
Kebiasaanya, kalau beli kangkung di pasar mesti daunnya sikit sahaja yang dapat diambil. Batangnya pula, separuh perlu dibuang sebab dah keras. Ruginya lah. bagi yang rajin, batang yang berakar tu boleh di biakkan balik. Cara paling mudah untuk biakkan kangkung dari keratan yang dibeli dipasar adalah dengan rendamkan di dalam air terlebih dahulu.
Bila daun mula tumbuh dan akar mula aktif, boleh lah dipindahkan terus ke tanah. Tapi, ada juga yang tanam terus di batas tanaman. Cuma risikonya, peratusan untuk kankung yang ditanam dari keratan batang tadi bercambah adalah rendah.
Selain ditanam semula, apa kata anda cuba hasilkan baja dari keratan kangkung yang tidak digunakan tadi. Resepi baja yang diperbuat dari sisa kangkung ni berupaya menyumburkan tanah dan dikategorikan sebagai baja bio-nutrient.
Resepi baja bio-nutrient
Bahan-bahan:
1 bahagian air
2 bahagian batang kangkung
3 bahagian daun pisang
2 bahagian gula merah
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan digaul rata dan perap selama sebulan di dalam bekas kedap udara selama sebulan. Selesai tempoh diperap, tapis dan asingkan cecair baja bio-nutrient penyuburan tanah dan simpan di dalam botol
Cara penggunaan:
Campurkan 3 sudu besar pati baja bio-nutrient bersama 20 liter air dan jadikan ia sebagai siraman pada batas tanaman
Ini Cara Paling Mudah Hasilkan Baja Organik Penggalak Buah Dan Bunga Guna Pisang
3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur Buat Ros Mabuk Bunga
Tanam Cili Cara “Upside Down” Lebih Jimat Ruang Dan Mudah Dijaga

Jangan jadikan alasan ruang sempit, tanah sekangkang kera atau pelbagai lagi untuk anda tidak berkebun. Tak ada tanah, boleh tanam dalam pasu. Tak ada ruang, boleh tanam secara vertikal atau di dinding. Nak lebih bijak, boleh buat teknik tanaman Upside down seperti yang dilakukan oleh CT Hamisah Ahmad ni.
Tekni tanaman naman ni amat sesu untuk anda yang mempunyai kekangan ruang. Tambahan, ia lebih mudah diselenggara kerana bahagian akar pokok akan lebih cepat meresap baja yang tabur
Saya suka guna teknik ni sbb jimat ruang dan senang dijaga.
Bagi yang suka berkebun, tetapi mempunyai ruang yang sangat terhad, boleh cuba aplikasikan teknik upside down ini…
Tutorial boleh tengok di youtube
Khasiat Dan Kelebihan 5 Tanaman Herba Di Sekeliling Rumah

Dewasa ini, banyak tumbuhan yang dahulunya pernah menghiasi kediaman nenek moyang kita kian lupus dari pandangan mata. Bukan lupusnya dek sebab kepupusan, tetapi disebabkan kurangnya pemilihan tumbuhan tersebut sebagai pelengkap gaya dekorasi laman. Masyarakat kini lebih gemar memilih tumbuhan hanya berdasarkan rupa fizikalnya sahaja bukan disebabkan keperluan.
Pernahkah kita terfikir, mengapa dan kenapa tumbuhan tersebut dipilih menjadi sebahagian landskap kediaman ketika dahulu? Hakikat yang tidak di ketahui atau dilupakan adalah setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat dan keperluannya di dalam hidup.
1.Orthosiphon aristatus (misai kucing)
- Herba renek ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter
- Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dan bersaliran baik untuk tumbesaran yang optimum
- Lakukan cantasan berkala untuk mengawal tumbesaran pokok.
- Mudah dibiakkan melalui keratan batang.
Khasiat:
- Melawas kencing, merawat darah tinggi, melegakan kekejangan pinggang: Segenggam daun misai kucing direbus bersama dua gelas air sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum dingin setiap malam sebelum tidur.
