Masa ekonomi tak berapa nak baik ni, DIY adalah pilihan terbaik dalam berjimat. Tak kira laha apa pun benda dan perkara termasuklah buat perabut sendiri, baju sendiri, karpet sendiri dan sebagainya. Nak-nak menjelang raya ni, Bila ahli keluarga dah semakin membesar dan bertambah, lebih banyak peruntukkan yang perlu dipersiapkan. Jadi, selagi apa yang boleh di jimat, kita wajib jimat.
Antara persediaan raya yang boleh di jimatkan adalah langsir. Kalau nak beli langsir eyelet di kedai yang dah siap, mahu harganya makan beratus juga. Apa kata kita DIY je sendiri. Kalau pergi kedai-kedai kain, anda boleh nampak banyak je kain langsir yang berkualiti dan catik di jual pada harga bawah RM 10. Kalau rajin mencari dan beli mase sale, lagi murah anda boleh dapat. Kalau tak tahu berapa panjang kain yang perlu di beli dan apa barangan lain yang diperlukan untuk siapkan langsir raya, anda boleh tanya terus dekat orang kedai tu.
Cuma pastikan apa jenis tingkap anda, berapa keping daun tingkap dan kalau sliding door, kenalpasti berapa keping sliding door anda. Nanti pandai lah orang kedai tu potongkan. Lebih mudah, mintak tolong orang kedai tu potong siap-siap kain langsir untuk setiap tingkap. Balik tinggal jahit je.
Bila bahan semua telah sedia, Jom kita ikut cara-cara menjahit langsir yang telah disediakan oleh Audra Ayeesha:
Ukuran sebenar langsir + lipatan atas + kelim bawah.
IKLAN
Lipatan atas : 5 inci (1inci utk jahitan tape + 4 inci utk lipatan tape. ikut size tape, sy guna tape 4inci)
Kelim bawah : 4inci ++ (sy guna 8inci sbb sy buat lipatan 4inci 2kali. Blh jg ambil 5 inci mcm lipatan atas)
**utk yg buat cantuman kain (seperti contoh gambar). Jahit setiap 2 keping jadikan satu terlebih dahulu.
IKLAN
1. Jahit tape & lebihkan 1 inci pada kain.
2. Tape yg telah dijahit. Lipat ke dalam 2 kali. Tape diatas bersize 4inci.
3. Selepas lipat ke dalam 2 kali. Iron & jahit.
4. Untuk kelim bahagian tepi kiri dan kanan. Lipat ke dalam 2 kali 1inci. Iron dan jahit sehingga hujung kain.
5. Siap jahit tape & kelim tepi.
6. Utk kelim bahagian bwh. Lipat kelim 4inci, iron & jahit.
7. Jarak 1.5 inci dr kiri & kanan dan tandakan lubang. Satu keping kain bidang 60 bersamaan 8 lubang ring. (Sy guna 1.5 keping kain bidang 60 bersamaan 12 lubang ring)
8. Tandakan jarak yg sama bg setiap lubang & tebuk menggunakan gunting atau puncher.
9. Masukkan ring kedalam lubang dan tekap ring kedua2 belah.
DAH SIAP!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir merupakan salah satu menyeri ruang yang dapat yang amat penting. Selagi tiada langsir yang digantung, ruang kelihatan seperti masih belum siap. Selain itu langsir juga memainkan peranan untuk mengubah “mood” sesebuah ruang, bergantung pada kegunaan.
Salah satu fungsi utama langsir juga termasuklah sebagai penghadang bagi memberi lebih privasi kepada pemilik.
Cara-cara untuk anda maintai dan sentiasa pastikan langsir sentiasa nampak baru tanpa perlu membeli langsir yang baru adalah :
Rendam sheer curtain yang sudah kelabu dan kusam semalaman untuk kembalikan kesegarannya. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu, jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan reaksi kimia dengan cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting, dengan cucian yang sempurna, langsir bukan sahaja akan berbau wangi malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
Elakkan membasuh tessle atau tali pengikat langsir menggunakan mesin. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassle tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
‘Checklist’ perkara wajib tahu sebelum bina kabinet dapur, barulah memuaskan hati. Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu teliti sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur anda.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira termasuklah kegunaan, bajet, dan juga konsep yang anda mahukan. Oleh itu, anda perlulah dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menempah kabinet dapur yang anda mahukan.
Berikut dikongsikan berapa tip sebelum anda mengambil keputusan untuk menempah kabinet dapur.
Pelan lantai
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinet yang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Jenis-Jenis Material
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Ruang Penstoran Yang Sesuai
Apabila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
Pilihan Kemasan Terbaik
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
Bagi rumah sempit, pemilihan “counter island” jenis kecil dan ada storan penyimpanan ni sangat digalakkan terutama bagi kediaman yang dapurnya keluasan agak terhad.
Boleh jadi meja makan dan juga tempat simpan barang, pada masa yang sama ia juga boleh jadi pemisah ruang dapur dan ruang makan.
Perabot ini biasanya perlu ditempah untuk ikut kesesuaian rumah dan harganya memang agak mahal. Bagi yang berhajat untuk mengadakan meja ini tapi pada masa yang sama mahu berjimat boleh juga cuba buat sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Faiz JoYs.
Buat sendiri counter island
Nekad buat sendiri sebab kalau tempah ikut saiz kita nak kena RM1500. Buat sendiri kos semua dalam RM500.
Kos macam mahal sebab papan atas guna dari meja makan kayu 20mm. Wife pun happy boleh sumbat oven dan microwave.
Siapa yang nak DIY, ini kayu dan ukuran saya gunakan
https://shope.ee/AUNw2oT7as
15mm
45cm x 100cm (2 keping)
45cm x 90cm ( 1 keping)
45cm x 70cm ( 1 keping)
45cm x 48.5cm ( 2 keping )
45cm x 120cm ( 1 keping )
123cm x 100cm ( 1 keping)
Kayu pine utk tulang atas bawah
45mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
80mm x 15mm (4 kaki ) (2btg)
https://shope.ee/6AEwsA52mY
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.