Dalam kehidupan seharian, peralatan rumah seperti meja lipat dan papan seterika sering digunakan tanpa banyak berfikir tentang keselamatan.
Namun, penggunaan barangan ini tanpa berhati-hati boleh mendatangkan risiko serius, termasuk kecederaan yang boleh membawa maut.
RISIKO IRONING BOARD & MEJA LIPAT, BOLEH UNDANG PADAH
Walaupun peratalan seperti ironing board dan meja lipat ini dilihat sebagai sangat praktikal untuk digunakan di rumah, sekolah atau mana-mana sahaja, sebenarnya boleh mengundang risiko. Terutamanya kepada kanak-kanak kerana, risikonya adalah mereka boleh terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.
Menurut Hong Kong Consumer Council, meja lipat merupakan satu peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila kanak-kanak menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.
Paling merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap kanak-kanak di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, ini agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.
Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika mereka panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.
Ads
Bukan Hong Kong Consumer sahaja yang menyatakan risiko malah negara lain turut berpendapat sama. Pada tahun 2022, kerajaan UK telah mengeluarkan arahan pembetulan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.
“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.
ADA LANGKAH KESELAMATAN KALAU NAK GUNA..
Hong Kong Consumer Council berkata, terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan situasi di atas berlaku. Antaranya:
Ads
-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan
-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri
-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.
Memandangkan meja lipat adalah berbahaya kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing dan melarang mereka daripada bermain dengan peralatan tersebut.
Cahaya natural amat membantu dalam menciptakan ruang industri dengan jelas. Kediaman yang mempunyai tingkap yang banyak mampu memberikan pencahayaan yang sempurna.
PALET KAYU
Palet kayu sebagai katil. Selain mampu menjimatkan wang, ia bertindak sebagai elemen paling dominan dalam mencipta gaya industrial ruang kamar beradu kamu. Selain katil, banyak lagi perabot diperbuat daripada palet yang anda boleh suai padankan.
PALET WARNA HITAM KELABU
Palet monokrom hitam, putih dan kelabu membantu dalam memberi mood personal dekorasi industri. Paling mudah gunakan cadar atau quilt cover dalam rona kelam bagi mewujudkan sesuatu yang lebih dominan.
BESI + KROM
Dekorasi daripada bahan-bahan berunsur besi dan krom dilihat sebagai pelengkap idea. Pemilihan lampu, jam loceng vintaj dan kotak besi juga mencipta sesuatu yang lebih ‘raw’ dan yang pastinya lebih peribadi. Lihat ilham meja kerja yang menggunakan paip besi ini.
BUKU VINTAJ
Buku sebenarnya mampu memberikan mood industri yang cukup menarik. Novel-novel klasik lama disusun atur dengan betul atau biarkan sahaja dilambakkan di satu sudut melengkapkan ruangan yang ada.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, ruang tamu adalah merupakan nadi utama bagi sesebuah rumah, jadi tidak mustahil ianya adalah satu ruang yang sangat penting dan perlu dititikberatkan.
Bercakap soal mengenai ruang tamu, siapa sahaja yang tidak sukakan ruang tamu yang tampak lebih eksklusif dan mewah. Jadi, sudah pasti anda mengetahui bagaimana caranya untuk membuatkan ruang tamu tampak sedemikian rupa, betul tak?
Seperti umum mengetahui, selain kelengkapan perabot seperti sofa barangan elektronik seperti televisyen juga antara komponen penting untuk ruang tamu rumah anda. Oleh itu, ini antara beberapa tip untuk dekorasi televisyen di ruang tamu sebagai panduan kepada anda semua.
1.Televisyen Berskrin Besar
Untuk mendapatkan ruang tamu yang tampak mewah, sudah semestinya anda perlu meletakkan sebuah televisyen yang berskrin besar. Anda disarankan untuk menggunakan televisyen yang bersaiz 50-65inci.
2.Penggunaan Wainscoating
Langkah kedua yang perlu anda lakukan adalah menggunakan aksesori wainscoating di ruang sudut televisyen anda. Kaedah ini dipercayai membolehkan ruang tamu anda tampak lebih mewah serta elegan.
3.Penggunaan Lampu LED
Penggunaan lampu LED antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan ruang tamu yang mewah. Namun begitu, anda amat digalakkan untuk menggunakan hanya satu warna lampu sahaja iaitu, Warm White.
4.Pemilihan Kabinet Televisyen
Seterusnya, pemilihan kabinet televisyen juga sangat penting jadi jangan ada di kalangan anda yang tersalah membuat pemilihan kabinet TV. Anda disarankan untuk menggunakan jenis kabinet televisyen yang panjang, tidak kisah apa jua jenis kedudukan mahupun floating atau di lantai. Kedua-duanya sesuai untuk digunakan.
Foto: Twitter Zalyazahari
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak di bersihkan. Silap-silap, habuk tu terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.