Dapur, jantung kepada sesebuah kediaman. Apa akan jadi jika dapur tidak berasap? Rumah yang aman boleh bergocang dibuatnya. Tetapi soalnya kini, bagaimana boleh kita tangani dapur yang berasap? Pada masa yang sama perlu tangani kerenah anak-anak, suami atau urusan kerja yang masih belum sudah? Bersepah? Huru-hara? Itu adalah mimpi ngeri bagi mereka yang betah ke dapur.
Maklumlah dalam tata kerja memasak , dapur memerlukan ruang basah untuk kerja -kerja penyediaan asas makanan seperti menyiang ikan,udang, daging, kambing, ayam. Begitu juga memotong sayur-sayuran dan lain-lain. Selalunya kerja-kerja ini agak renyah dan basah. Bayangkan jika dapurnya kecil seperti sebuah kapal terbang. Tidakkah pening kepala dibuatnya terutama mereka yang masih kurang cekap ke dapur. Kini, kita bernasib baik kerana kini bahan masakan sudah pun siap di siang dan dipotong bagi mengurangkan masa orang dapur melakukan proses tersebut. Jadi dapur kita jauh lebih bersih dan terjaga.
Ads
Pun begitu salah satu unit dapur yang dilihat kini wajib ada, ialah unit pulau yang banyak membantu melancarkan pekerjaan dan aktiviti di dapur dari semua arah. Ia juga boleh dikatakan membantu menyelesaikan pelbagai tata kerja di dapur termasuk penstoran. Tidak hairan ia dipanggil unit pulau kerana lokasinya mesti di tengah dapur. Bukan sahaja memudahkan kita menempatkan apa sahaja bahan masakan, jika memasak bersama juga mudah berkerjasama. Itu dapur besar. Bagaimana pula dengan dapur kecil?. Perlu atau tidak?
Ramai yang kata tidak perlu. Mungkin sudah mahir dan biasa dengan tata kerja di ruang sedia ada. Pun begitu tidak salah juga jika kita mempunyai unit pulau. Pereka menyarankan ia tidak perlu besar. Cukup dengan saiz kecil dan tidak mengganggu lalu lintas. Unit pulau kecil ini juag sesuai ditambahkan roda agar mudah dialih jika tidak perlu. Barulah memudahkan untuk anda beraksi di hadapan dapur menyediakan sesuatu yang enak dengan sistematik.
Ads
Unit dapur tidak semestikan perlukan saiz yang besar. Kini ia boleh anda jumpa dalam saiz yang begitu kecil tetapi membantu menyelesaikan banyak tata kerja kita. Adakala di sinilah kita letakkan segala bahan perasa dan perisa. Atau di sinilah juga sesuai kita muatkan segala spatula untuk memasak. Jadi di mana aja lokasi memask kita, di ketukar, di sinki, di tungku dapur semuanya boleh dicapai dengan mudah dan cepat.
Ads
Berbeza unit pulau yang besar. Ia bukan sahaja boleh menempatkan segala keperluan memasak, dijadikan tempat bersarapan, memasak juga boleh, dijadikan tempat mencuci pinggan pun sesuai. Jadi kerja lebih lancar tidaklah seperti berperang kita di dapur. Kepada yang sudah mempunyai unit pulau pasti berbangga dengan rekaan dapur anda yang cantik lagi sempurna. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini LG Electronics Malaysia (LG) telah melancarkan produk terbaharunya LG PuriCare™ AeroFurniture. Ia inovasi menggabungkan meja sisi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar dan penulen udara 360 darjah.
“Produk terbaharu ini mewakili pencapaian misi kami untuk menggabungkan keanggunan dan inovasi ke dalam kehidupan seharian. Alami keselesaan yang tiada tandingan dan nikmati kemudahan moden dan udara sebersih mungkin sambil menambahkan sentuhan keanggunan ke rumah anda,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.
Mr Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia Mr Justin Choi (tengah), Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, disamping Mr Jung Hojin (kanan), Pengarah Produk LG PuriCare™ & Sewaan, dan Mr Chong Shen Teck, Pengurus Produk LG Air Solution, melancarkan LG PuriCare™ AeroFurniture, yang menggabungkan fungsi meja sisi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar dan penulen udara 360 darjah.
3 Pilihan Warna Menarik
Reka bentuk meja yang cukup elegan ini, mempunyai 3 variasi warna berbeza iaitu Graphite, Clay Brown dan Essence White.
LG PuriCare™ AeroFurniture – Graphite LG PuriCare™ AeroFurniture – Clay BrownLG PuriCare™ AeroFurniture – Essence White
Struktur meja yang ringan dan kemas dengan rekaan minimalis dan moden, LG PuriCare™ AeroFurniture ini cukup ideal diletakkan pada ruang tamu, bilik tidur atau ruang pejabat. Di samping mempunyai 8 pilihan warna dan kecerahan pencahayaan boleh laras mengikut ‘mood’ dan suasana.
Dilengkapi Teknologi UVnano™
Selain reka bentuknya yang menarik perhatian, LG PuriCare™ AeroFurniture memastikan persekitaran kediaman anda kekal sihat dan bergaya. Sistem penapisan HEPA 360 darjah direka bentuk untuk menghapuskan hingga 99.999% bakteria bawaan udara dan zarah debu ultra-halus sekecil 0.01㎛ yang memastikan penulenan udara menyeluruh dari setiap sudut.
Selain itu, produk ini juga dilengkapkan dengan teknologi UVnano™ yang dapat mengurangkan bakteria pada bilah kipas dengan berkesan untuk peredaran udara yang bersih dan selamat.
8 Pilihan Pencahayaan Mood
Di samping fungsi terasnya sebagai penulen udara dalam bentuk meja, LG PuriCare™ AeroFurniture menampilkan pencahayaan mood yang boleh diubahsuaikan supaya anda dapat menetapkan pencahayaan yang sempurna mengikut suasana.
Dengan 8 pilihan warna dan kecerahan boleh laras, anda boleh mencipta suasana yang diingini dengan mudah, sama ada untuk petang yang santai atau majlis yang meriah. Untuk memudahkan lagi penggunaan produk ini, pencahayaan dan fungsi penulen udaranya boleh dikawal dengan mudah melalui aplikasi LG ThinQ.
Stesen Pengecasan Tanpa Wayar
Dalam pada itu, bahagian atas meja turut disediakan stesen pengecasan tanpa wayar bagi memudahkan peranti anda sentiasa dicas penuh. LG PuriCare™ AeroFurniture juga beroperasi pada paras hingar yang sangat rendah iaitu hanya 21dB yang lebih senyap daripada perpustakaan dan seperti gemersik bunyi daun untuk penulenan udara yang menenangkan.
LG PuriCare™ AeroFurniture, yang direka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dengan menggabungkan fungsi dan gaya yang sesuai dengan kehidupan moden.
“LG PuriCare™ AeroFurniture adalah khas untuk mereka yang menghargai kesempurnaan dalam kehidupan, di mana setiap butiran direka dengan teliti dan setiap elemen ada tujuannya. Kami percaya yang ia akan menarik minat mereka yang ingin meningkatkan ruang kediaman mereka dengan produk yang cantik dan praktikal,” kata Justin.
Memang cukup bergaya dengan teknologi sempurna melengkapkan lagi konsep dekorasi yang menghiasi ruang kediaman moden anda.
Langsir adalah pelengkap hiasan rumah. Memanglah bukan perkara no.1 dalam carta membeli barangan hiasan dalaman rumah. Tapi, langsir tetap penting kasi ruang nampak elok. Salah beli, ruang jadi buruk. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka….
Jom kita elak jangan kasi rugi bila beli langsir.
1. UKUR LABUH KE SENTENG. Bila beli langsir, ukur betul-betul. Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau senteng . Elakkan juga memilih langsir cukup-cukup sampai frame tingkap macam mini skirt. Silap gaya orang cakap kita pakai langsir pinjam pulak.
2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Tak pernah nak dramatik sangat sebab nanti ruang nampak sempit, pandangan mata pun nampak ‘semak’. Jika pakai warna warm newtral macam coklat,krim, light brown, jangan pilih warna cool newtral macam biru muda, kelabu samar atau turquoise muda. Itu sudah bercanggah. Hadirnya langsir untuk memberi ruang nampak harmoni dengan perabot.
3. RASA KETEBALAN TEKSTIL Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan unit lain atau rumah lain,confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai. Paling tidak langsir renda. Ia, mampu benarkan cahaya matahari masuk. Cantik pun cantik. Ada yang murah lak tu…. Kalau pilih fabrik tebal, memang glamor. Tapi gelaplah rumah anda di siang hari. Nanti jiran ingat anti sosial pula. Langsir Black Out boleh digunakan tetapi untuk malam atau ketika kita tiada di rumah.
4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR Jangan main hentam je beli. Bukan semua langsir sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi pastikan anda memilih penggantung yang betul malah detailing lipatan yang sesuai. Jika ragu-ragu, tanya pada pakar langsir. Bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua penggantung. Besi, kayu, hitam, emas, perak, polos, berkerawang, semua itu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nampak aneh pula nanti bila langsir digantung ya! Duit habis, langsir buruk….aduh sakit hatikan…
5. SUAI PADAN CORAK Wow! kita paling keliru bab yang ini. Ingat adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai satu elemen menyokong konsep asal atau perabot yang ada? Pilih 1! Ini selalunya langsir, sofa, permaidani, kertas dinding semuanya mempunyai corak yang bold dan bertelagah di dalam satu ruang. Hasilnya…..yang mana satu nak kita lihat? Boleh juling dan stress dibuatnya! Jadi jika sofa atau kertas dindingnya sudah ada corak ‘over’, langsirnya biar polos aja atau corak yang lebih samar-samar. Begitu juga sebaliknya. Jadi ada keseimbangan.
6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri! Sesuai atau tidak rekaan sarat umpama istana itu untuk hanya menghiasi jendela kediaman apartmen atau pangsapuri? Rekaan dramatik selalunya cantik untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Andai rumahnya besar, perabot klasik nya dempak, ruangnya luas , silakan! Tetapi jika rumahnya kecil, ia nampak bantut dan berat. Pilih yang simple dan amali malah lebih murah. Masih ada jalan lain untuk nampak rumah kita cantik!
7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK Ini bukan ukuran badan. Tetapi ada rumah jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8′. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartmen atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, kasi grand. Penuhkan dinding kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple macam nilah yang boleh kasi ruang biasa nampak grand tanpa bercorak sarat. Murah tapi molek…..
8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA Jangan rambang mata tengok kat kedai itu cantik beli. Ini cantik beli. Langsir tussel dulu pernah jadi trend beli sudahnya habis kucing main terlilit sana -sini. Mana yang suka nampak klasik mampan tu, boleh memilih pilihan kedua bagi menyelamatkan keadaan. Bidai roman boleh menjadi pengganti langsir klasik berswag, jurai bagai. Pilih corak klasik warna samar, atau yang bersulam mewah atau fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal sebab rekaannya bidai roman memang molek….
9. JANGAN GIGIH MENIRU Lokasi dan gaya hidup keluarga kita berbeza. Jangan lekas terbeli jiwa hanya melihat rumah orang lain rekaan langsirnya begitu ‘wow’. Apatah lagi di dalam drama , iklan segala bagai. Tanya sama diri kita, rajinkah kita menggantung yang begitu berat dan berlapis-lapis? Adakah kita punya pembantu atau masa untuk membersihkan langsir berkain tebal itu? Adakah kita pun bajet untuk membeli atau menempah langsir mewah setiap 3 – 6 bulan? Jika semuanya…. ya, teruskan usaha anda. Namun jika tidak, ayuh kita cari alternatif yang lebih best untuk diri kita.
10. TERSEKAT PADA SATU ILHAM Adakala kita ni degil atau kurang yakin. Apakah fabrik seumpama ini sesuai untuk kita? Cantik atau buruk rumah kita nanti? Pada kita corak itu jelah yang sesuai, atau fabrik itu jelah yang layak untuk kita. Jika anda mempunyai cita rasa moden klasik namun rumahnya tidaklah semegah kediaman agam, kita boleh mencuba memasang pelmet kecil dan disudahkan dengan fabrik polos rona pastel. Jangan kerana ia berkonsep mewah atau dramatik, kita perlu memilih warna seterang-terang lahar gunung berapi. Itu tidak benar . Less is more!
Bila dah beli langsir, kerja-kerja mencuci pun dah jadi satu hal. Silap cuci, langsir anda kelihatan lama dan buruk. Nak elak maslah ni, anda perlu lakukan 10 perkara ni.
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.
Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
Bagi yang bajet terhad Mohd Firdaus mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.
Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
Kesimpulannya semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur, warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.