Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratusbagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Ads
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Ads
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Penampilan kabinet dapat menyumbang kepada perubahan suasana dalam ruang dapur anda. Oleh itu, langkah penjagaan yang betul perlu diambil bagi memastikan ketahanan kabinet.
Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membersihkan kabinet dapur anda dengan mudahmenggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Pembersihan kabinet dapur
– Bagi kabinet dapur daripada Melamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya.
– Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.
2. Membersihkan minyak dan asap
– Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng.
– Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.
3. Bahan pembersih
– Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda.
– Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu.
– Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.
4. Penggunaan cuka
– Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda.
– Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih.
– Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.
5. Keadaan kering
– Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak.
– Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak kira apa jua peringkat umur, gaya hidup seseorang bukan hanya ditentukan oleh tahun kelahiran masing-masing tetapi pada pilihan kita yang membuatkan hidup lebih bermakna. Bukan pada apa yang anda lakukan, tetapi pada apa yang anda cintai. Bukan pada umur anda, tetapi pada cara anda jalani kehidupan.
EcoWorld, melalui kempen “For Generations”, kini menyediakan kediaman yang memenuhi setiap aspek dan gaya hidup generasi berlainan yang unik dan istimewa. Buat anda yang mahukan pengalaman menaiktaraf kehidupan yang berubah seiring masa, EcoWorld mempunyai pilihan bagi setiap peringkat hidup yang memerlukan perincian sesuai mengikut gaya hidup.
Antara 14 gaya hidup “For Generations” berikut, yang mana satu menggambarkan anda?
Gaya Hidup “The Zen Generation”Untuk mereka yang mahu benar-benar merehatkan fizikal dan mental dari segala lelah kehidupan, kediaman EcoWorld memberi ruang riadah yang nyaman, sesuai untuk aktiviti meditasi.
Gaya Hidup “The Explorer Generation”
Bagi mereka yang berperasaan ingin tahu yang tinggi, kombinasi imaginasi dan alam sekitar menjadikan pengembaraan mereka lebih menarik dan penuh keajaiban.
Gaya Hidup “TheEver Learner Generation”
Bagi mereka yang percaya bahawa umur tidak menjadi penghalang untuk belajar perkara baru, anda akan sentiasa mempunyai pengalaman menarik di EcoWorld Life Space.
Gaya Hidup “The Culinary Generation”
Untuk pencinta seni masakan yang mengimpikan dapur luas dan selesa, ukir memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan hidangan makanan sendiri yang pastinya istimewa.
Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”
Mereka yang sentiasa up-to-date dengan trend semasa mempunyai platform khas untuk mengekspresikan kreativiti mereka di EcoWorld Labs.
Gaya Hidup “The Minimalist Generation”
Khas buat mereka yang impikan kehidupan simple tanpa kecelaruan yang menyemakkan, ruang kediaman EcoWorld direka dengan ketenangan dan penuh kesederhanaan.
Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”
Bagi mereka yang sentiasa bekerja on-the-go. persekitaran bertenaga di EcoWorld pasti dapat memberi inspirasi kepada penghasilan idea-idea kreatif anda.
Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”
Untuk mereka yang mementingkan gaya hidup sihat, gimnasium komunal dilengkapi semua peralatan yang anda perlukan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”
Bagi pencinta alam semula jadi, kediaman direka dengan taman atau santuari peribadi untuk anda memupuk minat berkebun.
Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”
Buat mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, persekitaran mesra haiwan peliharaan di EcoWorld akan menjamin haiwan peliharaan anda merasa selamat dan menjadikan ia sebahagian daripada komuniti.
Gaya Hidup “The Artistic Generation”
Untuk anda yang mempunyai bakat seni, inspirasi dalam persekitaran kondusif di EcoWorld boleh menjadi permulaan kepada hasil karya agung anda.
Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”
Buat anda yang berwawasan tinggi dengan idea-idea hebat, pusat perniagaan dengan konsep Intelligent Space di EcoWorld mampu memberikan anda inspirasi tanpa limitasi.
Gaya Hidup “The #POTD Generation”
Bagi mereka yang hidup aktif di laman sosial, EcoWorld menyediakan suasana dan latar belakang Instagrammable yang epik buat kenangan abadi anda.
Gaya Hidup “The Collector Generation”
Untuk mereka yang gemar mengumpul koleksi barangan unik, ruang tamu yang luas boleh bertukar menjadi galeri peribadi untuk hobi istimewa anda.
Semuanya tersedia bersama dengan lima pilihan projek terkini dari Eco World untuk menyempurnakan lagi gaya hidup idaman anda.
BRYDON Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.
CORA Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.
HAZELTON Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.
REGENT GARDEN Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.
ROSÉ Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.
Untuk keterangan lanjut, boleh datang sendiri ke pusat gallery EcoWorld atau layari laman sesawang www.ecoworld.my/forgenerations/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak kenal akan arkitek tersohor Dr Tan Loke Mun ini setiap sentuhannya pasti mencuri perhatian rakyat Malaysia. Bukan calang-calang rekaan dan sentuhan yang akan dihasilkan oleh beliau dalam setiap seni binanya. Kali ini IMPIANA terpanggil untuk melihat karya beliau yang dizahirkan di kawasan perumahan Taman Tun Dr. Ismail.
Kawasan perumahan ini banyak rumah cantik tetapi kediaman yang diberi nama 23 Teres ini tersembunyi di tengah-tengah kawasan rumah yang lain. Walau bagaimanapun, dengan sentuhan ajaib DRTAN LM Architect, ia telah berubah menjadi rumah dua tingkat yang bergaya yang menjulang di atas jirannya dan kelihatan sangat hebat.
Mungkin kelihatan sederhana pada siang hari dengan menyamar sebagai rumah moden dengan langsir kaca dan kisi pintu dan gerbang keselamatan minimalis, tetapi ketika malam tiba, bentuknya yang sebenarnya muncul, seperti sebuah tanglung yang memancarkan bayangan yang mempesona di beranda. Dekorasi di dalam rumah sama menakjubkan dengan luaran, dengan tingkat bawah menggunakan konsep ruang terbuka untuk nuansa yang lebih luas.
Anda akan mendapati bahawa pereka memutuskan untuk memilih tema industri kontemporari; dengan siling konkrit yang terdedah dan dinding bata merah sehingga kelihatan kasar namun moden. Untuk mengimbangi penampilan kasar ini; Potongan perabot yang kemas dan tepat digunakan untuk suasana yang bergaya dan berciri moden dalam menarik perhatian setiap tetamu yang melewatinya.
Untuk menuju ke tingkat atas bilik tidur, tangga keluli sederhana tetapi bergaya dibahagikan kepada dua bahagian; dengan satu sisi menuju ke taman bumbung teres sementara sebelah lagi menuju ke bilik tidur utama. Di taman, balkoni yang luas sangat sesuai untuk menikmati malam-malam yang nyaman. Kawasan sekelilingnya dilindungi oleh tembok setinggi sepuluh kaki sehingga pemilik tidak akan merasa terlalu terdedah dan lebih ‘privacy‘.
Walaupun tingkat bawah hanya mengenakan langsir siang sahaja yang agak jarang, bilik tidur utama lebih mewah dengan cermin tebal bagi memberi sinar matahari menembusi terus tanpa gangguan, dengan lantai kayu yang kukuh dan langsir gelap untuk kesempurnaan ruang. Terdapat bilik mandi utama dengan kemasan marmar memberi imej yang lebih mewah dalam sentuhan, justeru mewujudkan kediaman yang sangat unik.
Semua gambar diambil dari DTLM kecuali dinyatakan sebaliknya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.