Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis ketebalan sebenarnya bukan hanya direka bergantung kepada ketetapan konsep malah kegunaanya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunakan langsir lebih dari satu lapisan. Hal ini menujukkan ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja

Penapis Cahaya Matahari

Langsir di bahagian tingkap fabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin. Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir  iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan. Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi. Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.

Ambil Tahu Ketebalan Langsir Yang Sesuai Dengan Rumah Anda

 

Penghadang bising

Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain. Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu

Penyeri dalam rumah

Selain daripada dua point di atas, langsir juga berperanan sebagai cerminan kepada pemilik kediaman.  Langsir berupaya bertindak sebagai penyeri kepada pintu dan tingkap yang menjadi elemen utama dalam rumah, ia mampu untuk menyembunyikan bentuk asal tingkap yang rekaannya kurang menarik. Kalau tingkap saiz kecil, langsir potongan lebar mampu untuk mengubah skop mata agar ianya menjadi ilusi luas pada ruang berhampiran tingkap berkenaan.

Ambil Tahu Ketebalan Langsir Yang Sesuai Dengan Rumah Anda

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana pemasangan langsir membantu kehidupan seharian kita, ikuti IMPIAN:

Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
https://t.me/impianamy

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI