Siapa kata bela ayam kotor? Jika anda perlu menutup hidung ketika melalui kawasan atau kandang ayam, ini bermakna pengurusan yang dilakukan salah. Sebenarnya, ada cara atau kaedah mudah untuk memastikan kandang ayam sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak mencemar bau udara sekitarnya:
ELAK KELEMBAPAN
Pastikan kandang terletak di kawasan yang tidak bertakung air. Jika ada tumpahan atau tempias air ke dalam kandang, segera bersihkan. Kebiasaannya, kelembapan dalam kandang wujud disebabkan oleh sistem minimum yang bocor atau tumpah. Jika air bercampur dengan kotoran dari kandang, ia akan menghasilkan aroma amonia yang busuk
SEDIAKAN PENGUDARAAN
Seperti yang dinyatakan, kandang perlu selalu dalam keadaan kering. Selain mengelak tumpahan air di dalam kandang, sediakan kipas kotak untuk menjaga sirkulasi udara di dalam kandang. Keadaan kandang yang busuk dalam tempoh lama akan mengundang lalat. Hal ini akan menyebabkan keadaan kandang semakin kotor
RUTIN MEMBERSIHKAN KANDANG
Setiap 3 hari sekali atau sekurang-kurangnya 1 kali seminggu, bersihkan kandang secara total. Jika menggunakan jerami, pastikan ia diganti setiap minggu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai Dan Cili Ikut Cara Ini, Tahan Berbulan Lamanya!
Antara masalah yang sering dihadapi di dapur adalah apabila bahan yang dibeli tidak tahan lama dan terpaksa dibuang kerana sudah layu atau lembik. Kadang-kadang, tak sempat guna pun!
Pasti ramai yang pernah berhadapan situasi begini. Kita ingat beli semua bahan sekali, tak perlu lah nak ulang alik ke pasaraya setiap hari. Tapi malangnya, agak sukar nak kekalkan kesegaran sesetengah bahan seperti daun sup, lengkuas, serai dan cili.
Melalui perkongsian Puan Suhana Mat Rasu ini, beliau tunjukkan rahsia cara penyimpanan bahan mentah tersebut agar tahan lama sehingga berbulan-bulan!
Menarik kan? Jom lihat selanjutnya..
SENANG, SEGAR, JIMAT
Cara penyimpanan yang berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je
1.Daun Sup
-Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais
-Caranya..potong 2 botol minuman..masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting utk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja.Air yg banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk
-Pokok yg disimpan dengan kaedah ni dapat bertahan lebih dari sebulan
2.Lengkuas dan Serai
– Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut
-Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan
-Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya
3.Cili Api dan Lada Merah
-Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk
-Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar
-Setiap kali menggunakan bahan ini..rajin2 kan diri utk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap2 air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah
-Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama
Bahan2 yg disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan. Selamat mencuba
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bersempena Sambutan Perayaan Krismas Tahun Ini, foodpanda Ambil Langkah Inisiatif Tawaran Diskaun Sebanyak 40% Kepada Pengguna
Akhirnya, masa yang dinanti-nantikan oleh orang ramai sepanjang tahun bagi mendapatkan tawaran hebat sempena perayaan Krismas kini telah pun menjelang tiba.
Platform aplikasi penghantar makanan terkemuka tanah air, foodpanda ini telah bersedia untuk ‘Menyebarkan Keriangan Seperti Panda’ dan meraikan musim perayaan dengan pelbagai tawaran menarik bersama foodpanda yang pasti akan seribu kegembiraan kepada penggunanya sempena sambutan perayaan Krismas tahun ini.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das ketika mengulas mengenai tawaran foodpanda pada musim Krismas kali ini berkata, “Falsafah ‘Hidup Gaya Panda’ berteraskan kepada bagaimana pengguna kami boleh membuat persiapan Krismas dengan tenang, kerana foodpanda akan memenuhi segala keperluan perayaan anda.
“Sama ada pengguna memerlukan hidangan yang lengkap, bahan masakan, mahupun barangan perhiasan rumah, foodpanda berhasrat untuk membolehkan anda menikmati musim perayaan ini tanpa perlu bersusah payah dan bersesak-sesak membeli-belah untuk Krismas.
“Kami dan rakan-rakan kongsi kami sememangnya berasa sangat gembira kerana dapat membawakan pelbagai pilihan yang menarik untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Bagi mereka yang meraikan sambutan perayaan Krismas, makanan adalah sama pentingnya dengan pengalaman saling bertukar hadiah.
Tahun ini, daripada bersusah payah memasak di dapur, nikmati kemudahan foodpanda dan luangkan lebih banyak masa berharga dengan orang yang tersayang dengan memilih vendor dine-in foodpanda, yang menyediakan pelbagai pilihan hebat untuk sebarang majlis sambutan perayaan. Antaranya:
· The Bee
Sambutan perayaan tahun ini pasti bertambah meriah dengan hidangan makanan bertemakan Krismas! Sempena musim perayaan ini, foodpanda ingin Menyebarkan Kegembiraan Seperti Panda, dan menghadiahkan pengguna dengan potongan sebanyak 40% bagi pesanan minimum RM25.00. Untuk menebus diskaun tersebut, gunakan kod: PESTAPANDA.
Selain itu, foodpanda juga sentiasa mahu memastikan ada sesuatu yang menarik untuk dimiliki oleh setiap orang khusunya buat si kecil yang berada di rumah, apa kata kalau kita menghadiahkan mereka keajaiban Krismas dengan kelengkapan set mainan jenama LEGO Malaysia? Bawakan kegembiraan dan keriangan ke dalam musim perayaan ini, dan benarkan mereka bermain dan belajar pada masa yang sama.
- LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy kini boleh didapati di pandamart untuk hanya RM 49.90.
- Nikmati diskaun sehingga 15%
- Pembelian set LEGO akan melayakkan anda menerima hadiah percuma
- Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi LEGO Flower Bouquet Set bernilai RM 269.90
- Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tip Bagaimana Untuk Memilih Sofa Ruang Tamu Yang Betul
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Daisy Bukan Tanaman Bermusim, Cuba Teknik Ni Mesti Tak Putus Berbunga
Daisy adalah tanaman berbunga yang mempunyai pelbagai rona bunga yang menarik dan sering menjadi pilihan peminat dekorasi taman berkonsep kedesaan. Ramai beranggapan, Daisy Afrika atau nama saintifiknya Gerbera jamesonii merupakan tanaman bermusim.
Ini disebabkan, ia perlu diganti selepas selesai berbunga dan mempunyai jangka hayat yang sekejap. Tidak kurang juga, pokok daunya merimbun tapi tidak berjaya menghasilkan bunga. Sebenarnya, cara atau teknik penyelengaraan yang salah menyebabkan tanaman ini cepat mati atau mudah rosak. Berikut, 5 tip penjagaan yang WAJIB anda lakukan untuk memastikan daisy yang ditanam tahan lebih lama dan sentiasa berbunga:
1. Ramai melalukan teknik sirama yang salah dan ini antara faktor utama menyeabbkan daisy cepat mati dan mudah dijangkiti penyakit. Siraman yang berlebihan akan menyebabkan jangkitan kuman terutamanya pada pangkal pokok mudah berlaku. Akar mula masam dan gagal menghasilkan tanaman yang sihat. Di samping itu juga, siraman yang di lakukan terus ke atas pokok akan merosakkan kudup bunga yang baru. Sebaiknya, siraman daisy perlu dilakukan terus ke permukaan tanah atau pangkal tanaman.
2. Siraman pun, tak boleh di lakukan dalam kadar arus yang laju. Ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada tanaman
3. Harus di ingat juga, siraman perlu dilakukan di waktu pagi melainkan di musim panas dan pastikan medium tanaamn dalam keadaan kering ketika siraman seterusnya dilakukan
4. Untuk tujuan pembajaan, pastikan ia di tabur dalam jarak 3-5 inci dari pangkal tanaman. Jika pangkal terkena baja, ia akan menyebabkan tanaman panas dan tanpa awatan ia mula mengering dan mati. Jika anda mengesan tanaman anda mengalami masalah tersebut, bersihkan baja dari pangkal tanaman, dan lakukan siraman sehingga baja yang tersisa larut
5. Daisy merupakan tanaman berbunga. Sudah pasti, jenis tanaman berbunga ini memerlukan cahaya matahari untuk menghasilkan bunga. Sama seperti daisy, tanaman ini memerlukan cahaya matahair terus terutamanya di waktu pagi. Namun, pastikan jika cahaya matahari yang diterima terik, ia membahayakan tanaman
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI