Mungkin ada di kalangan anda yang beranggapan fungsi cermin hanya sebagai satu benda kegunaan harian sahaja tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Pelbagai idea dekorasi dalaman rumah yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan cermin sebagai satu pelengkap hiasan dalaman rumah anda.
Ada beberapa contoh idea dekorasi dalaman rumah menggunakan cermin yang telah disediakan oleh IMPIANA sebagai rujukan anda!
CERMIN DENGAN BINGKAI ANYAMAN
Jika anda mahu tampil dengan konsep dekorasi yang unik dan berbeza, anda boleh menggunakan cermin bingkai anyaman ini sebagai pilihan. Selain sisi kreatif akan ditonjolkan, dekorasi hiasan dalaman rumah anda akan bertambah seri dengan menggunakan cermin jenis ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan cermin yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN HEXAGON
Ads
Bagi anda yang lebih gemar dengan konsep moden kotemporari boleh menggunakan cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini sebagai pilihan idea dekorasi dalaman rumah anda. Bukan sahaja tampak sangat unik dan elegan, ia juga boleh mencuri tumpuan dan perhatian mata para tetamu yang hadir ke rumah anda!
Untuk cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Tetapi, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN GANTUNG PELBAGAI BENTUK
Ads
Walaupun cermin gantung ini saiznya agak kecil berbanding dengan cermin yang lain namun ia juga tetap boleh mencuri perhatian orang di sekeliling. Jangan hanya pandang sebelah mata dengan kebolehan cermin gantung ini, meski saiznya kecil ia tetap juga berkemampuan menaikkan seri hiasan dalaman rumah anda.
Cermin gantung ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Namun, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN EMPAT SEGI PELBAGAI SAIZ
Ads
Cermin potongan empat segi mungkin sudah dilihat seperti cermin biasa kegunaan harian sahaja di kalangan anda. Tetapi jika anda bijak untuk menghiasnya, cermin potongan empat segi pelbagai saiz ini juga boleh menjadikan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak hebat dan penuh gaya.
Jadi, ini beberapa konsep idea dekorasi hiasan dalaman menggunakan cermin yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada anda. Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membantu anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
5 langkah mudah untuk pangkas pokok muda yang ramai tak tahu. Jangan takut untuk mencantas atau memangkas pokok dan tumbuhan renek di laman rumah anda. Hanya beberapa minit sahaja perlu diperuntukkan untuk memangkas softscape yang terdapat di halaman rumah supaya ia sentiasa berdaun lebat, berbunga dan sihat.
Namun, kita sering mengabaikan dan tidak melakukan proses pangkas pokok dengan betul dan secara berjadual. Ini disebabkan kita kurang terdedah kepada pengetahuan dan beranggapan kerja-kerja pemangkasan memerlukan peruntukan masa yang lama. Ada pula yang khuatir, jika pemangkasan dilakukan ia akan menyebabkan pokok tidak cantik dan mati. Hakikatnya, jika ia dilakukan secara berjadual dengan teknik yang betul, ia dapat membantu anda untuk memastikan laman rumah sentiasa rapi dan indah.
Oleh itu, ikuti langkah-langkah dan tip yang telah disediakan untuk memastikan anda menguasai teknik pangkas pokok yang betul.
Sebab untuk melakukan pemangkasan pokok muda
Membaiki atau meningkatkan kekuatan struktur pokok. Dengan membuang dahan atau ranting pokok yang telah rosak yang terdapat pada pokok, ia melatih pokok untuk menghasilkan dahan yang lebih baik dan bentuk yang menarik. Struktur pokok yang kukuh mampu mengurangkan potensi pokok tersebut dari diancam pelbagai penyakit dan serangga.
Mengurangkan kadar penyelenggaraan. Jika pokok muda telah dilatih untuk menghasilkan struktur pokok yang kukuh, ia dapat membantu mengurangkan kadar penyelenggaraan apabila sampai usia matang. Pokok yang telah dipangkas dari usia muda hanya mempunyai jumlah dahan atau ranting yang terhad, justeru akan menjadikan tugas-tugas penyelenggaraan dilakukan pada tahap minimum. Secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk melakukan penyelenggaraan di bahagian dalam pokok dengan peruntukkan masa yang singkat.
Menambah jangka hayat pokok. Pokok muda yang telah dilatih menjadikan ia lebih kukuh apabila sampai usia matang. Di samping itu, ia juga mempunyai potensi lebih rendah untuk terdedah kepada kegagalan struktur akibat serangan penyakit mahupun serangga perosak. Secara tidak langsung ia mampu menambah jangka hayat pokok.
5 langkah untuk memangkas pokok muda
1. Buang bahagian yang telah rosak, mati atau hampir mati, kering dan berpenyakit. Pastikan silara pokok diperiksa rapi untuk mengenal pasti dahan atau ranting yang berpotensi menjadi ancaman kepada pokok.
2. Pilih leader (batang pokok utama) yang paling stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan pokok yang cantik dan berkualiti, hanya sebatang leader yang diperlukan untuk menyokong keseluruhan struktur pokok. Jika terdapat lebih leader, pemangkasan leader yang tidak kukuh perlu dilakukan segera. Kenal pasti terlebih dahulu leader yang paling tegak dan kuat untuk dijadikan penyokong struktur pokok.
3. Pilih dahan rendah (lowest permanent branch) yang paling kukuh dan sesuai untuk membentuk kanopi pokok. Kenal pasti dahan pokok yang paling bawah yang mempunyai sambungan yang paling baik dan cantik dengan Ia seharusnya dijadikan sebagai dahan pokok pertama dan buangkan dahan lain berhampiran dengannya untuk memberi ruang kepada ranting dari dahan tersebut bergerak bebas. Diameter ideal untuk dahan pertama haruslah separuh dari ukuran leader tempat dahan tersebut bersambung.
4. Pilih dahan kedua (scaffold branch). Scaffold branch ialah dahan yang tumbuh selepas lowest permanent branch. Ia berfungsi membentuk keseluruhan kanopi pokok. Pastikan scaffold branch yang dipilih mempunyai sambungan baik dan ukuran diameternya tidak lebih dari setengah ukuran Jarak antara scaffold branch perlulah seragam sama ada secara vertikal atau kedudukan jejarinya di sekeliling leader. Jarak vertikal antara dahan haruslah 18 inci untuk pokok besar manakala 12 inci untuk pokok kecil. Jarak jejari setiap scaffold branch haruslah seimbang antara satu sama lain mengelilingi leader.
5. Pilih temporary branch di bahagian bawah lowest permanent branch. Sebahagian atau hampir semua ranting atau dahan kecil yang terdapat di bahagian lowest permanent branch boleh dikekalkan sebagai temporary branch. Ia merupakan dahan yang berdiameter tidak lebih 2 inci dan bersambung terus dengan Temporary branch amat penting di awal pertumbuhan pokok muda kerana ia membantu membentuk batang pokok yang kuat ketika proses fotosintesis berlaku. Apabila pokok mula matang dan meninggi, temporary branch perlu dibuang atau ia perlu dicantas apabila ukuran diameternya mencecah 2 inci.
Dengan tip dan langkah mudah yang IMPIANA kongsikan ini harap dapat membantu followers IMPIANA yang ragu-ragu untuk memangkas pokok atau sebarang tanaman di rumah anda. Mudah bukan cara pangkas pokok yang mampu melebatkan pokok anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai beranggapan untuk menanam lobak merah ia memerlukan batas. Memang benar, ini kerana lobak merah memerlukan tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan ubi yang panjang. Oleh hal yang demikian, batas adalah penyelesaian yang terbaik untuk menghasilkan lobak merah yang cantik. Namun, tidak mustahil untuk anda tanam lobak di dalam pasu jika kena pada caranya.
Bekas tanaman
Memandangkan lobak memerlukan kondisi tanah yang dalam untuk membolehkan ia menghasilkan umbisi yang cantik, anda memerlukan pasu atau bekas yang mempunyai ke dalam minimum 1.5 kaki.
Biji benih
Dapatkan benih lobak dari variati Chantenay atau Nantes. Elakkan menanam lobak merah dari variati Imperator kerana ia dari variati yang panjang. Untuk variati tersebut, anda memerlukan bekas atau pasu yang ber kedalaman lebih 2.5 kaki. Selain itu juga, benih lobak merah mini atau bulat seperti lobak merah mini romeo juga amat sesuai ditanam di dalam pasu
Semaian
Lobak merah mempunyai tekstur biji benihnya yang sangat halus. Oleh itu, ia akan memberi sedikit masalah untuk anda melakukan semaian terus pada medium tanaman. Tambahan pula, risiko tanaman tidak menjadi lebih tinggi.
Untuk proses semaian paling cepat dan mudah, anda perlu sediakan sehelai kertas tisu yang telah ditaburkan sedikit benih lobak merah. Lipat tisu tersebut menjadi 4 segi seperti poket dan renjis kan sedikit air untuk melembapkan tisu tadi.
Masukkan tisu yang telah dilembapkan tadi ke dalam plastik atau zip lock bag untuk mengelakkan ia cepat kering. Simpan plastik berisi tisu lembap tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 hingga 7 hari. Selepas 7 hari, barulah anak lobak merah boleh dipindahkan ke dalam bekas tanaman
Medium tanaman
Lobak merah memerlukan medium tanaman jenis peroi dan sedikit berpasir. Campuran terbaik untuk tanaman lobak merah adalah 2:1:1 (Tanah hitam/loam/topsoil):pasir sungai:kompo. Gaul semua media sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas tanaman sehingga penuh.
Semai anak pokok
Buat lubang pada kedalaman 2 inci sebesar jari telunjuk dengan jarak 5 inci setiap satu. Masukkan benih yang telah bercambah tadi ke dalam setiap lubang dan kambus lubang tadi dengan tanah yang nipis kemudian disiram. Letak anak pokok di bawah tempat separa teduhan selama seminggu atau sehingga ia betul-betul stabil
Siraman dan penjagaan
Lakukan siraman 2 kali sehari setiap awal pagi dan lewat petang. Apabila hujan, siraman tidak perlu dilakukan dan pastikan medium tidak bertakung air dan basah. Cabut rumput dan rumpai untuk mengurangkan kadar saigan dengan lobak merah.
Pembajaan
Untuk dapatkan lobak yang sihat dan besar, kurangkan penggunaan baja. Ini kerana penggunaan baja yang berlebihan dan kerap hanya daun nya sahaja yang merimbun namun hasil lobaknya kecil. sebaiknya, gunakan baja kompos pada lobak merah anda dan elakkan penggunaan baja bernitrogen tinggi
Tuai
Lobak merah sedia tuai apabila mencapai usia 60 hingga 90 hari mengikut variati. Sebelum di tuai, pastikan tanah di sekitar lobak merah digembur terlebih dahulu untuk memudahkan ia mudah di atrik dan mengurangkan risiko ubinya terpatah
Sumber: http://tanomkinotuan.blogspot.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah atau tidak anda melihat sebuah binaan rumah yang telah dihasilkan serta dibina sepenuhnya daripada kayu buluh? Tidak dinafikan, memang jarang-jarang untuk dapat kita lihat binaan rumah yang sedemikian.
Tambahan pula, dengan perubahan era zaman yang semakin moden dan maju kehadapan, memang sudah pasti binaan rumah seperti ini kelihatan asing dan sesuatu yang sangat luar biasa pada masa kini.
Namun meski begitu, tiada apa yang mustahil atau penghalang bagi membangunkan binaan rumah sedemikian pada masa kini. Baru-baru ini, terdapat satu akaun di laman media sosial Facebook yang dikenali sebagai Rumah Impian telah memuat naik beberapa keping foto di laman maya berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut telah memaparkan sebuah binaan rumah yang telah siap dibina sepenuhnya daripada kayu buluh lantas sekaligus membuatkan binaan rumah ini mendapat perhatian ramai.
Lihat sahaja lah hasilnya, binaan rumah berkenaan sememangnya tampak sangat unik dan luar biasa berbanding dengan binaan rumah yang lain. Jadi tidak hairan lah mengapa rumah ini telah meraih perhatian wargamaya.
Semoga binaan rumah ini dapat dijadikan sebagai satu sumber idea dan inspirasi kepada orang khususnya buat mereka yang sememangnya gemar dengan alam semula jadi.
Sumber: Facebook Rumah Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.