Menghias ini bagaikan sebuah karya lukisan. Tiada betul dan salah cuma ada teknik yang molek kita fahami sebelum berkarya. Warna selalunya amat sensitif dan mencerminkan selesa si tuan rumah. Malah ada pengertian tersendiri jika menggunakan warna itu dan ini. Namun bagaimana jika pelbagai warna terang berpesta dalam sebuah ruang?
Ada yang mengatakan tema seumpama ini ala Bohemian, mereka yang berjiwa terbuka, artistik, penuh dengan semangat dan berjiwa seni. Jika ditinjau suai padan warna yang lantang dan corak yang pelbagai, ia juga bagai membawa satu kisah atau daya pemikiran yang terbuka. Boleh menerima apa sahaja dan bijak pula menyesuai padan.
Ads
Dari warna-warna hangat yang terang, mewah di padankan dengan corak etnik yang sangat cantik dengan kemasan berkilau dan lain-lain. Tidak mengapa jika anda memilih rona dinding berwarna putih. Lembutkan dengan elemen tumbuh-tumbuhan hijau agar suasana lebih mesra alam. Anda yang gemar melakukan D.I.Y sememangnya sangat digalakkan mengabadikan hasil karya anda di ruang seumpama ini.
Ads
Sekilas pandang juga mirip ala India, Gypsy dan beberapa budaya etnik yang meraikan warna serta tekstur dalam budaya mereka. Pun begitu, anda yang mempunyai cita rasa artistik seumpama ini tidak salah mencuba. Ia bukan sahaja cantik malah menjadikan ruang kediaman anda nampak tersendiri.
Hai you all! Apa khabar? Semalam bukan main lebat hujan. Dingin rasanya. Ok bersambung mengenai gossip warna kita semalam, ada pulak yang tiba –tiba mempunyai inspirasi untuk menukar warna kediaman sendiri agar lebih terarah. Wah bersemangat betul! Ada pula yang bertanya, jika semalam warm newtral, bagaimana pula dengan cool newtral?
Terdapat juga warna semula jadi yang adakala mengelirukan khalayak. Warna seperti putih asli, biru muda yang agak pucat biasannya, kelabu muda, terqouise, putih kebiruan dan kelabu gelap dan beberapa biasan yang lain. Mengapa dipanggil cool newtral? Ada yang mengatakan kerana inspirasi diambil dari kejadian air batu semula jadi di bahagian kutub. Tidak hairan jika anda melihat rona-rona seumpama ini juga sinonim dengan budaya dekorasi negara-negara Scandinavian yang tampil ringkas, pucat dan banyak menggunakan warna pudar yang begitu lembut.
Hebatnya rona seumpama ini adalah ia juga melambangkan budaya Scandinavian yang sezaman dan moden. Padanan lebih ringkas dan warna-warna seperti kelabu dan putih asli serta peach juga turut banyak digunakan dalam tata hias kediaman moden. Anda juga sebenarnya boleh bermain dengan tema seumpama ini. Bayangkan anda ingin mengubah gaya tropika kepada tema sezaman. Macam ada tuan rumah teres depan simpang tu, gila benar dengan perabot Scandinavian. Tapi kediamannya di cat ala kontemporari. Coklat koko menjadi pilihan kononnya mahu sama dengan yang lain. Suasana masih lagi menarik kerana perabtonya putih, bingkai yang ada juga putih dan diserikan ruang dengan aksesori ala Scandinavian. Bijak dia!
Catkan sahaja perabotnya. Selalunya hitam dan putih menjadi pilihan ramai. Ruang atau dinding boleh dikenakan dengan biasan kelabu atau putih asli. Jika mahu , kenakan lah 1 atau 2 ragam warna pudar sebagai penceria suasana. Jadi di sini akan akan dapat rasai warna-warna pilian musim dingin biar pun perabit asalnya masih lagi bertemakan tropika. Malah jika bijak menyesuiai padan dengan aksesori kontempori , ruang kediaman anda bole berubah menjadi eklektik. Menarik bukan bagaimana warna boleh merubah imej dan persepsi kita terhadap sebuah ruang.
Dapur, jantung kepada sesebuah kediaman. Apa akan jadi jika dapur tidak berasap? Rumah yang aman boleh bergocang dibuatnya. Tetapi soalnya kini, bagaimana boleh kita tangani dapur yang berasap? Pada masa yang sama perlu tangani kerenah anak-anak, suami atau urusan kerja yang masih belum sudah? Bersepah? Huru-hara? Itu adalah mimpi ngeri bagi mereka yang betah ke dapur.
Maklumlah dalam tata kerja memasak , dapur memerlukan ruang basah untuk kerja -kerja penyediaan asas makanan seperti menyiang ikan,udang, daging, kambing, ayam. Begitu juga memotong sayur-sayuran dan lain-lain. Selalunya kerja-kerja ini agak renyah dan basah. Bayangkan jika dapurnya kecil seperti sebuah kapal terbang. Tidakkah pening kepala dibuatnya terutama mereka yang masih kurang cekap ke dapur. Kini, kita bernasib baik kerana kini bahan masakan sudah pun siap di siang dan dipotong bagi mengurangkan masa orang dapur melakukan proses tersebut. Jadi dapur kita jauh lebih bersih dan terjaga.
Pun begitu salah satu unit dapur yang dilihat kini wajib ada, ialah unit pulau yang banyak membantu melancarkan pekerjaan dan aktiviti di dapur dari semua arah. Ia juga boleh dikatakan membantu menyelesaikan pelbagai tata kerja di dapur termasuk penstoran. Tidak hairan ia dipanggil unit pulau kerana lokasinya mesti di tengah dapur. Bukan sahaja memudahkan kita menempatkan apa sahaja bahan masakan, jika memasak bersama juga mudah berkerjasama. Itu dapur besar. Bagaimana pula dengan dapur kecil?. Perlu atau tidak?
Ramai yang kata tidak perlu. Mungkin sudah mahir dan biasa dengan tata kerja di ruang sedia ada. Pun begitu tidak salah juga jika kita mempunyai unit pulau. Pereka menyarankan ia tidak perlu besar. Cukup dengan saiz kecil dan tidak mengganggu lalu lintas. Unit pulau kecil ini juag sesuai ditambahkan roda agar mudah dialih jika tidak perlu. Barulah memudahkan untuk anda beraksi di hadapan dapur menyediakan sesuatu yang enak dengan sistematik.
Unit dapur tidak semestikan perlukan saiz yang besar. Kini ia boleh anda jumpa dalam saiz yang begitu kecil tetapi membantu menyelesaikan banyak tata kerja kita. Adakala di sinilah kita letakkan segala bahan perasa dan perisa. Atau di sinilah juga sesuai kita muatkan segala spatula untuk memasak. Jadi di mana aja lokasi memask kita, di ketukar, di sinki, di tungku dapur semuanya boleh dicapai dengan mudah dan cepat.
Berbeza unit pulau yang besar. Ia bukan sahaja boleh menempatkan segala keperluan memasak, dijadikan tempat bersarapan, memasak juga boleh, dijadikan tempat mencuci pinggan pun sesuai. Jadi kerja lebih lancar tidaklah seperti berperang kita di dapur. Kepada yang sudah mempunyai unit pulau pasti berbangga dengan rekaan dapur anda yang cantik lagi sempurna. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berada di ruang dapur Low Yong Lin umpama berada di sebuah kafe bar yang tenang dan mendamaikan. Pemilik melebarkan lagi ruang dapur dengan menggunakan sebahagian sebahagian pelan lantai ruang tamu untuk keselesaan ruang kegemarannya seperti sebuah kafe.
Rona putih menyelubungi ruang dan menghadirkan ilusi luas . Kehadiran kabinet yang satu ini punyai tarikannya kerana ia gabungan idea pemilik dan pereka dari Reno Concept. Persembahan susun atur yang ringkas namun berkarakter merupakan identiti yang ingin di tonjolkan oleh pemilik.
NAMA PEMILIK: Low Yong Lin & Tan Suat Hong
NAMA PEREKA: Eric Chan
NAMA SYARIKAT: Reno Concept Sdn. Bhd.,
No. 23, Jalan Snuker 13/28, 40100 Shah Alam, Selangor.
LOKASI PROJEK: FORESTA, Damansara
KONSEP DAPUR: Moden
JENIS KEDIAMAN: Kondominium
REKAAN KABINET: Bentuk L
MATERIAL KABINET: Akrilik
MATERIAL PERMUKAAN KAUNTER: Kuarza
JENIS PEMEGANG LACI: Tanpa pemegang
KELUASAN DAPUR: 12 kaki x 20 kaki persegi
KOS KESELURUHAN: RM100,000
Cantik, ringkas dan praktikal! Inilah yang boleh disimpulkan tatkala penulis melangkah masuk ke dalam kediaman pasangan muda, Low Yong Lin dan Tan Suat Hong yang terletak di Damansara. Biarpun ruangan dapur rumah jenis kondominium ini sederhana saiznya, namun pemilik dan pereka pandai memaksimumkan ruang dengan pembinaan kabinet yang bersesuaian konsep diinginkan.
Dengan sedikit pengubahsuaian di bahagian dapur, pemilik dapat mewujudkan ruangan dapur kering dan ruang makan ala kafe yang cantik dan selesa. Apa yang menarik, kedua-dua ruangan itu tampil agak berbeza dari segi pemilihan material dan warna namun ianya serasi.
MAKSIMUMKAN RUANG PENYIMPANAN
Bagi merealisasikan dapur idaman, sebuah dapur berkonsepkan moden dan ala kafe unsur industri berjaya dijelmakan. Pemilik ternyata berpuas hati dengan hasilnya.
“Apa yang saya inginkan ialah sebuah dapur yang ringkas, minima dan moden supaya nampak lebih kemas dan senang diurus. Saya mahu memaksimumkan ruang penyimpanan dan memastikan penstoran teratur dengan penambahan aksesori yang sesuai,” jelas Low
Bahagian ruang makan ala kafe lebih bersifat terbuka kerana ia bersatu dengan ruang tamu. Berbeza dengan kediaman lain, pemilik lebih gemar berada di dapur sehingga ruang tamu hanya di hias seringkas mungkin. Oleh itu, pereka menjelmakan kabinet yang dijalinkan bersama kabinet dasar dan gantung, singki dan kaunter semenanjung yang berfungsi sebagai meja makan atau ruang bekerja. Di bahagian tepi dinding pula dijelmakan dengan kabinet tinggi dengan permukaan cermin dan bersambungan dengan rak buku tinggi.
Menariknya, kabinet tinggi menyediakan banyak ruang storan untuk menyimpan pelbagai barangan makanan dan sebagainya. Satu ruang storan berupa almari tinggi dibuat untuk penyimpanan perkakasan dapur dan sebagainya. Menampakkan lebih elegan, bahagian storan dilengkapi dengan sistem aksesori yang terkini dan bermutu tinggi, seperti soft close, pull out tray, blum, pull out bottle rack, laci bersegmen dan sebagainya. #
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.