Pernah tak anda perhatikan atau terlihat rakan-rakan anda berkongsi foto katil mereka di laman media sosial? Jika pernah, pasti ada seorang atau dua rakan anda dilihat ada memiliki rangka katil model LEIRVIK keluaran jenama IKEA ini. Betul tak?
Jadi, memang tidak syak lagi lah rangka katil keluaran jenama kelengkapan rumah antarabangsa ini sememangnya antara model rangka katil yang popular di Malaysia.
Mesti ada yang ingin mengetahui mengapa model LEIRVIK ini telah menjadi sebuah model rangka katil yang popular.
Menurut sumber yang telah IMPIANA dapatkan daripada salah seorang pekerja di IKEA Damansara memaklumkan hal tersebut berlaku oleh kerana LEIRVIK memiliki keunikan serta reka bentuk yang menarik.
Tambahnya lagi, model rangka katil yang direka oleh Carina Bengs seorang pereka perabot IKEA dari Sweden ini juga antara produk jualan terlaris di gedung jualan kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Ads
Setelah LEIRVIK ini mula dipasarkan di Malaysia sekitar tahun 2009, sudah lebih 13 tahun model rangka katil ini berada di pasaran malah sehingga kini ia masih mendapat permintaan daripada pembeli. Lantas dengan kejayaan ini telah meletakkan ia sebagai model rangka katil yang popular di Malaysia.
Sekiranya anda mahu mendapatkan rangka katil LEIRVIK ini, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara atas talian menerusi di laman sesawang www.ikea.com.my.
Ads
Sumber: IKEA Malaysia Website
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak dinafikan, kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman.
Umum mengetahui, terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam bergantung kepada syarat kelayakan pemohon. Kebiasaannya, pihak bank akan menawarkan tempoh pembiayaan pinjaman selama 15 hingga 30 tahun.
Tetapi tahukah anda, bagi mereka yang golongan berusia lebih 25 tahun tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun. Ingin tahu mengapa?
Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta nasihat kepada orang ramai.
Jelasnya, untuk melangsaikan hutang pinjaman rumah dengan segera adalah tindakan yang amat disarankan supaya masalah bebanan hutang di hari tua dapat dielakkan.
SELESAIKAN HUTANG SEBELUM USIA 55 TAHUN!
1. Rancang baik baik hutang kita kawan kawan.
2. Jika kita nak ada hutang rumah 30 tahun, belilah rumah diusia 25 tahun. Pada usia 55 tahun hutang akan berakhir.
3. Jika beli pada usia 30 tahun, pendekkan tempoh jadi 25 tahun atau bayar deposit lebih sikit sebelum beli.
4. Jika nak beli kereta, pastikan usia 55 tahun hutang kereta dah tiada. Sepanjang 30 tahun kerja, tukar sahaja berapa kali kereta. Janji sebelum 55 kita dah tiada hutang lagi.
5. Ada lebihan duit, menabung atau selesaikan hutang segera.
6. Jangan ada impian beli rumah atau bina rumah selepas bersara. Ia akan habiskan simpanan kita. Kawan kawan, Hidup ini bukan untuk bekerja sampai mati, hidup ini untuk dinikmati juga.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli hartanah atau sebuah rumah, sudah pasti kedudukan lokasi serta reka bentuk kediaman yang cantik sering menjadi faktor penting bagi anda sebagai pembeli.
Reka bentuk serta lokasi kediaman yang strategik ini merupakan antara dua faktor penting selain nilai harga jualan hartanah yang sememang perlu diambil kira oleh setiap pembeli.
Namun, tidak dinafikan untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik serta lokasi strategik bukan satu hal yang mudah kerana pembeli berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai masalah antaranya harga jualan kediaman yang terlampau mahal.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan topik ‘Rumah Cantik, Lokasi Strategik’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama dua panel tetamu jemputan istimewa iaitu Puan Ai Cheng selaku Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia dan Encik Sheikh Yusof, pemilik syarikat hiasan dalaman, Embun Design Studio.
Ketika sesi temu bual berlangsung, sebagai ejen hartanah Puan Ai Cheng menyifatkan lokasi hartanah dan kediaman antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli.
“Antara lokasi dan rumah cantik, sudah sememangnya lokasi kediaman yang strategik adalah lebih penting.
“Malah, faktor lokasi kediaman ini juga merupakan antara faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh pembeli tidak kira untuk rumah didiami atau pelaburan hartanah,” katanya.
Tambahnya lagi, lokasi kediaman yang strategik seharusnya mempunyai akses jalan keluar masuk dari kawasan kediaman yang sangat mudah.
“Lokasi rumah yang strategik ini boleh dikenal pasti atau ditentukan dengan melalui beberapa cara antaranya lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang senang dan mudah.
“Akses jalan keluar masuk dari lokasi kediaman inii sangat penting kerana contoh misalnya jika kita terpaksa membuat satu pusingan ‘u-turn’ yang besar setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, ia berkemungkinan boleh menimbulkan masalah stres kepada anda dan sebagainya.
“Kalau lokasi kediaman mempunyai akses jalan keluar masuk yang mudah kita sudah boleh tentukan ia sebagai lokasi kediaman yang strategik,” ujarnya.
Foto: Twitter DASH Expressway Official
Dalam pada itu, Encik Sheikh Yusof turut menyuarakan pendapatnya berhubung topik perbincangan tersebut dari sudut pandangannya sebagai pemilik syarikat hiasan dalaman tempatan.
“Kalau tanya pendapat saya, sudah semestinya saya akan memilih rumah cantik dan lokasi yang strategik kedua-duanya sekali. Kalau lokasi strategik tetapi rumah tidak cantik, rumah kita masih mempunyai langkah altenatif untuk mengubahsuai supaya tampak lebih cantik.
“Tetapi kalau lokasi kediaman tidak strategik yang menjadi pilihan, kita sebagai pemilik rumah akan berdepan dengan pelbagai masalah, sebab lokasi kita tidak boleh ubah kedudukannya.
“Jadi, kita sebagai pembeli akan berdepan dengan masalah sedemikian dan berkemungkinan kita terpaksa untuk berpindah ke satu lokasi lain yang lebih strategik.
“Bagaimanapun, kedua-dua faktor ini tetap penting dan perlu dititikberatkan oleh pembeli,” luahnya menyuarakan pendapat bersama penonton.
Sacara konklusinya, antara reka bentuk rumah yang cantik dan lokasi kediaman strategik mana satu faktor yang paling penting? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!