Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’! IMPIANA berkesempatan ‘feature’ salah satu projek dekorasi & renovasi milik kontraktor bumiputera, Zamada Concept.

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!
Zamada Concept, kontraktor & pihak ID yang bertanggungjawab dalam renovasi & dekorasi kediaman ini.

Projek kediaman jenis teres 2 tingkat dengan keluasan 2,000 kaki persegi. Mempunyai 4 bilik tidur, 4 bilik air serta lengkap dengan dapur kering dan dapur basah. Renovasi dan dekorasi dilakukan secara berperingkat dan tertumpu pada tingkat bawah sahaja mengikut bajet pemilik.

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’! Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’! Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’! Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!

Bertemu dengan pemilik kediaman Suria Johari & Saipul Bahari Hasan, pasangan ini cukup ramah menyambut kedatangan kami. Bagi pemilik, rumah seharusnya menjadi nadi dalam menghidupkan kasih sayang demi mewujudkan ‘Rumahku Syurgaku’.

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!
Pemilik Kediaman Saipul Bahari Hasan & Suria Johari.

‘Courtyard’ Lokasi Kegemaran Sekeluarga

Menariknya, kediaman ini juga mempunyai “Courtyard” atau taman mini di dalam rumah yang cukup indah menyambut kedatangan tetamu atau sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Terletak berhampiran pintu masuk, menghubungkan ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur kering. Dekorasi ringkas dengan kerusi taman, rumput artificial, batu hiasan dan pokok-pokok segar seperti Fiddle Fig dan Monstera sudah cukup melengkapkan ruang ini.

Cukup tenang & mendamaikan apabila berada di courtyard ini. Bahkan ia juga merupakan lokasi ‘favorite’ pemilik sekeluarga yang gemar lepak santai dan meluangkan masa di sini. Lebih-lebih setelah seharian penat bekerja.

“Di Taman Mini (courtyard) inilah merupakan tempat anak saya bermain, tempat saya dan suami sering bersembang selepas balik bekerja untuk duduk berehat,” jelas Suria.

Ads

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!  Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!

Rumah Konsep Moden, Dekorasi Kemas Bagai Di ‘Showroom’

Dekorasi rumah terasa bagaikan berada di ‘showroom’, berkonsep moden nampak rumah lebih bersih, kemas, lapang dan tak nampak serabut bersesuaian dengan gaya hidup pemilik sekeluarga yang memiliki keluarga kecil.

Pemilik yang juga merupakan seorang guru, cukup teratur memastikan ruang bahagian kaunter top kabinet sentiasa kemas, dan hanya meletakkan barangan penting sahaja. Bagi barangan yang kurang penting, segalanya di simpan kemas di dalam kabinet baik di dapur basah mahupun dapur kering, sekaligus memaksimumkan penstoran yang ada di ruang ini.

Kabinet di dapur kering rona putih dan coklat menggunakan kemasan Laminate manakala kaunter top dengan kemasan Quartzstone. Perletakan Kaunter Pulau berbentuk bujur keluasan 6’x2 ½’ dengan padanan kerusi rotan pula menambah lagi gaya pada ruang ini.

“Kabinet dapur kering menempatkan stok makanan ringan. Anak-anak buah saya apabila datang ke rumah ini akan terus pergi ke bahagian ini untuk mencari makanan ringan yang ada.

Ads

“Selain itu, kalau perhatikan pada kaunter top ini, saya memang tidak gemar untuk meletakkan apa-apa barangan seperti periuk nasi dan sebagainya. Hanya ada pokok hiasan kecil di sini. Ini kerana barangan tersebut saya suka letak di dalam kabinet yang dibuat,” jelas Suria.

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!

Keluasan Dapur Basah Dimaksimumkan Fungsinya

Meninjau ke ruang dapur basah, keluasan bahagian ini di maksimumkan sepenuhnya ketika renovasi rumah di lakukan. Kabinet jenis ‘L Shape’ rona putih pada ruang ini dilengkapi dengan ‘pull out basket’, pull out spice & bottle rack, serta peralatan dan perkakasan elektrik yang lengkap bagi memudahkan urusan pemilik ketika memasak di dapur.

Ruang dapur basah juga berhampiran dengan ‘laundry area’ yang menempatkan mesin basuh sekali dengan fungsi ‘dryer’, serta ‘full height’ cabinet bagi memaksimumkan penstoran.

Ads

Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’! Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!Rumah Teres 2000Kps Konsep Moden, Kemas & Lapang Dekorasi Macam ‘Showroom’!

Perancangan Masa Hadapan

Berkongsi impian dan perancangan pada masa hadapan, pemilik mengharapkan jika diberikan rezeki yang lebih, renovasi dan dekorasi rumah dapat dilakukan pada bahagian tingkat atas dan ruang hadapan rumah pula. Terutamanya pada bahagian bilik utama (master bedroom), tangga, pagar dan garaj kereta.

IMPIANA doakan semoga segala impian dan harapan untuk dekorasi rumah terlaksana. Semoga dekorasi rumah ini menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.

INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Suria Johari & Saipul Bahari Hasan
Usia Kediaman: 1 tahun 4 Bulan
Konsep Hiasan Dalaman: Moden
Lokasi: Sepang
Keluasan Kediaman: 22’ x 75’ (2,000kps)
Pereka ID : Zamada Concept
Anggaran Kos Renovasi & Dekorasi Rumah: RM100k

Jenis Kediaman: Teres 2 Tingkat
Spesifikasi Ruang Kediaman:
Dapur Kering, Dapur Basah, Courtyard, 4 Bilik tidur, 4 Bilik Air, Ruang Tamu

Mesti Baca: Rumah Teres 2 Tingkat 1,400kps Konsep Mid Century Modern, Kekal ‘Timeless’ Sepanjang Zaman
Baca Lagi Di Sini: Rumah Teres Lama Diberi Nafas Baru Berkonsep Monokrom, Namun Kekalkan Identiti Asal
Artikel Menarik:Ubahsuai Bilik Siling Tinggi Bina Loteng, Makeover Rumah Teres Lama Usia 35 Tahun

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI