Bila tandas dah cantik, kebersihan pun perlu dijaga. Tambahan, kebersihan mencerminkan keperibadian pemilik. Ye lah, tempat kita mencucikan diri, takkan lah dalam keadaan kotor kan. Namun kebanyakkan kita mengambil ringan akan kebersihan tandas.
Sempena Tahun Melawat Malaysia, KPKT Tawar RM140,000 Untuk “Toilet Of The Year”
Sempena Tahun Melawat Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan hadiah sebanyak RM140,000 untuk anugerah “Toilet of The Year”.
Melalui satu siaran di laman X, menteri menyatakan bahawa semua pihak berhak untuk bersaing termasuk sekolah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), restoran, hotel, stesen minyak, serta hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan pusat beli-belah.
Ads
“Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” ujar beliau.
Beliau menambah, “Anugerah Toilet of the Year 2024 kini terbuka dengan tujuh kategori hadiah berjumlah RM140,000 menanti anda.”
Untuk makluman, anugerah Toilet of The Year ini diadakan buat kali pertamanya pada tahun 2023 dan bertujuan untuk meningkatkan standard tandas awam di Malaysia agar bersih, menarik dan harum (BMW).
Ads
Inisiatif ini bukan sahaja diharapkan dapat meningkatkan imej negara, terutamanya di kalangan pelancong asing, tetapi juga merupakan hasil daripada idea Nga Kor Ming sendiri. Ia juga merupakan langkah persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2025.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming
Menurut laporan Bernama tahun lalu, Nga Kor Ming menyatakan bahawa anugerah tersebut penting untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kebersihan tandas awam di negara ini.
Pada tahun lalu, pemilihan pemenang telah dilakukan oleh juri bebas yang terdiri daripada wakil Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ads
Anugerah Toilet of The Year 2023 telah dimenangi oleh The George Group Penang dalam kategori hotel, Toppen Shopping Mall Johor Bahru untuk pusat beli-belah, Elmina Arah Selatan untuk hentian Rehat dan Rawat, Petron Senai Johor untuk stesen minyak, dan Cawan Mu Ipoh Perak dalam kategori restoran.
Negara-negara di benua Afrika sememangnya menawarkan destinasi percutian menarik dan membawa pengalaman baru kepada individu yang gemar mengembara. Sudah tentu, bukan sahaja menawarkan pengalaman percutian dengan pemandangan alam semulajadi yang memukau, tetapi juga habitat hidupan liar yang masih terpelihara menjadi tarikan utama ke negara-negara seperti Rwanda dan Tanzania.
Tidak hairanlah mengapa pasangan suami isteri SM Nasarudin SM Nasimudin dan Marion Caunter memilih untuk bercuti ke Tanzania baru-baru ini.
Melalui Instagram miliknya, Marion Caunter berkongsi foto-foto percutian dalam perkhemahan berkonsepkan safari di Rwanda dan Tanzania. Menurut Marion lagi, kunjungan ke negara tersebut merupakan antara wishlist yang amat diidamkan apabila masuk usia 40 tahun.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh pasangan suami isteri ini termasuklah Volcanoes National Park dan melihat sendiri habitat gorila yang terdapat di sana. Malah, dalam salah satu video yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahayamata ini memperlihatkan dirinya berada begitu hampir dengan gorila, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan olehnya!
Dekorasi Penginapan Jadi Tumpuan
Selain koleksi foto percutian, apa yang mencuri tumpuan adalah lokasi penginapan yang dipilih oleh pasangan ini. Marion berkongsi pengalamannya bermalam di khemah tetapi ia bukanlah khemah yang biasa, tetapi ia lebih kepada khemah yang mewah! Peluang bermalam di Singita Mara River Camp, Serengeti merupakan antara pengalaman unik yang dirasai oleh Marion memandangkan khemah tersebut turut dilengkapi katil bersaiz king, sofa yang empuk, ruang makan yang selesa serta ruang tamu yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan!
Singita Mara River Tented Camp merupakan sebuah resort yang menawarkan percutian safari yang sememangnya menjadi pilihan buat individu yang ingin merasai percutian dalam suasana Afrika dalam kelasnya yang tersendiri.
Jika anda gemarkan percutian yang berbeza dan pemandangan yang menakjubkan, gaya percutian Marion Caunter dan suaminya boleh dijadikan inspirasi. Sesekali berehat dan bersatu dengan alam semulajadi, mesti mengujakan!
Cantik kan dekorasi khemah ini walaupun di tengah hutan belantara!
Masjid bukan sahaja menjadi rumah ibadah bagi penganut agama Islam. Malah ia boleh menjadi sebuah tarikan pelancong dengan menawarkan keunikan budaya tempatan, landskap menakjubkan dan gaya seni bina cukup cantik.
10 masjid yang tercantik di dunia yang oleh anda kunjungi suatu hari nanti.
Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.
2. Masjid Sheikh Lotfollah, Iran
Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.
3. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi
Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau.
Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.]
4. Masjid Hagia Sophia, Istanbul, Turki
4. Masjid Besar Sultan Qaboos
Bangunan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Oman. Berlatar belakangkan seni bina Islam moden, masjid ini mempunyai dinding yang ditutup dengan marmar kelabu dan cahaya kelabu. Ianya juga mengandungi 600000 kristal halus dan lebih dari seribu mentol halogen dan 24 karat emas pada bit logam.
5. Masjid Zahir, Kedah, Malaysia
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pusara bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
6. Masjid Sultan Omar Alli Saifudin, Brunei
Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.
7. Masjid Faisal, Pakistan
Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah. Unik bukan?
8. Masjid Sheykh Zayed, Abu Dhabi
Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk disiapkan hingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarawan Islam merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandelier seberat 12 tan.
9. Masjid Lala Mustafa Pacha, Cyprus
Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah gereja yang diberi nama St. Nicholas’ Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298 – 1400. Setelah jajahan ini ditakluk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, gereja ini ditukar menjadi sebuah masjid. Selepas fungsi gereja ditukarkan menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binatang atau manusia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.
10. Masjid Wazir Khan, Pakistan
Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini cantik dan tersergam indah.
11. Masjid Qol?ärif, Kazan, Russia
Tapak dan binaan asal masjid telah dibakar semasa zaman rejim kekejaman Ivan the Terrible pada 1552. Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemusnahan namun gagal.
Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu.
12. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Terletak di Putrajaya Malaysia, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besi. Perkara ini kerana lebih 70% bangunan masjid dibina sepenuhnya dengan keluli tahan karat yang diimport dari Jerman dan China.
13. Masjid Raya Sumatera Barat, Indonesia
Masjid Raya dibina mengikut gaya seni bina Minangkabau menjadikannya paling besar di Sumatera Barat dan kedua terbesar di wilayah Sumatera. Terletak di Mukim Padang Utara mula dibina pada 21 Disember 2007. Direka oleh ariktek Indonesia bernama Rizal Muslimin selepas berjaya menang sebuah pertandingan membina masjid juga disertai 323 peserta dari seluruh dunia.
14. Masjid Sancaklar, Turkiye
Masjid ini berjaya menang anugerah Building Of The Year 2015, Masjid Sancaklar direka oleh Emre Arolat Architects menggabungkan seni bina minimalis dan kontemporari. Menurut Arch Daily, Emre Arolat mengulas konsep dan ideanya bermual dengan tujuan pembinaan untuk mengatasi isu asas reka bentuk masjid. Mereka ingin menjauhkan diri daripada trend seni bina semasa dan memberi fokus kepada intipati ruang keagamaan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!