Proses renovasi dapur merupakan salah satu perkara yang paling merumitkan. Sama seperti tandas atau bilik air, ruang dapur memerlukan ketelitian pada kemasan sesuai dengan aktiviti. Sistem perpaipan sanitari juga perlu dititikberatkan supaya tiada sebarang kesulitan yang boleh berlaku dimasa hadapan. Selain itu konsep sesebuah dapur juga perlu seiring dengan fungsi dan penggunaannya agar lebih mudah untuk pemilik menyelenggara dapur kediaman.
Konsep rustik mempunyai peminatnya yang tersendiri. Konsep ini mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan bahan semulajadi yang lebih sesuai dibiarkan raw dan tanpa kemasan. Kayu palet pula merupakan salah satu jenis kayu yang paling mudah dan murah anda boleh dapati. Jom tengok beberapa inspirasi dan idea untuk kabinet dapur menggunakan kayu palet.
lepas wainscoting, hadir pula fenomena shiplap wall. Walaupun ia bukan lah elemen dekor yang baru, akan tetapi olahan yang diberikan menyuntik kesegaran dalam dekorasi sesebuah kediaman. Kali ini, impiana nak kongsikan pula idea wall paneling yang banyak digunakan untuk kediaman berkonsepkan moden kontemporari iaitu slat wall.
Penggunaan slat wall secara vertikal menghasilkan sesuatu ruang itu lebih besar. Kaedah pemasanggan masih sama seperti wainscoting dan shiplap wall.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebagian besar cat mengandungi bahan kimia bahaya yang menguap di udara. Bahan ini dapat memberi kesan yang buruk pada kesihatan manusia seperti pening kepala dan mual-mual. Walaupun teknologi terkini sudah mewujudkan cat jenis odourless, masih ada lagi saki baki bau cat yang menjengkelkan. Jadi di sini IMPIANA mahu kongsikan campuran bahan semulajadi yang dapat menghilangkan bau cat dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
1. AIR & GARAM
Tinggalkan bekas campuran air garam dalam ruangan yang baru dicat dan biarkan selama beberapa jam, bau cat akan perlahan-lahan hilang.
2. JERUK & LEMON
Tinggalkan jeruk dalam bekas terbuka dan hirisan lemon di dalam ruang yang berbau cat, bau cat akan berkurang sedikit demi sedikit.
3. NENAS
Buah ini mampu menyerap aroma cat. Letakkan sejumlah nenas dalam ruangan dan bau cat akan berkurang dan menghasilkan bau segar.
4. SERBUK KOPI & VANILA
Campurkan serbuk kopi dan vanila ke dalam satu mangkuk, letakkan mangkuk tersebut di sudut-sudut ruang yang baru dicaat dan serbuk tersebut akan perlahan-lahan menyerap bau cat tersebut.
5. AIR CUKA
Sifat cuka yang masam akan meneutralkan bau cat. Caranya adalah dengan menuangkan cuka secukupnya ke dalam sebuah mangkuk, dan letakkan mangkuk tersebut ditengah ruangan yang baru dicat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Telur antara bahan masak paling mudah, cepat dan sedap. Tak ada telur, macam tak lengkap bahan dapur walaupunya hanya keperluan asas. Tapi, telur ni kebiasaanya seminggu je elok, lepastu dah mula kuning nya pecah bila masak.
Tapi, Yatie Eimra ada cara macam mana nak simpan telur supaya tahan lama dan macam mana nak kenalpasti telur yang kita beli tu masih baik untuk digunakan.
Pernah tak telur yang korang beli tu busuk/rosak sebelum tarikh luput? Saya selalu beli telur tanpa suntikan antibiotik (free antibiotics) atau telur ayam kampung. Yang saya perasan telur ni lagi cepat rosak berbanding telur ayam biasa sedangkan tarikh luput masih lama lagi.
Sebelum ni memang basuh telur bila nak guna je. Tapi sebab selalu sangat masalah telur rosak walaupun baru seminggu, sekarang ni memang wajib buat ujian rendam telur ayam dulu sebelum simpan Hampir tiap kali juga ada sebiji-2 telur yang dah separa terapung. Bila dah tahu mana telur yang lama, bolehlah guna/masak dulu. Cara ni juga sesuai untuk yang suka beli telur dalam kuantiti banyak tapi lambat habiskan tu
1. Basuh & bersihkan telur dari kotoran.
2. Sediakan bekas jernih (lebih tinggi dari paras telur). Isikan air paip. Masukkan 1 per 1 telur. Pastikan tak terlalu padat & masih ada ruang.
3. Perhatikan kedudukan telur dalam air.
Telur baru = tenggelam dengan posisi melintang
Telur >1 minggu = tenggelam dengan posisi sedikit condong
Telur 2-3 minggu = tenggelam dengan posisi tegak (bahagian runcing di bawah)
Telur lama = separa terapung
Telur rosak = terapung sepenuhnya.
*sebelum ni saya cuba simpan seminggu lagi telur ayam yang tenggelam dengan posisi tegak, tapi bila direndam telur ni tenggelam condong pulak. Makin lama barulah akan jadi separa terapung. Agak susah nak bezakan samada telur yang tenggelam condong ni lebih dari 1 minggu atau lebih dari 3 minggu. (saya habiskan yang terapung & condong ni dulu)
*telur terapung sebab banyak kandungan udara tapi tak semestinya dah rosak. Pada peringkat ni, isi telur semakin cair tapi ada yang masih boleh dimakan. Kalau goncang & cair tu.. Terus je pecahkan dalam bekas. Kalau nasib baik, boleh dimakan lagi.. Yang dah busuk tu, ke sinki aje lah jawabnye..
Telur ni sebaiknya yang nak disimpan tak perlu dibasuh sebab kat kulit telur ada 1 lapisan pelindung (kutikel). Kutikel ni fungsi dia melindungi pori halus pada kulit telur dari masuk udara & bakteria.
Tapi bila telur ayam dah dibasuh, kutikel akan hilang & pori² halus akan terdedah sebabkan telur tak boleh tahan lama. Telur perlu disimpan dalam fridge dalam bekas khas untuk telur atau bekas bertutup supaya tak serap lebih banyak udara/bau²an lain.
1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh ikut tahap kesegaran. Tos kering. Gunakan tisu dapur/kain supaya cepat serap air.
2. Bila dah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan beras sikit. Beras ni berfungsi serap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas. Boleh gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Tapi dalam beberapa bulan, perlu tukar beras baru bila beras dah mula berkulat.
3. Untuk lapisan ke-2, susun telur yang lebih lama (supaya guna telur lama dulu). Gunakan tisu dapur atau kain sebagai alas untuk elakkan telur ayam retak/pecah.
4. Tulis tarikh expired/best before (BB) pada bekas supaya tak lupa.
*Gambar telur ayam sebiji tu, dah 2 minggu lepas tarikh luput. Saya sengaja simpan untuk tunjuk telur ni masih elok. Biasanya 2 minggu sebelum tarikh luput lagi dah rosak. Semenjak simpan cara ni, dah tak pernah buang telur lagi.
*Cara ni sesuai untuk mereka yang selalu alami masalah telur rosak
sebelum tarikh luput & beli telur banyak tapi lambat habiskan. Kalau yang dah memang confirm habiskan, baik simpan macam biasa je. Boleh juga guna cara ni untuk simpan balance telur yang tarikh expirednya tinggal lagi seminggu untuk panjangkan jangka hayat & supaya rasa telur tak terjejas
*Saya bukan nak galakkan simpan telur lama², tapi sekarang ni nak elakkan telur rosak sebelum tarikh luput & nak elak pembaziran. Harap maklum ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.