- Merawat keputihan wanita: Rebus daun misai kucing dan sedikit daun beluntas. Ketika rebusan mula menggelegak, tambahkan satu sudu teh jintan hitam dan 10 biji lada hitam. Saring dan diminum setiap hari sehingga masalah keputihan selesai
- Mengurai masalah diabetes – Ambil 16 lembar daun misai kucing yang direbus bersama dua gelas sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum setiap hari
2.Michelia alba (cempaka)
- Tumbuhan renek ini mempunyai batang berkayu dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada 1 meter.
- Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terik namun tetap memerlukan cahaya matahari secara langsung untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan bunga yang banyak.
- Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik tinggi dan lembap.
Khasiat:
- Menghilangkan bau badan : Ambil semangkuk bunga cempaka dan semangkuk daun sirih kemudian direbus bersama 2 liter air. Jadikan air rebusan sebagai mandian.
- Melegakan radang saluran pernafasan: 15 gram bunga cempaka di rebus bersama 500 ml air sehingga tersisa separuh darinya. Tapiskan dan diminum ketika masih hangat.
- Membesarkan saluran prostat: 30 gram daun cempaka, 30 gram daun misai kucing dan 30 gram daun senduk direbus bersama 700 ml air sehingga tersisa separuh. Saringkan dan diminum ketika hangat sebelum tidur
3.Acalypha hispida burm. (ekor kucing)

- Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian 3 meter.
- Memerlukan cahaya matahari yang terus namun tidak terlalu panas.
- Pastikan tanahnya sentiasa dalam keadaan lembap namun tidak bertakung untuk pokok yang sihat.
- Mudah dibiakkan melalui biji benih atau melalui keratan batang.
- Sesuai ditanam di dalam pasu.
Khasiat:
- Vitiligo: Ambil segenggam daun ekor kucing bersama ½ ibu jari kencur. Tumbuk sehingga halus dan di tampal pada bahagian yang dijangkiti vitiligo.
- Luka berdarah: Sediakan segenggam bunga misai kucing yang telah dicuci bersih. Tumbuk sampai halus dan letakkan pada luka yang berdarah dan dibalut dengan kain bersih.
- Mengubati radang usus: Ambil 25 gram bunga ekor kucing untuk direbus sehingga mendidih. Saringkan dan diminum ketika hangat.
4.Mussaenda erythrophylla (janda kaya)
- Memerlukan cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk penghasilan bunga yang optimum.
- Tidak memerlukan siraman yang banyak cukup sekadar medium tanaman dalam keadaan sedikit lembap.
- Pastikan tanahnya sentiasa di gembur untuk pengudaraan akar yang sihat.
- Kerap lakukan pangkasan untuk menggalakkan kudup bunga baru tumbuh.
Khasiat:
- Mengurangkan panas badan dan demam: Rebus 10 gram batang pokok janda kaya, 12 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan bersama 5 gram terung ungu dan 5 gram daun pudina sehingga mendidih. Disaring dan diminum ketika suam.
- Radang ginjal (niphitis): Rebus 30 gram batang dan akar pokok janda kaya bersama 25 gram dukung anak (Phyllanthus urinaria), 30 gram hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 60 gram akar lalang (Imperata cylindrica) ke dalam 600 ml air sehingga mendidih. Saringkan dan diminum hangat air rebusan tersebut setiap malam sebelum tidur.
- Radang pernafasan (bronkhitis): Sediakan 15 gram batang janda kaya, 75 gram lidah buaya (Aloe vera), 5 gram kulit limau mandarin (Citrus nobilis) 10 gram kencur (Kaempferia gelanga) kemudian direbus bersama 500 ml air hingga tersisa separuh daripadanya. Kemudian disaring dan diminum airnya.
- Pendarahan pada kandungan (uterine bleeding): Anda memerlukan 15 gram batang pokok janda kaya, 1 biji buah mentega (Diospyros kaki) yang kemudiannya direbus ke dalam tiga cawan air sehingga mendidih. Saring dan diminum ketika masih hangat.
- Mencegah dan mengatasi kanser payudara: 15-30 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan dan 30 gram tapak dara (Chataranthus roseus) direbus ke dalam 600 ml air sehingga tersisa 300 ml. Lalu disaring dan dijadikan air rebusan tersebut sebagai minuman.
- Radang mata (konjunktivitis): Rebus 30-60 gram akar janda kaya yang telah dikeringkan dan beberapa kuntum bunga kekwa kering sehingga mendidih dan dijadikan sebagai minuman secara rutin sehingga sembuh.
5.Gloriosa superba (kembang songsang)
- Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 2.5 meter
- Memerlukan kawasan yang menerima cahaya matahari terus dan sesuai juga pada ruang yang mempunyai sedikit teduhan.
- Memerlukan pengamatan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk tumbesaran yang sihat.
- Amat memerlukan medium tanaman yang mempunyai kandungan organik yang tinggi dan bersaliran baik.
- Sediakan struktur khas untuk memberi kemudahan kepada kembang songsang memanjat dan mudah diurus.
Khasiat:
- Ekzema, kurap dan kegatalan: Ambil umbisi pokok kembang songsang kemudian dicuci bersih. Parutkan umbisi tersebut dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
- Melegakan ketegangan sendi: 3 gram umbisi kembang songsang, 10 gram halia merah (Singiber officinale rosc. ) dan 10 gram temulawak (Curcuma xanthorrhiza) dicuci dan direbus bersama 1 liter air sehingga tersisa 250 ml. Saring setelah air rebusan dingin lalu airnya diminum.
- Radang sendi : Sediakan 3 gram umbisi kembang songsang segar, 30 gram akar hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 30 gram daun dewa (Gynura segetum). Rebuskan herba-herba tersebut bersama 1 liter air sehingga ia tersisa menjadi 250 ml air. Apabila air rebusan tersebut mula dingin, saringkan dan diminum secara rutin sehingga pulih.
Jemput Burung Ke Taman Menambah Pahala, Lakukan 4 Tip Ini Sebagai Daya Penarik

Memberi makan kepada burung-burung liar merupakan salah satu cara atau aktiviti yang dapat membantu untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga selain anda juga mendapat pahala berpanjangan kerana hasil tanaman anda memberi manfaat kepada makhluk lain. Keseronokan bertambah terutamanya apabila aktiviti tersebut di sertai oleh semua ahli keluarga. Memerhatikan gelagat burung yang sedang makan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menghubungkan anda dengan alam semula jadi.
Untuk memastikan laman rumah anda sentiasa dikunjungi oleh unggas yang berwarna-warni ini, beberapa perkara dalam mereka bentuk laman anda perlu dititik beratkan antaranya penyediaan birdbath dan rumah burung sebagai tempat perlindungan. Terdapat beberapa tip yang telah disediakan oleh National Bird Feeding Society untuk menarik minat burung ke laman anda.
- Sediakan tempat berlindung dari cuaca dan pemangsa, air, makanan dan rumah burung. Terdapat banyak habitat burung yang hilang disebabkan oleh pembangunan yang telah memusnahkan habitat mereka. Tanam beberapa jenis tumbuhan yang boleh membekalkan sumber makanan secara semula jadi untuk burung.
- Sediakan makanan berkualiti yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan berhampiran dengan elemen air. Pastikan bekas makanan tersebut sentiasa bersih.
- Kerap mencuci birdbath dan gantikan airnya setiap tiga hingga lima hari sekali.
- Buang segera jika terdapat tinja atau sisa burung yang terdapat di laman. Tinja burung kemungkinan mengandungi biji benih rumpai yang tidak diingini, ini akan memberi ancaman kepada tumbuhan yang terdapat di laman anda.
- Cuci tangan anda selepas selesai melakukan penyelenggaraan untuk menjamin kesihatan.