Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.

Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…

Anda hanya perlukan 3 bahan ini :

  1. Limau Nipis
  2. Baking Soda
  3. Cuka Epal

Papan Pemotong Bersih Seperti Baru Dengan 3 Bahan Ini

Langkah-langkahnya : 

1)  Potong limau nipis kepada dua bahagian

2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.

3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.

IKLAN

4) Biarkan selama 10 minit.

5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.

6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.

7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.

IKLAN

8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.

Papan pemotong ni kalau tidak dicuci dengan betul, bila nak guna tu silap hari bulan memang geli… bila dah hitam dan berlendir.. jadi sebelum ia menjadi teruk setiap kali selepas guna pastikan anda menyental papan pemotong anda.

Kalau anda nak tahu inilah salah satu punca anda boleh mendapat keracunan makanan walaupun masak makan di rumah. Bila perkakas masak anda tidak dijaga dengan sempurna. Merebaknya bakteria tanpa boleh di kesan.

Kadang kala anda mungkin tidak perasan yang cik li (lipas) dan haiwan perosak lain menyinggah ke papan pemotong anda yang tidak beesih tu. Masa nak masak lupa nak basuh papan tu pula..  memang menempah penyakit la kan.

IKLAN

Layari Youtube IMPIANATV untuk banyak lagi video2 menarik dan tip menarik yang dikongsikan.

Baca:

 

 

BACA: 3 Tip Bela Ayam Di Pekarangan Rumah Tanpa Risau Bau Busuk Dan Setiasa Bersih

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI