Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya.
Mungkin kita rasa ia perkara biasa, hakikatnya ianya satu kesalahan dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan denda. Jadi daripada nak terlalu berjimat akhirnya kita juga yang rugi banyak nanti di kemudian hari.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan sebelum nak ‘renovate’ rumah.
BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH.
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
1. Tiada Permit
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
2. Tambah ‘Floor Area’ Tanpa Kelulusan PBT
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah ‘floor area’ ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
Ads
Gambar Hiasan
3. Tak Bincang Dengan Jiran
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
4. Renovate Sampai Line Pagar Depan
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
Ads
5. Renovate LUAR Dari Pagar Depan!
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
6. Submit Pelan Lulus Lain, Buat Di ‘Site’ Lain!
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Ads
Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect
Malu bertanya, duit lebur.
IMPIANA : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum mahu’renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturannya iya. Jangan main buat je.
Perasan tak, kadang-kadang akan ada kesan kekuningan pada bahagian bawah lengan atau ketiak walaupun baju telah dicuci. Lebih-lebih lagi pada pakaian bewarna putih. Kesan kotoran degil ini tidak hanya terdpat pada bahagian tersebut, malah juga boleh terjadi pada bahagian kolar dimana peluh selalu berkumpul.
Memang susah nak tanggalkan kesan kuning ni. Nak tak nak, terpaksa juga lah pakai kalau dah terdesak. Dan paling teruk, kita buang sahaja baju yang terjejas kerana tak sanggup menanggung malu berhadapan orang ramai dengan baju bertanda kuning pada bahagian tertentu.
Tetapi sebelum itu, apa kata anda cuba dahulu petua dari saudara Herry Rozular ini. Menurutnya, sabut ajaib yang berharga RM5.90 ini mampu menghilangkan kesan kuning pada pakaian dengan mudah. Betul-betul menakjubkan!
Menurut beliau lagi, sabun inibukan hanya boleh bantu hilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak dan kolar baju, malah juga boleh digunakan untuk kasut yang kotor.
Inilah sabun yang disebut-sebut tu. Boleh dibeli di Daiso. Selamat mencuba!
“Masuk Daiso wajib korang grab blue stick soap ni! Sy dh lama geram dgn kotoran degil yg kuning kt part deodorant tu ? dah banyak kali sental tak hilang2 last2 try beli benda ni korang tgk la sendiri pic tu. Tu baru sekali basuh.
Sabun ni nk pakai korang kena sapu sikit kat kawasan kotoran n pakai berus utk sental. Lepas tu basuh mcm biasa. Sabun ni kat area kolar baju n kasut kotor pn boleh pakai. So lepas ni kalau kolar baju sekolah putih anak korang ada kotoran, ha cuba sental pakai sabun ni. Seketul ni RM5.90 je boleh beli kat Daiso ✌?“
Cara Kemas Bilik Tidur, Cepat Mudah, Macam Hotel. Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Kemas bilik tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Kemas Bilik Tidur
Untuk memiliki bilik tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Bilik tidur ini adalah tempat untuk kita berehat. Jika kita malas untuk mengemasnya pastinya ia nampak seperti sarang tikus, dan berbau hapak. Bilik tidur merupakan satu lambang peribadi untuk pemiliknya. Jika ia seorang yang malas maka. Biliknya akan bersepah dan berserabut.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali dengan panggilan nama Feeya Iskandar yang sentiasa tampil ceria dengan celoteh menghiburkan.
Untuk episod seterusnya segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah.
Hasil tinjauan IMPIANA ke lokasi kediaman selebriti berkenaan ketika sesi rakaman dijalankan secara tidak langsung turut terpegun melihat keindahan kediaman yang dimiliki oleh Cik Piah.
Apabila diajukan soal mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Cik Piah memaklumkan bahawa dia dan suami telah kata sepakat memilih konsep Inggeris Moden untuk kediaman mereka.
Katanya lagi, manakala untuk idea dekorasi hiasan ruang dalaman rumah adalah sumber ilham daripada suami tercinta, Nurashid Wahab.
Apa yang menariknya lagi mengenai tentang kediaman Cik Piah ini, jumlah keseluruhan bagi kos pembinaan telah menelan belanja anggaran sebanyak RM400,000 sahaja.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Feeya Iskandar? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.