Bagi anda yang mengemarkan makanan tradisi masyarakat Melayu dan ingin menikmati suasana kampung, restoran White N Black Kampong Heritage, Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Restoran White N Black Kampong Heritage yang mengetengahkan konsep dekorasi tradisi Melayu dengan suasana seakan seperti di kampung halaman tercinta ini terletak di tengah bandaraya ibu kota raya Kuala Lumpur.
Sememangnya jarang-jarang kita dapat lihat sebuah restoran atau kafe yang berkonsepkan seperti ini di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Jadi buat anda yang gemarkan suasana kampung, sudah pastinya akan berasa teruja untuk menikmati juadah makanan yang disediakan di sini.
Lihat sahaja dekorasi ruang dalaman restoran White N Black Kampung Heritage ini, mengunakan elemen seni tradisional kain batik, rotan serta kayu papan daripada rumah kampung lama sebagai pilihan bagi mewujudkan suasana kampung yang lebih sempurna.
Ads
Bagi anda yang ingin berkunjung ke White N Black Kampung Heritage ini, boleh datang ke restoran yang beralamat di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, 80300 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat anda, sepanjang bulan Ramadan ini juga, White N Black Kampung Heritage akan menyediakan menu ‘ala carte’ termasuk signature White N Black Kampung Heritage iaitu Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar dan Pais Patin serta banyak lagi bermula harga dari RM30 sehingga RM70.
Ads
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di laman media sosial rasmi dibawah:
Acara Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall, pada Ahad lalu.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi. Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila sudah menjelang bulan Ramadan yang mulia, mesti ramai yang mahu memasang lampu pelita di kawasan laman rumah bagi menyambut dan meraikan kedatangan bulan Syawal.
Memang sudah menjadi kebiasaan orang ramai untuk memasang lampu pelita ini bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang meriah saban tahun. Betul tak?
Jika sebelum ini, kita masih lagi menggunakan lampu pelita yang cahaya dihasilkan daripada sumbu minyak tanah tetapi kini sudah ada kaedah yang lebih moden.
Tidak dinafikan, bukan mudah sebenarnya untuk menyediakan lampu pelita yang jenis seperti ini. Mana tidaknya, untuk menyediakan lampu pelita jenis lama ini anda terpaksa berbelanja besar untuk membeli sumbu minyak tanah dan sebagainya. Maka oleh itu, sudah pasti ia akan menjadi masalah kepada anda.
Kini, jangan anda berasa bimbang kerana kaedah dan cara yang lebih mudah boleh anda lakukan bagi untuk menangani masalah tersebut. Apa kata anda menggunakan lampu pelita solar ini sebagai alternatif.
Untuk maklumat anda, lampu pelita ini menghasilkan cahaya solar dan berfungsi secara automatik. Bukan itu sahaja, ia juga akan berfungsi untuk menghasilkan cahaya apabila keadaan kawasan sekeliling gelap.
Selain itu, ia juga akan berhenti berfungsi secara automatik apabila keadaan kawasan sekeliling terang di siang hari. Menarik bukan? Jadi sudah pasti ia akan menjimatkan kuasa elektrik dan anda tidak akan melakukan sebarang pembaziran.
Jika anda mahu dapatkan lampu pelita solar ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Wah! Musim menuai dari negara Australia kini telah kembali sekali lagi untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati beberapa buah anggur yang enak, lazat serta berkhasiat.
Terbaharu, jenama pengeluar buah anggur terkemuka dari Australia, Grown in Good Nature, dibawah sub-jenama oleh Hort Innovation selaku pengeskport serta pemasaran perdagangan antarabangsa, telah melancarkan kempen terbaharu iaitu ‘Anytime Is Grape Time’.
Pelancaran kempen ini, sebagai tanda permulaan musim buah anggur yakni telah pun bermula dari November hingga Mei dengan tempoh pasaran eksport bermula dari Januari hingga Mei.
Terdapat dalam lebih daripada 40 jenis, anggur dari Australia terkenal dengan rasa yang sangat enak dan kaya dengan pelbagai khasiat. Bagi yang tidak tahu, buah anggur ini kebiasanya berwarna merah, hitam atau hijau dan dikategorikan kepada dua – berbiji dan tanpa biji. Thompson Seedless, Flame Seedless, Crimson Seedless dan Red Globe adalah antara empat jenis anggur yang paling popular di Australia.
Buah anggur Australia juga merupakan snek yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa. Tambahkan buah-buahan ini ke dalam diet harian anda bagi mendapatkan khasiat antioksidan yang secukupnya. Anggur juga diperkaya dengan khasiat vitaminc C dan B6 yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan yang berpotensi mencegah sebarang penyakit kanser.
Jangan ada yang ada tidak tahu, anggur Australia dihasilkan di kawasan penanaman anggur utama di Sunraysia (Mildura dan Robinvale) di Victoria, dan di seluruh Queensland Tenggara. Kawasan pertumbuhan lain termasuk Carnarvon dan Lembah Swan di Australia Barat, daerah Riverina di Central New South Wales, South Australian Riverland dan tengah Wilayah Utara.
Untuk mendapatkan buah anggur Australia yang sangat digemari ramai ini, boleh pergi ke mana-mana pasar raya yang telah mengambil bahagian termasuk AEON, Jaya Grocer, TFP Retail, Lotuss, GCH Retail, Whole Foods Express dan Star Grocer untuk menikmati rasa buah anggur yang manis dan segar lagi sempurna.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!