2 dan ada baby umur 1thn 4 bln. Tapi berbaloi lah semua kesabaran tusaya sgt puashati hasilnya.
Pintu lama jumpa di buangan sampah, bersihkan dan cat rustic look. Box crate saya diy guna kayu pallet.
Meja console juga diy guna kayu pallet
Daun tingkap lama, kerusi/bench & wreath akar pokok saya diy.
Rak tangga dari laci terpakai diy saja
Yang macam besi hitam tu sebenarnya tali pinggang en.somi, kita buat decor situ.
Cara DIY Shiplap Wall Menggunakan Sharpie
Dinding shiplap guna marker pen permanent sharpie. Jarak 5.5 inci.
Pembaris panjang, pembaris timbang air dan pen aharpie digunakan untuk buat faux shiplap.
Guna pembaris timbang air utk lurus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Antara perkara paling penting yang perlu anda titikberatkan sebelum mengubahsuai atau membina dapur impian adalah kesesuaian saiz dengan konsep yang diingini. Tidak semua konsep sesuai untuk sebarang saiz. Oleh itu, lakukan kajian atau research yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum memulai proses tersebut.
Selain itu, pemilik juga wajar mendapatkan pandangan dan nasihat dari pakar kerana terdapat beberapa perkara yang mungkin memerlukan lebih penelitian dan pengamatan. Dengan mengambil kira pendapat dari yang lebih arif, peratusan untuk pemilik kecewa dikemudian hari dapat dikurangkan.
Melangkah masuk ke rumah baharu di Semenyih ini, dapat penulis rasakan aura yang cukup lapang dan nyaman. Dengan pemilihan konsep yang ringkas tetapi masih lagi mempunyai karakternya yang tersendiri, kediaman ini cukup lengkap untuk tuan rumah sekeluarga.
“Sesuaikan tema dekorasi dengan keluasan ruang anyg ada untuk mencipta ruang elegan yang tidak terlalu sarat”, menurut Encik Aidan selaku pereka bentuk dalaman ruang dapur kediaman ini.
Ruang tampak tersusun dengan gabungan gaya moden industrial pada bahagian ruang tamu dan lebih kepada minimal scandinavian di ruangan dapur. Walaupun dengan konsep yang berbeza, keharmonian antara kedua-dua penataan ruang ini jelas terlihat kerana pemilihan bahan serta warna yang digunakan juga selari.
KESINAMBUNGAN RUANG
Dengan pelan lantai terbuka, pembahagian ruang dengan bijak adalah amat penting. Perancangan ruang yang teliti mampu menjadikan kediaman lebih teratur dan selesa, selain lebih praktikal untuk pemilik melakukan aktiviti harian. Dari ruang tamu, ke ruang makan, dan seterusnya ke ruang dapur, penulis dapat lihat ‘flow’ atau aliran yang seimbang tanpa menjejaskan gaya dari konsep pilihan pemilik.
Untuk membahagikan ruang makan dengan ruang dapur, pemilik meletakkan pembahagi dari material besi bagi meneruskan konsep industrial dari ruang tamu. Penggunaan pembagai ruang tersebut telah mewujudkan ilusi ruang yang luas terbuka tetapi dalam masa yang sama masih lagi memberi privasi kepada pengguna dapur.
ELEMEN SEMULAJADI
Pemilihan bahan atau material untuk dapur ini telah dilakukan dengan penuh ketelitian oleh perekanya. Dengan berpandukan minimal scandinavian, rona earthy yang lebih neutral telah menjadi pilihannya. Beliau juga menerapkan eleman semulajadi seperti kayu pada rekabentuk dapur ini.
“Gabungkan warna polos dengan tekstur dari bahan semulajadi seperti kayu, batu marmar, konkrit dan sebagainya sebagai asen bagi mendapatkan harmoni serta keseimbangan dalam ruang yang sempurna”, kata Aidan lagi.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik : Talib Sabri Sulaiman & Nurmisuarina Yahya
Nama Pereka : Muhamad Adian Akmar
Jenis Kediaman : Semi D
Keluasan Dapur : 128 kaki persegi
Konsep Dapur : Moden Scandinavian
Lokasi : Semenyih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selalu orang nak ubah dekorasi dalaman rumah, pasti memikirkan tentang warna cat, pilihan perabot, dan pelbagai lagi. Tetapi tahukah anda dengan mengubah flooring pun kadangkala sudah cukup untuk mengubah penampilan rumah kita. Mungkin kerana pada asalnya kita hanya menggunakan material lantai yang sudah siap dipasang oleh pemaju dan kita hanya tukar cat dinding, tetapi kita lupa, lantai rumah, kalau diberi nafas baharu, pasti anda sendiri tidak sangka apabila melihat hasilnya nanti.
Ini yang dilakukan oleh pemilik kediaman pangsapuri kos rendah di Seremban 2 iaitu Umi Afiqah sekeluarga yang telah berjaya menatarias kediamannya yang berkeluasan 650 kaki persegi dengan memasang lantai vinyl baharu. Pemilik juga turut melakukan pengubahsuaian lain dan apabila siap, suasana kediaman bertukar 360 darjah serta merta.
Menurutnya, tema pilihan untuk rumah ini adalah modern minimalist dan ianya menjadi pilihan mereka kerana konsep ini amat bersesuaian dengan pasangan ini yang amat menyukai keadaan rumah yang teratur tanpa serabut dengan barangan yang terlalu banyak.
“Rumah kami mempunyai ruang yang terhad dan perlu dirancang dengan bijak supaya segala perabot yang dimiliki digunakan dengan sebaiknya serta memastikan kediaman ini nampak luas”, ujarnya.
Untuk memastikan segala dekorasi nerada dalam keadaan yang betul dan teratur, mereka mendapatkan khidmat nasihat interior designer serta banyak membuat rujukan atas talian dan mengunjungi rumah contoh malahan membelanjakan sebanyak RM20K untuk segala hiasan. Selain itu, konsep ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan.
Penulis amat menyukai pilihan drop ceiling yang bertindak sebagai pembias cahaya recess light yang disorokkan dalam rekaan ceiling yang menerangi setiap inci kediaman ini. Selalunya jika kediaman anda sempit, pasti cahaya yang terdapat dalam kediaman amat sedikit sehingga menjadi malap, oleh itu pujian harus diberikan kepada empunya rumah.
Selain itu, pemilik juga meletakkan tumbuhan hijau dalam rumahnya, walaupun kediaman ini agak sempit, tetapi dengan kehebatan pemilik serta bimbingan nasihat ID, pokok tersebut langsung tidak menggugat kehebatan dekorasi yang cuba dipersembahkan oleh keluarga kecil ini.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur konsep modern farmhouse, hadiah hari jadi ke 51. Saat paling menggembirakan buat Ainorwati Hussain ialah apabila suami tercinta menghadiahkan dapur impiannya yang berkonsepkan modern farmhouse.
Cetusan idea untuk dapur yang menjadi impian Ainorwati ini direalisasikan oleh Interior Design (ID) dari Skuad Dekorasi. Percambahan kreativiti antara pemilik kediaman dengan pihak ID menjadikan dapur berkonsepkan modern farmhouse yang diimpikan oleh Ainorwati menjadi kenyataan.
Pemilik kediaman mula berpindah pada 2019. Dengan keluasan tanah (land area) 40 X 80 serta luas kediaman 30 X 70 (build up), rumah berkembar dua tingkat ini cukup selesa. Kawasan kejiranan yang serba harmoni ini menjanjikan persekitara yang menyenangkan.
Ketika mula-mula berpindah, pemilik kediaman tidak melakukan sebarang renovasi untuk ruang dapur yang keluasannya agak terhad. Hanya pada tahun 2023, pemilik kediaman mengambil keputusan untuk melakukan renovasi serta ‘extend’ ruang dapur supaya lebih luas dan selesa.
Alang-alang hendak buat dan ‘extend’ dapur baru, inilah masanya untuk merealisasikan dapur impian Ainorwati yang selama ini menjadi igauan. Mengambil masa lebih kurang tiga bulan, dapur impian Ainorwati menjadi kenyataan.
Menurut Norbaya Ismail dari Skuad Dekorasi, tiada yang lebih menggembirakan beliau dan Skuad Dekorasi selain dapat melihat senyuman yang terpamer pada wajah klien. Dapur berkonsepkan modern farmhouse seperti yang diinginkan oleh klien berjaya diterjemahkan dengan hasil yang padu.
Ciri-ciri cozy, contemporary, clean, simple, rustic selain keselesaan merupakan antara ‘mood’ dapur berkonsepkan modern farmhouse. White, off white dan white grey dan beige merupakan warna asas untuk dapur bertemakan farmhouse.
“Untuk dapur Ainorwati, beliau memilih rona ‘baby blue’ untuk dapur idamannya memandangkan warna tersebut merupakan warna kegemarannya. Warna ini menaikkan seri konsep dapur yang berkonsepkan modern farmhouse.
“Material yang digunakan pula ialah daripada solid wood with shaker cabinet. Sliding band door antara elemen yang wajib ada bagi mendapatkan farmhouse ‘look.’ Ia juga berfungsi untuk menjimatkan ruang dan senang digunakan. Sliding barn door juga sangat sesuai untuk pintu pantry dan juga ruang laundry,” terang Norbaya.
Berikut dikongsikan info-info lain berkaitan dengan dapur berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati:
*Warna ‘baby blue’ menjadi latar utama. Pintu kabinet dan juga semua aksesori dapur antaranya bekas pisau menggunakan warna-warna ini. Peti sejuk juga warna sama.
*Shiplap wall yang berbentuk vertical dan siling (warna putih) merupakan trend dekorasi dan elemen yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Shiplap wall yang berbentuk vertical memberikan ruang yang lebih luas.
*Open shelving (rak terbuka)merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Selalunya open shelving menggunakan tekstur kayu seperti kayu oak, maple dan cherry bagi mendapatkan kesempurnaan dapur farmhouse.
*Kebiasannya kayu digunakan untuk lantai dapur modern farmhouse yang disusun secara herringbone pattern. Untuk dapur Ainorwati, pihak Skuad Dekorasi menggunakan tiles dengan ‘effect’ kayu untuk ketahanan yang lebih lasak dan ketahanan untuk jangka masa panjang.
*Tiles backsplash disusun secara herringbone pattern bagi memberikan modern vibe untuk dapur modern farmhouse.
*Farmhouse sink pula wajib ada bagi menampilkan ‘look’ sebenar dapur modern farmhouse.
*Quartz stone digunakan sebagai kemasan untuk table top furnishing.
*Dapur terkini milik Ainorwati pula berfungsi sebagai 2 dalam 1 iaitu sebagai dapur kering dan juga dapur basah.
*Hidden cat tunnel (laluan masuk dari pondok kucing-kucing yang dimiliki oleh pemilik kediaman)
*Kos untuk keseluruhan membina dapur modern farmhouse ini ialah lebih kurang RM100,000 memandangkan ada penambahan ‘kerja’ yang tidak dirancang. (Pendek kata kos bergantung kepada keluasan, design, job skop dan material yang digunakan)
Bagi Airnorwati, berbanding dapur terdahulu yang keluasannya agak terhad, dapur terkininya bukan sahaja luas tetapi juga sangatlah selesa.
“Memang dapur modern farmhouse impian saya. Alhamdulillah syukur kerana dapur impian saya menjadi kenyataan. Saya berpuas hati dengan hasil kerja yang ditampilkan oleh Skuad Dekorasi,” jelas Ainorwati gembira.
Jomlah kita tengok dapur Ainorwati. Sangatlah ‘awesome.’ Ini adalah antara wishlist Ainorwati sebagai ‘reward’ untuk dirinya.
Pemegang kabinet dapur menggunakan material zink alloy.
Berikut video penuh dapur yang berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati Hussain. IMPIANA telah berpeluang berkunjung ke kediaman beliau yang terletak di U12, Shah Alam.
Kredit foto: Unit foto/video Ideaktiv
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.