Rumah flat boleh bertukar persis kondomonium andai anda bijak memilih dekorasi yang sesuai. Kebiasaannya kediaman jenis flat masalah utamanya ialah dari segi keluasan kediaman. Namun jika kena dengan caranya, ruang kediaman yang terhad keluasannya bertukar sedap mata memandang. Pendek kata ruang yang terhad bukanlah alasan untuk tidak mendekorasikan ruang kediaman.
Setiap rumah flat memiliki ruang yang hampir lebih kurang keluasannya. Apa yang membezakan ialah dekorasi dan ambience di dalamnya. Perkongsian dekorasi kediaman Mas Aura boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang sedang berkira-kira untuk menghias kediaman jenis rumah flat.
Dengan keluasan 650 kaki persegi, wanita ini berjaya menghias kediamannya persis kondominium. Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi yang telah siap disempurnakan.
Transformasi bilik tidur utama konsep ‘Modern English,’ pintu tandas tersorok dalam almari. Memiliki bilik tidur yang cantik dan selesa merupakan impian setiap orang. Tidak ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghias bilik tidur supaya kelihatan lebih menarik.
Cara menghias bilik tidur serta susun atur perabot memainkan peranan penting dalam memberi impak terhadap keluasan bilik terutamanya bilik tidur yang kecil dan ruang terhad. Susun atur perabot biarlah praktikal selain sesuai dengan aktiviti harian anda.
Berikut dikongsikan dekorasi bilik tidurutama hasil kreativiti pereka hiasan dalamam, Isa Interior
Transformasi bilik tidur utama. Bertemakan modern English, dinding dicat dengan warna white linen (Jotun). Paling menarik dalam almari ada pintu ke bilik air. Jadinya bilik air memang tersorok. Sangat privasi.
Wow siapa sangka, anak kepada Allahyarham Rohana Jalil, Kilafairy rupanya berbakat besar dalam rekaan dalaman. Menurut perkongsian beliau baru-baru ini di Instagramnya, Kilafairy berkongsi gambar rumahnya sebelum dan selepas direnovasi.
Jelas Kilafairy, dia membeli rumah ini 2 tahun lepas kerana azamnya adalah untuk memiliki rumah sendiri sebelum berusia 30 tahun. Namun, Kilafairy hanya sempat tinggal selama dua kali sahaja kerana dirinya mahu sentiasa dekat di sisi arwah bondanya.
Apatah lagi rumah bondanya menyimpan 1001 kenangan indah bersama. Lantas Kilafairy membuat membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut. Dan mujur rumahnya disewa dan dijaga rapi oleh penyewa.
Mentransformasikan kediaman dari konsep biasa-biasa ke konsep lebih moden dan kontemporari, di samping penggunaan warna lembut dengan cahaya natural dari luar, ternyata menyerlahkan sudut ruang tamu rumah berkenaan di samping susun atur perabot yang lebih mementingkan keselesaan untuk bergerak bebas.
Menariknya, Kilafairy turut berkongsi bagaimana dia menukar beberapa sudut di dalam bilik tidurnya, siap mempunyai walk-in wardrobe sendiri. Menerusi gambar sebelum dan selepas yang dikongsikan, Kilafairy turut berkongsi momen dirinya melakukan transformasi dan dekorasi biliknya sendiri.
Di ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang memuji bakat terpendam yang dimiliki Kilafairy malah ramai yang mengakui tidak menyangka Kilafairy mampu untuk mengubah suai kediamannya tanpa mengupah pereka hiasan dalaman.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ruang tamu, adalah jantung setiap kediaman. Menjadikan ruang tamu sebagai ruang buat keluarga bersantai dan berkumpul, sekaligus memaksimumkan ruangan mana-mana rumah jenis minimalis, sederhana besar mahupun kecil lebih berfungsi demi mencipta atmosfera yang tenang dan mendamaikan. Apa apa pun ruang tamu dan ruang keluarga untuk sesebuah kediaman kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting.
Rumah minimalis atau berkeluasan sederhana mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga secara terpisah yang kadangkala mendatangkan kesukaran. Ini kerana ruangan lain juga perlu dipertimbangkan. Salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memanfaatkan setiap ruang rumah dengan efektif serta semaksimum mungkin.
Jadi apa yang boleh anda lakukan? Jom kita intai 5 tip dekorasi agar ruang tamu anda lebih santai dan ‘welcoming’.
LIHAT KEPERLUAN
Tanya diri sendiri adakah anda benar-benar memerlukan tamu? Jika jawapannya ialah ‘Ya’ maka anggarkan jumlah tetamu yang biasa datang dan siapa mereka. Perkara ini sangat penting sebelum anda mengubah ruang keluarga dan ruang tamu sekaligus.
Ramai yang mudah terjebak dengan tanggapan bahawa rumah perlu memiliki ruang tamu sedangkan tuan rumah jarang menerima tetamu di rumah. Jika memang tidak diperlukan, mengapa perlu tergesa-gesa untuk mengubahnya?
GUNAKAN SINGLE CHAIR
Berapa pun jumlah tetamu yang datang ke rumah akan mempengaruhi letaknya perabot terutama tempat duduk. Jika memang tidak ramai tetamu maka tidak perlulah menempatkan sofa yang berukuran besar. Cara ini lebih praktikal kerana single chair boleh dipindahkan ke ruang lain jika benar-benar tidak digunakan.
REKAAN YANG FLEKSIBEL
Manfaatkan sesebuah ruang untuk dua fungsi yang berbeza. Sebaik-baiknya ialah menggunakan rekaan yang fleksibel agar tidak kelihatan terlalu kosong. Penggunaan sofa pada ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga dapat mengurangkan sofa yang tidak terlalu formal sehingga terkesan santai seterusnya menjadikan suasana lebih tenang. Agar reka bentuk ruangan terasa semakin rileks anda boleh menambah karpet serta beberapa bantal unik.
TIDAK TERLALU BANYAK BARANG
Perabot yang terlalu berlebihan akan membuatkan ruang rumah terasa sempit. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi sebaik-baiknya pilih dan susun semula barang serta perabot yang dietrapkan untuk ruang tamu yang turut menjadi ruang keluarga.
SUSUN RAPI
Memandangkan ruang tamu juga menggabungkan ruang keluarga maka waktu yang dihabiskan di ruang tersebut akan menjadi lebih banuyak. Oleh kerana itu, mengatur ruangan agar menjadi setenang yang mungkin merupakan perkara yang penting. Setiap sudut dan sisi ruangan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Contohnya, dengan menempatkan tanaman indoor agar ruang kelihatan lebih sejuk dan segar.
Semoga bermanfaat!
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.