Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.
Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya. Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.
Ads
Ads
Ads
+ Tip dekorasi
1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
2. Menggunakan bahan terpakai.
3. Beli pokok secara berperingkat.
4. Tetapkan konsep yang diingini.
5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.
Baru-baru ini ramai warganet tertarik dengan reka bentuk sebuah rumah di luar negara yang dibina dalam reka bentuk yang cukup unik, membuatkan ramai mempersoalkan mengenai keluasan kediaman ini. Bagaimana keadaan dalam ruang rumah ini, kerana reka bentuknya seluas lorong sahaja, adakah penghuni bersaiz kecil yang memiliki kediaman istimewa ini.
Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.
Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya. Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.
Rumah berbentuk pie di Deerfield bernilai 300,000 dollar Dibangun pada tahun 2003 dan dikenali sebagai “rumah pie”, rumah ini kelihatan seperti rumah kecil, walaupun pada ukuran 1122 kaki persegi, secara teknikal lebih besar dari ukuran maksimum 1,000 kaki persegi yang umumnya dianggap sebagai rumah bersaiz kecil .
Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.
Gambar sumber: 5 Chicago
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ruang tamu dan bilik tidur biasanya merupakan ruang untuk berehat dan bersantai. Begitu juga, dapur dan ruang makan yang berfungsi sebagai ruang penstoran barangan keperluan harian, sama ada perkakas dapur, tempat letak peti ais, ruangan memasak dan sebagainya. Oleh itu ringkasnya setiap ruang rumah mempunyai fungsi yang tersendiri. Sebagaimana kita menginginkan ruang rehat yang selesa begitu juga keinginan untuk ruang dapur kita nampak lebih kemas dan praktikal. Ruang dapur sering di kaitkan dengan ruang nadi sesebuah keluarga, mana tidaknya ruang ini lah yang menghidangkan makanan yang menyelerakan.
Justeru itu, bagi mewujudkan ruangan dapur yang lebih kemas dan praktikal, pemilihan kabinet dapur memainkan peranan yang penting untuk ia tahan lebih lama dan mudah digunakan. Bagaimana untuk pilih kabinet dapur yang tahan lama? Pastikan anda baca perkongsian mengenai 5 tip pilih kabinet dapur yang boleh tahan berkurun lamanya.. Antaranya ialah kenali material kabinet di pasaran, ketahui kebaikan dan keburukan sesuatu material, pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar, dapatkan info yang sahih daripada pakar dan yang terakhir ialah pemilihan warna kabinet yang bersesuaian dengan konsep rumah.
1.Kenali material kabinet dapur yang ada di pasaran
Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang? Kami yakin, ramai suri rumah atau bakal penghuni rumah baru sudah pun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang tunjukkan design pada mereka. Betul? Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan untuk dapur mereka?
Antara material yang biasa menjadi pilihan ramai ialah melamine ABS, laminate, 3G, 4G, solid Nyatuh dan juga aluminium. Semua material ini ada kelebihan masing-masing. Pilih lah mengikut kesesuaian tempat, keadaan, minat dan juga bajet.
2. Ketahui kebaikan dan keburukan setiap material
Antara beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan ialah :
· Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang
· Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan
· Ketahanan material terhadap kelembapan atau kalis air
· Ketahanan dari serangga perosak
3. Pastikan memilih kontraktor yang bertauliah dan berdaftar
Tips ini merupakan salah satu tips yang penting sebelum memilih kontraktor yang akan renovasi rumah anda. Jika anda tersalah pilih, berkemungkinan anda akan mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, sebelum buat keputusan, anda perlu selidik latar belakang kontraktor dan syarikat mereka di laman web CIDB dengan 3 langkah berikut:
Step 1 : Klik link berikut https://bit.ly/2YQsti9
Step 2 : Isikan maklumat berkaitan kontraktor anda seperti nama, lokasi, kategori dan sebagainya
Step 3 : Klik butang ‘carian’
4. Dapatkan kesahihan info di google daripada pakar
Bagaimana ingin tahu info di Google sahih atau tidak? Mudah sahaja, boleh mulakan carian di google sebelum berjumpa dengan pakar. Kemudian kumpulkan maklumat tersebut, dan tanya pada pakar hiasan dalaman satu per satu. Dan jangan lupa minta contoh setiap satu dan catatkan info tersebut bagi tujuan akan datang.
5.Pilih warna kabinet yang sesuai dengan konsep rumah
Selain daripada kenali material, pilih kontraktor dan lain-lain, pemilihan warna kabinet juga amat penting supaya match dengan konsep rumah. Dan sekiranya ianya pudar, sudah tentu ‘seri’ dapur itu menjadi kurang. Maka terpaksa lah melabur lebih untuk melakukan pewarnaan semula bagi mengembalikan seri dapur. Bukan orang sahaja tau yang ada seri. Oleh itu, pastikan anda memilih warna dan material yang akan kekal cantik dan evergreen walaupun sudah makan tahun.
Selain daripada material pintu dan carcase kabinet dapur, antara komponen yang paling penting bagi sesebuah kabinet dapur adalah pemilihan kaunter top atau lebih dikenali sebagai table top yang juga mempunyai beberapa jenis material yang di tawarkan di pasaran. Antaranya solid surface, quartz stone, granite dan marble. Kesemua bahan ni mempunyai ketahanan berbeza yang sesuai yang dengan harganya di pasaran.
Sumber: Wallmaster.com.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Daun pudina atau mint mempunyai banyak khasiat buat tubuh manusia dan dapat merawat batuk serta lelah. Ia juga banyak digunakan dalam masakan sebagai ulam mahupun pewangi makanan seperti laksa atau nasi beriyani. Rasanya yang unik dan “berangin” menjadikannya antara bahan kegemaran ramai.
Disini, Puan Noraini ada menunjukkan cara mudah tanam pudina dirumah. Senang apabila diperlukan, hanya petik sahaja di laman. Jimat masa, jimat wang!
Saya share lah cara nk tanam daun pudina secara hidroponik. Selain daun pudina boleh juga tanam pokok lain, macam sawi, daun sup, bayam.
Moga bermanfaat. Nak guna nanti just petik je belakang rumah
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1)botol terpakai, saya guna botol minyak. Potong dua. Yg bawah tu bg besar sikit, boleh boh air banyak2
2)penapis filter ikan tu. Ada yg guna tali mop, tak kisahla, janji boleh serap air.
3)seedling soil atau cocopeat. Tanah sabut. Guna yg ni senang akar nak menjalar nanti.
4)bekas kecik tu penggalak akar. Tak de pun xpe. Kalau ada just celup batang pudina sebelum cucuk kat tanah nanti.
5)baja ab. Boleh beli kat nurseri atau online. Baru first time guna. Cara bancuh dia 1 liter air +5ml baja a+5ml baja b. Baja ab ni bukan baja organik. So sapa tak suka xpayah guna.
**kalau xde pun takpe. Sebelum ni saya boh air je. Baja guna baja biji tu, campak je dalam bekas air tu. Kadang2 campur baja ezigrow.
6)keratan batang daun pudina. Daun bahagian bawah buang. Nanti kita boh dalam teh o panas
LANGKAH-LANGKAHNYA ;
1.Span ikan dipotong panjang sikit dan masukkan pada lubang penutup minyak seperti gambar dibawah ini.
2.Pastikan ada lebih sikit ye, supaya air cepat serap ke tanah nanti
4. Bancuhan baja ab dan air tadi masukkan kat bekas bahagian bawah ni.
Nanti kalau air kurang boleh tambahkan je. Kalau tak guna baja ab, just tambah air je. Selalunya dalam 4 5 hari boleh tahan air tu. Seminggu sekali masukkan baja biji yg organik tu
5. Keratan batang pudina tu celup dalam serbuk penggalak akar ni.
7. Letak kat tempat redup ye.. Jangan bg direct matahari. Awal2 ni kita spray air bg tanah tu basah. Daun sup pun kena tempat redup.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.