Apa pun tanaman termasuk ros, tetap tumbuh mekar walaupun tidak di bajai. Tapi, kalua dah tanam ros, sudah pasti kemeriahan bunganya yang berkembang sentiasa di nanti. Jadi, untuk menghasilkan ros yang galak berbunga, apa lagi yang perlu di lakukan selain rutin penjagaan yang berkala? Baja lah. Terdapat banyak baja kimia untuk ros yang terdapat di pasaran.

Namun, bagi anda yang mementingkan kesihatan seisi keluarga, jangan lah guna baja kimia ni. Kesan jangka pendek memang tak namapak. Nanti takut menyesal dikemudian hari. Apa kata kita guna bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dapur untuk dijadikan sebagai baja untuk ros anda. Berikut beberapa resepi baja organik ros yang dipraktikkan di luar negara:

BAJA LEKIT

Bahan-bahan:

3 cawan air tanpa klorin
2 sudu makan gula merah (molass)
1 sudu makan Epsom salt
2 sudu makan cuka epal
1 sudu makan ekstrak rumpai laut (kologen rumpai laut)
2 sudu makan serbuk ikan (resepi baja ikan klik sini)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan larutkan 8 cawan dari dari pati baja Bersama ½ gellon air. Semburkan pada keseluruahn tanaman di waktu petang selepas siraman dilakukan. Ulang semburan baja selepas 6-8 minggu. Campuran ini berupaya membekalkan nutrien yang seimbang diperlukan tanaamn untuk menggalakkan penghasilan kudu[ pros yang banyak

BAJA SISA DAPUR

Baja serbuk kopi

IKLAN

Jangan di bazirkan serbuk kopi yang telah digunkan. Ia amat bermanfaat kepada tanaman anda termasuklah pokok ros. Serbuk kopi terpakai tadi kalua di tabur pada batas pangkal medium ros, ia mampu menambah kadar asid yang diperlukan pokok untuk menggalak pertumbuhan kudup bunga.

Disamping itu juga, serbuk kopi terpakai yang dijadikan sebagai baja rosa dapat membekalkan sedikit keperluan potassium, nitrogen dan magnesium. Tapi, pastikan serbuk kopi yang digunakan tidak mempunyai sisa atau campuran bahan lain terutamanya garam dan gula.3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur  Buat Ros Mabuk Bunga

Baja kulit pisang

Kulit pisang pun mempunyai potasium yang diperlukan tanaman terutamanya ros. Caranya paling mudah. Anda hany perlu gali lubang 4-6 inci dalam di pangkal pokok ros dan tanamkan kulit pisang. Atau, boleh cuba teh kulit pisang. Cara penyediaan teh kulit pisang [klik isni]3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur  Buat Ros Mabuk Bunga

Baja kulit telur

IKLAN

Kuliyt telur lagi salah salah satu bahan sisa buangan dapur yang boleh dijadikan baja. Ia diperkaya dengan kasium karbonet yang tinggi seperti yang dijumpai di dalam kapur pertanian. Terdapat 2 cara untuk menggunkan kulit telur terus pada tanaman sama ada hancurkan ia menjadi serpihan kecil atau kisar dengan menggunkan pengisar kering untuk menjadikan ia dalam bentuk serbuk  supaya lebih mudah diserap tanaman.3 Resepi Baja Dari Bahan Dapur  Buat Ros Mabuk Bunga

BAJA ASID TANAH

Cuka boleh meningkatkan kadar keasidan tanah seperti yang diperlukan tanaman berbunga dan berbuah. Namun, cuka tidak membekalkan nutrient yang banyak. Oleh itu ia hanya sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kepada pokok ros

Bahan-bahan

1 sudu makan cuka masakkan
1 gellon air

IKLAN

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan jadikan ia sebagai air siraman pada tanaman setiap 3 bulan sekali

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI