Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.
Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik digabungkan dalam sebuah kediaman peninggalan keluarga. Memang ada sentimental value!
Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.
Pemilik kediaman, Johann Nawawi.
Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang.
“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini.
Ads
“Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.”
Menurut Johann, asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun dia mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Johann turut membina courtyard bersebelahan ruang playroom yang lengkap dengan kolam ikan dan sangkar burung.
“Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”
TERAP ELEMEN KLASIK
Walaupun kini zaman moden, Johann tetap menyeimbangkannya dengan elemen klasik.
Ads
“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.
“Saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja.”
Selain sebagai hobi, Johann turut mengambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan kaedah tradisional.
Ads
“Dari bahagian lounge sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.”
Kata Johann, pintu itu memang dicari di Melaka manakala interior dia lakukan sendiri. dia juga gemar mengumpul barang-barang dari negara Asia seperti labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.
Kredit Foto: Majalah Nona
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Aspek keselamatan di kediaman merupakan salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang. Seharusnya, perkara ini tidak patut dipandang enteng dan perlu diberi perhatian.
Berapa ramai antara kita yang mempunyai Peti Pertolongan Perubatan atau Medical Kit untuk kegunaan ketika kemalangan berlaku di rumah? Pasti ini antara perkara yang paling terakhir yang ada di fikiran untuk kediaman kerana bagi anda, jika sakit atau cedera, boleh terus ke klinik. Lebih mudah dan terjamin.
Tetapi tahukah anda, antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan seperti demam, batuk, cirit-birit atau gatal-gatal kulit. Jadi, bukankah lebih baik jika kita boleh bantu kurangkan kesesakan dan rawat sendiri penyakit yang tidak kritikal di rumah.
Lebih-lebih lagi untuk anak kecil yang mudah sakit dan sensitif. Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai ragam mereka. Dengan mempunyai medical kit ini dirumah, anda boleh menjimatkan masa dan masalah juga dapat diselesaikan dengan segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik dalam keadaan tidak selesa dan lama.
Oleh itu, kali ini melalui posting di akaun Facebook Puan Hani Mynis, Impiana senaraikan kelengkapan yang anda perlukan untuk medical kit anak-anak bagi kegunaan dimasa kecemasan.
PENGURUSAN KESIHATAN : MEDICAL KIT ANAK
Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas . Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita mmg kena usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut
Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.
So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya
Semoga bermanfaat
Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni. Jika pergi berjalan jauh mmg wajib bawa.
Paling penting ! Termometer
Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam2 termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.
untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak ? bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama
sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu
sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai
beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa
beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) – yang hani guna skrg takda feature tu ? tapi dah terbeli guna jelah hehe
kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)
Nasal spray Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha
Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
Paracetemol syrup
Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious ?. Wajib ada.
Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.
Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit.
Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
Syringe
Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)
Kat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya (Gambar kat komen). Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.
Nappy cream
Walaupun mcm2 jenama, hani rasa ini yang terbaik. Saya guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain.
Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.
Antibacterial powder
Kalau dia gatal2 miang2 kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
Botol spray
Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sbb dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.
Nasal aspirator Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.
Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic ?
Cara nak guna:
Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.
Calamine lotion Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi2 masa dia kena ruam panas dulu.
Ubat selsema Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yg belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.
Aloe vera gel Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia.
paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat.
Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yg besar dan kecil ni (khas utk travel)
kalau masak2 pastu tangan terkena kuali atau periuk panas , cepat2 hani sapu benda alah ni terus tak sakit. sejuk je rasa.
kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi
Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best
Paracetemol suppositories Penyelamat! Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.
Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)
Mosquito repellent patch Benda wajib ada lagi2 kalau bercuti di resort2, bercamping dan kalau balik kampung. Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk.
Berkesan bagi Aqil, utk org dewasa pn boleh letak kat baju dia
Kool fever
Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).
Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga
So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.
Hansaplast Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah
Aloclair spray untuk ulser
Hani mula mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.
Pengetip Kuku
Iv kids
Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yg baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni
Minyak Gamat
Normal saline
Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yg utk mata dan lens tu. Sama je boleh guna utk cuci luka sebelum tampal hansaplast
Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dlm ziplock kecil baru masuk dlm bekas just takut dia tumpah.
Dan akhir sekali, Oral rehydration salt
p/s : terdapat sesetengah item yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanah bawah 2 tahun
Tidak dinafikan, penggunaan loceng pintu rumah adalah satu barangan keperluan yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Ini kerana, ia boleh memudahkan
Jika loceng pintu rumah anda sudah lama, rosak atau tidak boleh digunakan lagi, apa kata anda beralih kepada penggunaan loceng pintu rumah yang lebih moden seperti ini.
Untuk maklumat anda, loceng pintu rumah ini sememangnya moden dan canggih dengan teknologi terkini. Ia telah direka dan didatangkan dengan sistem ‘wireless’ yang pastinya akan memudahkan untuk pemasangan loceng pintu ini di kediaman anda.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi kamera dengan paparan resolusi HD yang akan memudahkan anda melihat individu yang berada di luar kawasan kediaman anda.
Di samping itu juga, ia didatangkan dengan sistem pembesar suara yang boleh memudahkan anda untuk berkomunikasi bersama orang yang berada di luar rumah anda.
Meski loceng pintu rumah ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi teknologi yang terkini, ketahanan tenaga bateri tidak akan menjadi masalah kerana ia mudah alih serta boleh dicas semula. Jadi tiada masalah kekurangan tenaga bateri akan berlaku.
Dari segi harganya pula, jangan anda berasa bimbang kerana loceng pintu rumah seperti ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan tanpa perlu berbelanja besar pun. Menarik kan?
Bagi anda yang ingin mendapatkan loceng pintu rumah seperti ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Buat anda yang cintakan kehijauan dan gemar bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. Takut tanaman layu dan mati kerana tidak disiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi.
Caranya amat praktikal dan menjimatkan! Modal cuma plastik dan getah sahaja. Kreatif sungguh!
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.”
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Plastik
Getah
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Isikan air ke dalam plastik kemudian ikat plastik. Tetapi awas, jangan ikat terlalu padat kerana nanti air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.