Bukan sahaja nasi basi dapat membekalkan mikro organisma untuk keperluan tanaman, roti dah sampai tarikh tamat tempoh pun banyak manfaatnya. Puan Norzaiwi Ismail.berkongsi resepi baja dari roti untuk suburkan pokok dan lebatkan bunga

Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail.

Baca juga: Daun Ketapang Kering Baja Penggalak Akar Terbaik

Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air

Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.

IKLAN

Jom beli baja organik viral ni. Ramai dah perakui keberkesanannya. Klik je link ni untuk beli https://invol.co/cl89dpaResepi Baja Dari Roti “Expired” Untuk Lebatkan Bunga


3 Sisa Dapur Mujarab Jadi Baja Lebatkan Bunga

Pelbagai super-secret untuk melebatkan bunga telah berjaya LAMAN Impiana bongkar. Termasuklah dari segi penjagaan dan penyelengaraan yang ramai tak tahu.

IKLAN

Ada antara baja atau plant booster penggalak bunga yang dikongsikan LAMAN Impiana, aromanya agak menggangu terutama yang melibatkan perapan bahan seperti ikan mentah, telur dan sebagainya. Sebab itu, ramai yang tak sanggup.

Artikel berkaitan:
6 Tip Mudah Hasilkan Bunga Ros Lebat
Ini Cara Paling Mudah Hasilkan Baja Organik Penggalak Buah Dan Bunga Guna Pisang

IKLAN

Namun, tak bermakna tanaman anda tidak peroleh khasiat yang mencukupi bila tidak menggunkan baja-baja tersebut. Ada juga bahan lain yang boleh digunakan sebagai baja pada tanaman tanpa perlu diperap. Antaranya:

1. Kulit telur

Kulit telur merupakan sumber terbaik kalsium. Ia berupaya mempertingkatkan daya kekuatan tanaman dalam proses pertumbuhannya. Bila pokok sihat dengan pertumbuhan yang baik, ia bukan sekadar menjadikan pokok ros anda tumbuh merimbun malah mempunyai daya tahan kepada sebarang jenis serangan penyakit. Penggunaan kulit telur sebagai baja di pangkal pokok mampu mencegah penyakit seperti Black spot dan menjadikan akar lebih kuat untuk menyerap nutrien.

2. Kulit pisang

Kulit pisang mengandungi potasium yang diperlukan oleh pokok ros untuk tujuan merangsang penghasilan bunga. Selain dari itu juga, kulit pisang mudah terurai. Ini menjadikan, akar ros lebih mudah menyerap baja yang dibekalkan.

3. Kulit citrus

Kulit citrus atau limau seperti lemon dan oren sesuai digunakan untuk meningkatkan keasidan tanah. Oleh itu, bagi tanaman yang memerlukan kadar tanah yang berasid seperti hydrangea, orkid, azalea, begonia dan sebagainya untuk menghasilkan bunga, taburkan kulit citrus pada permukaan tanah di sekitar pokok. Selain itu juga, anda boleh keringkan kulit citrus tersebut dan kisar apabila ia betul-betul kering dan gaulkan di dalam medium tanaman untuk meningkatkan kadar asid tanah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI