Ciri rumah Melayu cukup menarik jika anda tahu akan sebalik setiap ciri dan reka bentuk yang di bina. Orang Melayu pun tak ketinggalan hebatnya dalam pembinaan rumah.

Setiap satu cirinya adalah bukti betapa kreatif dan berpandangan jauhnya kita ni. Bangga tak? Walau zaman sudah berubah dan rumah kita sekarang makin lama makin bertingkat-tingkat, makin berbatu, Rumah Tradisional Melayu masih wujud dan boleh jadi simbol status. Bukan senang tau nak jaga rumah berkayu ni.

Jika zaman dahulu mana adanya peghawa dingin, tapi rumah melayu lama tetap sejuk dan nyaman. Inilah keunikan dari seni binanya.

1) Sentiasa sejuk

Kalau perasan sebaik anda melangkah masuk ke mana-mana Rumah Tradisional Melayu, pasti rasa sejuk dan damai je. Nak-nak lagi pada waktu malam.
Tak hairanlah, ini kerana rumah kampung ada banyak laluan angin. Lubang angin ni diterapkan dalam rekaan yang boleh kita nampak, di lantai papan, di atas tingkap mahupun di bumbung.
Lubang tu bukan suka-suka atau sebab tak berapa mahir buat rumah, ada fungsi pengudaraan tersendiri iaitu nak bagi angin masuk.

IKLAN

2) Rumah tinggi lebih selamat

Rumah kampung selalunya dibina tinggi-tinggi. Bukan saja-saja ya. Ia dibina atas faktor keselamatan, seperti untuk elak diintai orang dan dimasuki pencuri, mengelak dari binatang buas dan bencana alam seperti banjir.

3) Anjung

IKLAN

Anjung atau beranda adalah tempat berehat utama rumah kampung. Ia lambang betapa orang Melayu ni sangatlah mementingkan adat dan tatatertib masyarakat.
Ia juga untuk elak fitnah, tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung saja. Ada pemisahan ruang supaya hidup bermasyarakat.

4) Ukiran

IKLAN

Nak cuci mata? Anda boleh tengok sendiri seni ukir yang banyak terdapat di tangga, dinding beranda dan atap rumah kampung, membuktikan masyarakat Melayu memang handal dalam seni ukiran dan pertukangan.
Bukan sekadar seni perhiasan, malah ukiran ini menggalakkan pengudaraan dan pencahayaan untuk rumah. Ruangan tertutup tapi masih berkait dengan persekitaran luar.

Artikel berikut: Dari Semenanjung Malaysia, Mari Kita Lihat Pula Bangunan Ikonik Di Sabah & Sarawak!

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI