Rakyat Malaysia Melangkah Lebih Satu Juta Batu demi Kesihatan Jantung.Seramai 12,988 rakyat Malaysia dari seluruh negara telah bersatu hati melangkah 1,176,666 batu menerusi acara Walk-a-Million-Miles 2021 NESTLÉ OMEGA PLUS yang dianjurkan sempena Bulan Jantung Sedunia.
Susulan pencapaian ini, NESTLÉ OMEGA PLUS menunaikan janjinya untuk menyalurkan RM100,000 kepada rakan-rakan kerjasamanya, iaitu Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta orang dewasa di Malaysia. Berdasarkan tema ‘Melangkah Bersama, Jantung Dijaga’, NESTLÉ OMEGA PLUS sekali lagi berganding tangan dengan YJM dan Yayasan IJN untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar tampil memerangi kolesterol tinggi, selain membantu mengutip dana untuk pesakit jantung yang memerlukan.
“Kami sangat berbangga dengan pencapaian tahun ini! YJM dan Yayasan IJN telah sekian lama menjadi rakan kerjasama inisiatif kesihatan jantung kami, kerana misi ini sangat dekat dengan hati kami di NESTLÉ OMEGA PLUS. Jadi, kami berbesar hati untuk menyokong mereka, dan turut menghargai sokongan padu semua peserta dalam acara Walk-a-Million-Miles 2021. Merekalah yang telah menyumbang kepada matlamat satu juta batu kami serta membangkitkan kesedaran terhadap kesihatan jantung di seluruh negara,” demikian kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Secara puratanya, setiap peserta mencatatkan 7,200 langkah sehari, yang menyumbang kepada purata bulanan 216,000 langkah setiap peserta sepanjang bulan September. Angka ini jauh lebih tinggi daripada purata 3,963 langkah sehari yang dicatatkan oleh rakyat Malaysia, sekali gus mencerminkan sikap proaktif rakyat Malaysia dalam membudayakan kesihatan jantung.
Dato’ Gurbakhash Singh dari YJM berkongsi, “Seiring peningkatan penyakit jantung, sangat pentingnya kita mengamalkan gaya hidup yang sihat jantung untuk diri sendiri serta keluarga tersayang. Berjalan 10,000 langkah setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Pencapaian yang diraih oleh rakyat Malaysia dalam inisiatif Walk-a-Million-Miles tahun ini amat memberangsangkan, kerana ia menunjukkan kita sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara yang sihat jantung.”
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Dr. Hajjah Aishah Ong dari IJNF berkata, “Inisiatif Walk-a-Million-Miles merupakan peluang yang baik untuk mendekati dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta NESTLÉ OMEGA PLUS atas sumbangan dan sokongan mereka kepada pesakit jantung yang memerlukan.”
Pesakit jantung di IJN, Sokalingam Karuppiah berpendapat bahawa inisiatif seperti Walk-a-Million-Miles sangat bermanfaat kerana menyantuni pesakit jantung yang memerlukan. “Saya tidak mampu membayar bil hospital, jadi apabila IJNF memaklumkan saya bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS akan membantu saya dengan sebahagian daripada kos rawatan saya, saya amat bersyukur. Saya menyokong Walk-a-Million-Miles dan berjanji untuk menyumbang balik semampu yang boleh agar insan lain yang memerlukan turut berpeluang mendapat bantuan.”
NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri mereka dengan kekal aktif serta memilih makanan yang sihat jantung untuk menguruskan paras kolesterol. Ia termasuk pengambilan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari, yang mengandungi ActiCol, 1.2g tumbuhan sterol, yang terbukti berkesan menurunkan paras kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam badan
Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “NESTLÉ OMEGA PLUS sedang giat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerajui kesihatan jantung diri. Kami menggalakkan orang ramai agar terus menguruskan kesihatan jantung mereka dengan bersenam, mengamalkan diet yang sihat jantung dan mengambil NESTLÉ. OMEGA PLUS. Kami berharap anda akan terus menyokong Walk-a-Million-Miles pada tahun hadapan.”
BACA:Elak Terkena Getah Pokok Bunga Oleander, Ia Boleh Menyebabkan Gangguan Fungsi Jantung
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sedang kita bersenang lenang di rumah untuk tempoh 14 hari, barisan hadapan seperti jururawat dan doktor yang berjuang membendung dan merawat wabak COVID-19 bertungkus lumus memastikan keselamatan penduduk Malaysia.
Sehubungan dengan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Sinar Harian telah melancarkan TABUNG BANTUAN FRONTLINERS COVID-19. Ia bertujuan membeli keperluan mendesak yang menjadi keutamaan bagi melancarkan tugas-tugas. Antaranya ialah topeng muka, sanitizer, personal protective equipment (PPE), mesin basuh, makanan dan sebagainya.
#sinaruntukfrontlinerscovid#rakyatbanturakyat#kitalahmalaysiaJumlah kutipan sehingga jam 9.30pm tadi rm148,694.09….
Posted by Hussamuddin Yaacub on Sunday, 22 March 2020
Sehingga jam 9.30pm (22 Mac 2020) sejumlah RM 148, 694.09 telah berjaya dikumpulkan oleh Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian. Jumlah kutipan dijangka terus meningkat. Bagi anda yang ingin membuat sumbangan, salurkan ke:
MBB: 5142 7125 4025 (SINAR KARANGKRAF SDN BHD)
Semalam, Penerbit Sinar Harian , Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub turut berkongsi perkembangan edaran sumbangan yang telah berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia di akaun Facebooknya:
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat…
Posted by Hussamuddin Yaacub on Saturday, 21 March 2020
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Permainan warna-warna segar membangkitkan perhatian pada bulan ini. Bermain dengan perspektif tiga titik, ruang dilihat lebih dinamik dan luas. Pengarah seni juga cuba membawa elemen luar ke dalam visual. Ini member dua jenis pencahayaan dalam satu gambar iaitu pencahayaan semula jadi dan cahaya tambahan.
Permainan ruang yang berbeza gaya dalam satu tata hias menjadikan visual lebih pelbagai dan member ilham kepada pembaca bagaimana untuk bermain dua tata hias berbeza dalam sebuah ruang yang bercantum. Unusr –unsur alam menjadikan tata hias ini segar dan sejuk mata memandang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Warga Selangor, kini di hantui dengan masalah air. Biar pun perkara ini sering menjadi mimpi ngeri penduduk di negeri Selangor, IMPIANA ingin kongsikan tip agar anda tidak dibebani masalah ini dengan mengambil langkah dan peringatan sebelum air terputus. Ambil tahu teknik untuk penggunaan air yang betul dan jimat.
Gangguan bekalan air yang tidak berskala ini disebabkan oleh kerja pembaik pulihan yang dilakukan akibat pencemaran diesel di sumber air mentah di Selangor. Bila dah terkena sebegini, baru lah sedar betapa besar kehilangan nikmat yang selama ini kita mungkin pandang remeh.
Tips Jimat Air 1
Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.
Tips Jimat Air 2
Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.
Tips Jimat Air 3
Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.
Tips Jimat Air 4
Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.
Tips Jimat Air 5
Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.
Semoga tips tips berikut dapat membantu kita menjimatkan air dan dalam masa yang sama mengurangkan bil air dari melambung di hujung bulan ya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI