
Negara-negara di benua Afrika sememangnya menawarkan destinasi percutian menarik dan membawa pengalaman baru kepada individu yang gemar mengembara. Sudah tentu, bukan sahaja menawarkan pengalaman percutian dengan pemandangan alam semulajadi yang memukau, tetapi juga habitat hidupan liar yang masih terpelihara menjadi tarikan utama ke negara-negara seperti Rwanda dan Tanzania.
Tidak hairanlah mengapa pasangan suami isteri SM Nasarudin SM Nasimudin dan Marion Caunter memilih untuk bercuti ke Tanzania baru-baru ini.
Melalui Instagram miliknya, Marion Caunter berkongsi foto-foto percutian dalam perkhemahan berkonsepkan safari di Rwanda dan Tanzania. Menurut Marion lagi, kunjungan ke negara tersebut merupakan antara wishlist yang amat diidamkan apabila masuk usia 40 tahun.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh pasangan suami isteri ini termasuklah Volcanoes National Park dan melihat sendiri habitat gorila yang terdapat di sana. Malah, dalam salah satu video yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga cahayamata ini memperlihatkan dirinya berada begitu hampir dengan gorila, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan olehnya!
Dekorasi Penginapan Jadi Tumpuan
Selain koleksi foto percutian, apa yang mencuri tumpuan adalah lokasi penginapan yang dipilih oleh pasangan ini. Marion berkongsi pengalamannya bermalam di khemah tetapi ia bukanlah khemah yang biasa, tetapi ia lebih kepada khemah yang mewah! Peluang bermalam di Singita Mara River Camp, Serengeti merupakan antara pengalaman unik yang dirasai oleh Marion memandangkan khemah tersebut turut dilengkapi katil bersaiz king, sofa yang empuk, ruang makan yang selesa serta ruang tamu yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan!
Singita Mara River Tented Camp merupakan sebuah resort yang menawarkan percutian safari yang sememangnya menjadi pilihan buat individu yang ingin merasai percutian dalam suasana Afrika dalam kelasnya yang tersendiri.
Jika anda gemarkan percutian yang berbeza dan pemandangan yang menakjubkan, gaya percutian Marion Caunter dan suaminya boleh dijadikan inspirasi. Sesekali berehat dan bersatu dengan alam semulajadi, mesti mengujakan!
Cantik kan dekorasi khemah ini walaupun di tengah hutan belantara!
Mesti Baca:Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik:Pokok Hiasan Yang Mudah Ditanam & Dijaga, Tak Payah Hari-hari Nak Kena ‘Belai’
Artikel ini diambil dan diolah dari Nona.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Homestay Tercantik Di Puchong Sesuai Untuk Sebarang Majlis

Info resort
Nama : Villa Rania Homestay
Lokasi: Pulau Meranti, Selangor
Konsep : Tropika
Melarikan diri seketika daripada kesibukan ibu kota membawa diri ke sebuah kampung damai lagi menenangkan adalah suatu escapism yang sentiasa dicari-cari oleh setiap individu. Itulah yang bakal disajikan oleh Villa Rania iaitu sebuah homestay dikelilingi suasana kampung berunsurkan kedesaan yang terletak di tengah bandar serba moden iaitu Pulau Meranti, Puchong.
Berpandukan aplikasi waze, penulis dibawa ke Villa Rania melalui Cyberjaya yang rancak dengan pembangunan kediaman kondominium pencakar langit. Mulanya penulis agak kehairanan kerana memikirkan telah sesat tetapi akhirnya perjalanan begitu mudah melalui kawasan kampung sebelum tiba ke lokasi yang dituju.
Diliputi suasana desa nan permai, Villa Rania adalah sebuah homestay yang dimiliki oleh sepasang suami isteri dan dibangunkan di atas sebidang tanah kosong. Flat land yang berkeluasan 1 ekar ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dan pada mulanya pemilik hanya bercadang membina sebuah kediaman untuk mereka sekeluarga. Sehinggalah ia kemudian berkembang menjadi sebuah homestay dan juga lengkap sebagai event space untuk sebarang majlis keraian.
Keistimewaan Villa Rania ini adalah ia menyediakan penginapan dan kemudahan untuk sesiapa sahaja menganjurkan pelbagai majlis dalam skala kecil atau sederhana. Pemilik yang juga seorang arkitek menyatakan reka bentuk keseluruhan kawasan ini adalah design dan idea darinya dan ia dibina sedikit demi sedikit dan memakan masa hampir dua tahun. Malah kesemua elemen landskap yang terdapat di Villa Rania ini menggunakan bahan recycle dan kos yang tidak terlalu tinggi.
Pemilihan spesies tumbuh-tumbuhan pula terdiri daripada pokok-pokok teduhan dan padat agar suasana tropika lebih menonjol dan dalam masa yang sama melibatkan penyelenggaraan minimum. Pemilihan pokok-pokok dan spesies renek dipilih daripada kombinasi renek hiasan dan juga tanaman herba agar suasana tropika lebih menonjol. Pemilik cuba mewujudkan suasana bagai kediaman untuk memberi pilihan kepada mereka yang tidak gemar menginap di hotel tetapi mencari penginapan dengan suasana bagaikan di rumah sendiri.
Laluan berturap di susun dalam ragam tidak formal menyediakan laluan serta mewujudkan sirkulasi dalam taman (adding movement in design) secara tidak langsung memandu arah kepada pengunjung untuk bergerak dari satu ruang ke ruang yang lain. Sebuah dek kayu dibina di antara laluan menghala ke homestay berfungsi sebagai laluan dan framing untuk ke aras seterusnya. Sementara spesies Plumeria rubra pula ditanam bersebelahan dek kayu tersebut untuk efek rimbun dan padat. Menurut pemilik bongkah-bongkah batu yang terdapat di kawasan homestay ini adalah batuan yang ditemui ketika proses land clearing.
Menurut pemilik kebanyakan yang menginap di sini adalah mereka yang ingin menganjurkan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan menginap tiga hari dua malam. Malam sebelum majlis berlangsung biasanya ahli keluarga berkumpul di sini dan bergotong royong beramai-ramai menyiapkan persiapan majlis. Suasana benar-benar meriah dan bagai menganjurkan majlis di kediaman sendiri dengan persekitaran yang masih lagi mempamerkan suasana kampung. Begitu meriah dan meninggalkan nostalgia manis buat mereka.
Homestay yang turut menerapkan elemen raw material dalam pemilihan bahan binaan di Villa Rania ini, berjaya menyerlahkan reka bentuk menarik dan tersendiri. Kombinasi reka bentuk yang tampil sederhana tetapi masih menonjolkan impak reka bentuk moden berjaya mencuri perhatian mereka yang berminat untuk menginap di sini. Pendek kata ia menyediakan kemudahan lengkap yang selesa buat mereka yang ingin menjalankan pelbagai majlis. Tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan personaliti terkemuka melangsungkan perkahwinan dan juga badan-badan korporat menjalinkan ukhuwah sesama pekerja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Masjid Tercantik Di Dunia, Landskap & Seni Bina Sangat Unik!

Masjid bukan sahaja menjadi rumah ibadah bagi penganut agama Islam. Malah ia boleh menjadi sebuah tarikan pelancong dengan menawarkan keunikan budaya tempatan, landskap menakjubkan dan gaya seni bina cukup cantik.
10 masjid yang tercantik di dunia yang oleh anda kunjungi suatu hari nanti.
10 Masjid Tercantik Di Dunia, Landskap & Seni Bina Sangat Unik!
- Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.
2. Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.
3. Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi

Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau.
Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.]
4. Masjid Hagia Sophia, Istanbul, Turki

4. Masjid Besar Sultan Qaboos

Bangunan ini turut menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Oman. Berlatar belakangkan seni bina Islam moden, masjid ini mempunyai dinding yang ditutup dengan marmar kelabu dan cahaya kelabu. Ianya juga mengandungi 600000 kristal halus dan lebih dari seribu mentol halogen dan 24 karat emas pada bit logam.
5. Masjid Zahir, Kedah, Malaysia
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pusara bagi pahlawan yang telah gugur mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
6. Masjid Sultan Omar Alli Saifudin, Brunei
Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.
7. Masjid Faisal, Pakistan
Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah. Unik bukan?
8. Masjid Sheykh Zayed, Abu Dhabi
Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk disiapkan hingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarawan Islam merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandelier seberat 12 tan.
9. Masjid Lala Mustafa Pacha, Cyprus
Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah gereja yang diberi nama St. Nicholas’ Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298 – 1400. Setelah jajahan ini ditakluk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, gereja ini ditukar menjadi sebuah masjid. Selepas fungsi gereja ditukarkan menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binatang atau manusia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.
10. Masjid Wazir Khan, Pakistan
Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini cantik dan tersergam indah.
11. Masjid Qol?ärif, Kazan, Russia
Tapak dan binaan asal masjid telah dibakar semasa zaman rejim kekejaman Ivan the Terrible pada 1552. Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemusnahan namun gagal.
Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu.
12. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Terletak di Putrajaya Malaysia, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besi. Perkara ini kerana lebih 70% bangunan masjid dibina sepenuhnya dengan keluli tahan karat yang diimport dari Jerman dan China.
13. Masjid Raya Sumatera Barat, Indonesia
Masjid Raya dibina mengikut gaya seni bina Minangkabau menjadikannya paling besar di Sumatera Barat dan kedua terbesar di wilayah Sumatera. Terletak di Mukim Padang Utara mula dibina pada 21 Disember 2007. Direka oleh ariktek Indonesia bernama Rizal Muslimin selepas berjaya menang sebuah pertandingan membina masjid juga disertai 323 peserta dari seluruh dunia.
14. Masjid Sancaklar, Turkiye
Masjid ini berjaya menang anugerah Building Of The Year 2015, Masjid Sancaklar direka oleh Emre Arolat Architects menggabungkan seni bina minimalis dan kontemporari. Menurut Arch Daily, Emre Arolat mengulas konsep dan ideanya bermual dengan tujuan pembinaan untuk mengatasi isu asas reka bentuk masjid. Mereka ingin menjauhkan diri daripada trend seni bina semasa dan memberi fokus kepada intipati ruang keagamaan.
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Artikel Menarik:Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu
Sumber: Holiday Me
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Penginapan penuh gaya

Dorsett Hartamas, satu nama yang cukup gah kerana berada di lokasi elite. Ini membuatkan Dorsett Hartamas menjadi tumpuan ramai, bukan sekadar ahli perniagaan yang hadir untuk menginap seketika sahaja memilih hotel ini malah mereka yang berada di kawasan berhampiran juga gemar menginap di Dorsett Hartamas. Apa bak orang kata staycation! Memang menarik pun kalau hotel ini dijadikan sebagai satu lokasi untuk anda menghabiskan hujung minggu anda dengan ahli keluarga di hotel ini.
Harga yang amat berpatutan serta fasiliti yang cukup menarik seperti swimming pool, gym, bilik mainan khusus untuk anak kecil, kafe yang di reka dan hias yang cukup sempurna untuk bersantai membuatkan Dorsett Hartamas menjadi bualan. Lokasi yang terletak di kejiranan Sri Hartamas yang happening dan bersebelahan dengan Istana Negara ini membuatkan pemandangan Hotel Dorsett ini lebih istimewa dari yang lain. Dorsett Hartamas telah dibuka pada 8 Ogos 2018. Dorsett Hartamas juga membawa #StayVibrant #StayLocal ini amat seseuai dengan konsep moden stylish yang diketengahkan.
Hotel ini menawarkan 290 bilik dengan ketinggian siling double volume untuk memberi impak pada lobi agar lebih gah dan elegan dalam sentuhan. Kemudahan 3 fungsi pelbagai hotel menawarkan ruang tamu ruang dalaman yang terdapat di kawasan seluas 3,230 kaki persegi (300 meter persegi) terletak di Mezzanine Floor; dilengkapi dengan WiFi untuk sambungan lancar dan yang menariknya ketinggian kaca membuatkan sinar cahaya matahari masuk dengan sempurna dalam ruang lobi hotel ini. 290 bilik dan suite di Dorsett Hartamas direka dengan penuh menarik dan selesa untuk semua pelanggan
dilengkapi Wi-Fi, televisyen LCD 40 “dengan saluran satelit, rangkaian eksklusif Dorsett, kelengkapan tandas, bilik mandi dan kemudahan membuat kopi dan teh. Menginap di Superior pastinya menjanjikan keselesaan dan rasa santai.


Manakala, Suite Dorsett dilengkapi dengan katil bersaiz king yang selesa, bilik persalinan dan ruang tamu dengan dilengkapi set sofa single dan sofa dua tempat duduk,serta bilik mandi yang lengkap. Menarik bukan, ciri moden dalam suntikan mewah yang bersahaja membuatkan ia masih mengekalkan ciri chic yang menjadi pilihan Dorsett Hartamas ini. Restoran TableTalk yang sentiasa menghidangkan juadah yang pastinya menyelerakan semua pelanggan ini diuruskan oleh Dorsett F & B Sdn Bhd dan dibuka secara rasminya pada 16 Januari 2019. Konsep kafe lounge, Table Talk menawarkan pilihan makanan dari kepakaran Chef tempatan dengan menu a-la-carte dan juga buffet. Restoran ini selesa untuk menempatkan160 orang. Susun atur yang sempurna membuatkan ruang makan disini lebih selesa. pemilihan meja panjang dan ruang makan dengan bangku tinggi yang menghadap ke jalan di luar dapat dilihat dari tingkap restoran ini. Cukup mendamaikan sambil menghirup secawan kopi panas.
Bukan sekadar ini sahaja yang terdapat di Dorsett Hartamas, terdapat kemudahan lain yang pastinya menjanjikan kepuasan pada para pelanggan kolam renang pada aras bumbung serta studio kecergasan yang dilengkapi dengan semua kardio moden dan peralatan latihan. Untuk peminat foto, ini pasti menjadi tempat matahari terbit dan ditetapkan; pandangan 360 ° dari pemandangan KL yang cukup indah. Bagi keselesaan ahli keluarga yang mempunyai anak kecil terdapat juga Kelab kanak-kanak di Rooftop yang selesa dan selamat untuk mereka menghabiskan masa berjam-jam.


Dorsett Hartamas ini juga menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma untuk kemudahan para tetamu. Laluan perkhidmatan ulang alik termasuk MRT Pusat Damansara, Pavilion, Publika Shopping Mall, Solaris, 1 Mont Kiara, Suria KLCC dan Central Market. Menarik bukan! Dorsett Hartamas secara aktif merangkul kempen pemasaran jenama global kumpulan antarabangsa. Tetamu yang menginap di Dorsett akan menikmati penginapan penuh 26 jam- masa daftar masuk yang fleksibel dan lengkap 26-jam tinggal – untuk dipadankan. Jika anda mendaftar masuk pada pukul 8 malam, anda boleh menggunakan keseluruhan 26 jam dan daftar keluar pada 10 malam keesokan harinya!
Penginapan penuh 26-jam disediakan secara eksklusif untuk para tetamu yang menempah secara langsung melalui rasmi laman web hotel dan tertakluk kepada semua jenis bilik. Masa daftar masuk dan keluar yang fleksibel adalah tertakluk kepada ketersediaan bilik; masa daftar masuk dan keluar yang dipilih mesti disediakan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan; dan tertakluk kepada ketersediaan bilik. Inisiatif lain yang diperkenalkan di Dorsett Hartamas ialah Dorsett 3 Wishes (# dorsett3wishes) pakej bilik. Pakej bilik ini disertakan dengan 35% off. 3 ‘Wishes’ yang dipilih sendiri yang akan diberikan tanpa tambahan caj. Semasa proses tempahan, pilih dan pilih dua permintaan daripada:
• Daftar keluar lewat hingga 3 petang
• Menaik taraf bilik percuma ke kategori seterusnya
• Pengalaman Bar Mini tempatan
Permintaan ke-3 akan diberikan pada titik pemeriksaan. Berikan harapan dan anda boleh nikmati salah satu daripada yang berikut:
• A Dorsett Teddy
• A Dorsett Payung
• A Dorsett Reusable Straw Stainless Steel
• Beg Belanja Mesra Alam Dorsett
• Kadar Diskaun Terbaik 40% untuk lawatan seterusnya


Para tetamu yang menginap di Dorsett Hartamas akan dijemput ke Dorsett Hour eksklusif (#dorsetthour). Diadakan pada setiap hari Rabu, para tetamu akan dihidangkan minuman dan makanan ringgan percuma selama sejam dan berpeluang untuk berinteraksi dengan pihak hotel pada tahap yang lebih peribadi. Sekali sebulan, Dorsett Hour akan mengambil tema yang unik untuk dijadikan acara di Dorsett. Manakala Zumba Hour and Wellness Saturday Hour akan menjadi tarikan di Dorsett ini.
Di Dorsett Hartamas, semua orang dianggap seperti keluarga. Kesejahteraan pelanggan adalah keutamaan mereka dan semua rakan sekutu Dorsett Hotel terlatih dalam hal ini untuk memastikan bahawa anda, tetamu yang dihargai, dan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan. #dorsettcompack; yang menawarkan tetamu pilihan bulu mikrofiber pada bantal untuk tidur malam yang baik dan perkhidmatan pembungkusan vakum yang membolehkan tetamu untuk mengemas lebih banyak ke dalam beg mereka untuk perjalanan seterusnya. Perkhidmatan ini boleh didapati di lobi hotel dengan caj RM8.00 bagi setiap beg vakum.
Sejajar dengan misi kumpulan untuk operasi yang mampan dan mesra alam sekitar, Dorsett Hartamas seperti hotel Dorsett lain telah memperkenalkan Dorsett Ecovalue + (#dorsettecovalue) program. Bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon di hotel, tetamu yang menginap minimum tiga malam digalakkan untuk tidak mengunakan perkhidmatan pengemasan semasa penginapan di Dorsett Hartamas dengan program ini akan dianugerahkan bagi mereka dalam pemuliharaan alam sekitar. Untuk penginapan mesra alam dan dinikmati di mana keadaan kesejahteraan dan keselesaan untuk pelanggan dari Dorsett Hartamas.

Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI