Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini.
Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
Ads
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
Ads
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
Ads
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY Almari Tudung Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Total: RM 169
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM169 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
IMPIANA: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Wainscoting memang menjadi trend dekorasi kini. Pelbagai teknik dan material yang sesuai untuk menghasilkan dekorasi dinding ini. Cara pemasangannya tidaklah rumit, yang penting rajin. Hal ini menyebabkan ramai yang berjaya menghasilkan sendiri dinding wainscoting untuk lebih jimat.
Namun yang menjadi masalah adalah apabila permukaan dinding anda tidak rata. Kayu Wainscoting yang dipasang sukar melekat atau mungkin, mudah tercabut. bagi anda yang kurang berkemahiran dalam kerja-kerja menukang dan ada masalah dinding seperti di atas, Ayu Cm punya penyelesaian mudah iaitu Paintscotting.
Paint + wainscoting atau painscotting hanya menggunakan pelekat kertas sebagai bingkai. Teknik ini bukan sahaja jimat wang, malah masa untuk siap pun lebih cepat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain penggunaan cat berwarna kontra, bingkai gambar dan sebagainya sebagai hisana feature wall. Anda juga boleh menggunakan decorative panel yang mempunyai karakter bertatapan dengan konsep yang ingin ditonjolkan. Namun, harga decorative panel ni agak mahal higga boleh mencecah ribuan ringgit. Terkini, bagi yang suka konsep moden, 3D wall decor turut menjadi pilihan.
Sebenarnya ada cara lain untuk anda peroleh 3D wall decor ni dengan harga yang sangat murah. Hanya sedikit tenaga dan usaha diperlukan untuk menghasilkan nya. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini, 3D wall decor yang menghiasi dinding kediamannya hanya diperbuat daripada kotak-kotak makan ringan seperti bijirin, biskut dan lain-lain. Tidak memerlukan peralatan yang banyak. Wanita ini berjaya menghasilkan 3D Wall decor yang cantik.
Bahan-bahan:
Kotak bungkusan makanan
Penyembur warna metalik atau mirror effect
Mounting board Pita pelekat
Pita pelekat kertas
Gam panas
Gunting
Cara-cara:
1. Kumpulkan kotak-kotak makanan dan bersihkan dari sebarang makanan dan kotoran
2. Buka kotak tersebut
3. Lakar bentuk 3 segi dengan ukuran 5x5x6.5 inci di atas kotak makan yang telah dibuka tadi dan potong
4. Sediakan 4 keping bentuk 3 segi yang telah siap dipotong untuk membentuk satu piramid
5. Lekat setiap sisi yang pendek dari bahagian luar dengan menggunakan pita pelekat
6. Gunakan gam panas untuk lekatkan bahagian dalam piramid
7. Sediakan piramid mengikut keperluan
8. Apabila cukup jumlah piramid yang diperlukan, tutup bahagian sambungan piramid dengan menggunakan pita pelekat kertas
9. Sembur dengan pewarna metalik awatu mirror efect untuk mendapatkan kesan lebih mahal
1o. Apabila cat pada piramid telah kering sepenuhnya, lekatkan pada mounting board dengan menggunakan gam panas
Ini antara bentuk susunan yang boleh anda lakukan
Selain menggunakan warna metalik, cat mate juga sesuai digunakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.