Meja makan adalah perabot penting di ruang makan dan merupakan pelaburan jangka panjang. Meja makan ini boleh digunakan untuk rutin harian, acara santai atau acara rasmi.
Namun begitu, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli meja makan, salah satunya adalah material meja.
Memilih bahan meja makan boleh menjadi tugas yang mengelirukan. Selain daripada pilihan yang banyak, setiap material meja makan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis meja makan yang digunakan secara meluas iaitu marmar dan kayu. Jadi, apakah kebaikan dan keburukan kedua-duanya dan yang terbaik untuk ruang makan?
Mengenai meja makan marmar
Meja makan marmar boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Anda boleh mencari jenis gaya yang berbeza-beza daripada tepi serong bersudut kepada tepi bulat atau segi empat sama mengikut aspek yang dimahukan.
Mengenai meja makan kayu
Ads
Kayu boleh didapati dalam pelbagai kemasan dan ia juga boleh diukir, dipotong dan juga dibentuk dalam pelbagai bentuk dan gaya.
Kelebihan & Kekurangan Meja Makan Marmar
Meja makan marmar sering dikaitkan dengan cita rasa mahal, menjadikan sesuatu ruang itu tampak bergaya dan formal.
Walau bagaimanapun, meja makan marmar boleh diletakkan di dapur makan untuk dekorasi yang lebih santai. Marmar adalah bahan yang sangat tahan lama dan kukuh.
Namun begitu, seperti kebanyakan peralatan batu semula jadi yang lain, marmar memerlukan penyelenggaraan tetap yang berkala.
Ads
Jika tumpahan berlaku, bersihkan dengan segera kerana cecair boleh meresap ke dalam batu dan menyebabkan kerosakan.
Selain itu, objek berat yang diletakkan di atasnya boleh mencalarkan kemasan malah merosakkan batu itu sendiri jika marmar tidak dimeterai dengan betul.
Semasa memilih, pastikan anda meneliti marmar untuk melihat jika anda sebarang keretakan dan kerosakan, sebelum serta selepas ia tiba di rumah anda.
Kelebihan & kekurangan meja makan kayu
Pada masa ini, tidak semua meja kayu diperbuat daripada kayu pepejal sebenar. Kayu pepejal tulen cenderung menjadi tua dan tahan lama menjadikannya pelaburan yang baik untuk keluarga.
Ads
Walau bagaimanapun, meja makan kayu boleh menjadi mahal, bergantung pada kualiti dan jenis kayu yang digunakan. Selain itu, ia juga mempunyai jisim yang berat dan menyukarkan untuk bergerak. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, meja makan kayu boleh meleding walaupun ia dijaga dengan baik.
Sama seperti meja makan marmar, meja kayu juga mesti dibersihkan dengan kerap dengan produk yang selamat.
Calar pada meja makan kayu sukar untuk ditutup kerana kemasannya sukar dipadankan. Namun begitu, ia boleh kelihatan eksklusif di ruang makan kasual dan formal.
kredit: kompas.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Samada anda baru ingin memasang tikar getah sebagai lapisan perlindungan pada lantai atau anda mahu menggantikan tikar yang lama, memotong tikar getah mengikut saiz yang dikehendaki tidaklah serumit yang anda sangka. Jika sebelum ini impiana kongsikan tip untuk elak tikar getah yang dihampar berkedut [klik sini untuk artikel lengkap] Ia tidak memerlukan alatan canggih atau berkuasa tinggi, malah proses pemotongan ini hanya memerlukan beberapa alatan yang boleh anda dapati dirumah sekarang seperti pisau, gunting, pembaris besi serta pita pengukur.
Secara ringkasnya, anda perlu ukur dan pastikan saiz sebenar ruang yang terbabit. Setelah anda yakin dengan ukuran yang diperoleh, bentangkan tikar getah sehingga memenuhi runag. Dan untuk mengasingkan bahagian lebihan tikar, gunakan pisau tajam dengan bantuan pembaris besi sebagai panduan agar tidak senget benget. Dibawah ini adalah penerangan terperinci tentang langkah-langkah memotong tikar getah dengan mudah. Selamat Mencuba!
LANGKAH 1
Pertama sekali, lengkapkan diri anda dengan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Oleh kerana anda akan menggunakan pisau yang tajam, sepasang sarung tangan kerja untuk perlindungan adalah satu kemestian. Bagi mengelakkan kecederaan, elakkan mengendali pisau jika tidak memakai sarung tangan.
LANGKAH 2
Kemudian, pilih permukaan sesuai untuk proses memotong. Kemungkinan risiko untuk pisau yang tajam memotong menembusi tikar getah dan mencalarkan lantai adalah besar jadi pastikan anda meletakkan lapisan kadbod atau papan lapis sebagai alas.
LANGKAH 3
Ukur keluasan ruang dan pastikan anda tidak lupa ; lebih mudah jika anda catitkan pada kertas. Anda boleh dapatkan saiz setiap gulung tikar getah pada penjual sebelum membeli jumlah yang sesuai dengan saiz ruang anda.
LANGKAH 4 Tandakan dimensi pada tikar bagi memudahkan anda untuk memotong ukuran tepat dengan bantuan garisan yang telah dilukis. Panduan visual seperti ini juga membolehkan anda mempercepatkan kerja dan memastikan proses pemotongan tidak tersasar.
LANGKAH 5
Hamparkan tikar pada kawasan lapang dan rata. Pastikan tikar lurus dan rata serta tiada kedut sebelum memulakan proses pemotongan.
LANGKAH 6
Letakkan pembaris besi pada sebelah garisan yang telah dibuat tadi. Pastikan anda masih boleh nampak garisan tersebut. Keluarkan pisau dan potong mengikut garisan. Pembaris besi akan bertindak sebagai panduan agar pisau tidak terkeluar dari ‘landasan’.
LANGKAH 7
Bergantung pada ketebalan tikar getah, mungkin anda perlu memotong pada garisan yang sama berulang kali. Berhati-hati ketika membuat potongan kedua atau keiga agar tidak tersalah dan terkeluar dari garisan.
Tip: celupkan hujung mata pisau dalam air sabun untuk memudahkannya meluncur diatas tikar getah.
LANGKAH 8
Seterusnya, setelah berjaya memotong tikar tersebut anda hanya perlu kemaskan penjurunya. Tikar getah juga mudah dibentuk, jadi tiada masalah jika ada bahagian yang melengkung atau sebagainya. Pastikan juga tangan anda mudah dikawal dan stabil ketika memotong. Dan apabila ukuran yang diambil tepat, dan dipotong dengan sempurna, tikar getah akan kelihatan kemas dan rapi tanpa gelembung udara yang menjengkelkan.
LANGKAH 9
Akhir sekali, jangan lupa untuk membersihkan semula kawasan kerja. Sapu dan buang semua lebihan tikar getah yang dipotong kerana apabila dibiarkan merata-rata, ia boleh mendatangkan bahaya pada anak kecil atau haiwan peliharaan anda. Periksa kawasan terlibat dengan teliti apabila sudah selesai melakukan kerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terpesona dengan renovasi dan reka bentuk hiasan dalaman yang dikongsikan oleh pereka Haziq Ammar dari MH CasaDecoration ini. Rumah kondominium 2 bilik dengan keluasan 1000 kaki persegi tampil berubah wajah kelihatan seperti ‘banglo mewah’ dengan konsep ‘Modern Luxury’.
‘Bungalow Look’
Menariknya, meskipun keluasan kediaman ini hanya 1,000 kaki persegi namun dengan kebijaksanaan pereka dalam mendekorasi dan menyusun atur ruang, dapat merealisasikan rumah impian pemilik kediaman.
“Keseluruhan Rumah Kondo 2 bilik 1000sqft. Alhamdulillah akhirnya selesai handover sebelum Tahun Baru 2024.”
“Siapa kata rumah Apartment or Kondo tak boleh Bungalow look. Susah nak deko la APA la. Boleh sajaa, Kita buat DIA”ujar Ammar
Hadiah Buat Ibu Bapa
Pereka meluahkan rasa syukur kerana segala urusan renovasi dan pengubahsuaian hiasan reka bentuk dalaman rumah dipermudahkan serta diberikan kepercayaan penuh dalam menata hias kediaman.
Lebih istimewa, menurut pereka, pemilik kediaman berhasrat menghias indah rumah ini untuk dihadiahkan buat ibu bapa tersayang.
“Alhamdulillah dapat client yang sangat memudahkan urusan dan sangat memberi sepenuh kepercayaan kepada abam. REZEKI.”
“Sangat mudah dari site visit, urusan 3D design, sebut harga sampailah siap sepenuhnya. Tapi delay sikit. Apa-apa pon Alhamdulillah dapat siapkan.”
“Dapat Tahu Pula rumah ini untuk dihadiahkan kepada Ibu dan Bapa mereka. Allahuakbar seronok dengar. Jadi abam pon deko lah macam abam nak bagi kepada kedua Ibu dan Bapa sendiri juga Tidak APA WALAUPON sedikit huntung tapi inshallah Ada rezeki lain, sama-sama dapat merasa kebahagian rumah cantik,”ujar Ammar.
Jom lihat BEFORE & AFTER
Kod Cat : Jotun Majestic Modern Beige
Menurut pereka bahagian ruang makan dan dapur, pemilik kediaman meminta bahagian ini dipisahkan dengan ‘glass divider’ supaya bahagian ruang tamu kurang berbau apabila melakukan aktiviti memasak.
Kemasan bagi kabinet dapur pula menggunakan Spray Paint.
IMPIANA: Cantik sungguh transformasi rumah kondominium berkeluasan 1000 kaki persegi ini. Terus berubah wajah dengan konsep ‘modern luxury’ ala ‘Bungalow Look’.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!