Nak beli rumah bukanlah mudah. Pelbagai dugaan yang bakal kita hadapi kalau silap langkah. Kewangan kita boleh sengsara dalam jangka masa yang panjang kalau tak bijak mengendalinya. Jom ambil tahu 5 perkara yang selalu dikait rapatkan bila nak beli rumah.
1. Kumpul 10% Dari Harga Rumah
Memang betul. Kita perlukan paling kurang 10% untuk membayar pendahuluan bila nak membeli rumah nanti. Ramai yang tersilap bukan itu sahaja kos yang perlu kita tanggung, ada banyak lagi yang perlu kita ambil kira sepert ini.
duti setem,
yuran permohonan,
kos valuasi,
kos nak bayar peguam,
insuran rumah, dan lain-lain yang berkaitan.
Antara strategi yang anda boleh pasang adalah, sediakan duit sebanyak 15% (kalau mampu, kumpul hingga 20%) daripada harga jualan rumah yang nak dibeli tu.
Ini supaya anda boleh kumpul duit awal-awal untuk tanggung semua kos tambahan kat atas tadi. Ha! dah mula berfikir kan?
2. Lagi Tinggi Down payment Lagi Bagus
Tak salah kalau nak letak down payment yang lebih kalau ada duit simpanan lebih. Masalahnya, ramai yang buat ni takde simpanan yang mencukupi.
Betul. Bila kita bayar down payment yang tinggi, kita boleh kurangkan jumlah ansuran yang wajib dibayar setiap bulan. Tapi tak guna kalau simpanan yang ada tak banyak mana.
Bayangkan. Lepas beli rumah nanti, mesti anda nak beli perabot atau buat renovation untuk cantikkan rumah.
Lebih selamat anda bayar down payment yang perlu, dan gunakan duit lebihan tu (lepas dah tolak semua kos yang perlu untuk cantikkan rumah) sebagai simpanan kecemasan.
Ads
Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang mungkin buatkan anda gigit jari.
3. Nak Pendekkan Tempoh Loan, Bayar Bulanan Lebih!
Jika anda gunakan selain daripada pinjaman fleksi (flexi home loan), bayar lebih setiap bulan mungkin satu tindakan yang tak berikan banyak untung. Tambahan pula kalau loan anda ada lock-in period.
Kalau habis bayar sebelum tempoh yang dah ditetapkan bank, anda terpaksa bayar penalti. Jadi renung-renungkan part ni ye.
4. Untung Bila Buat Refinance Rumah
Macam yang anda sedia maklum, refinance (pembiayaan semula)adalah satu tindakan mengambil loan rumah yang baru, untuk membayar hutang sedia ada sepenuhnya.
Ads
Dengan membuat refinancing, anda boleh kurangkan jumlah ansuran bulanan dengan ketara. Tapi, ia juga mungkin akan beri kesan buruk kat kewangan anda.
Jika anda nak buat ni, penting untuk mempertimbangkan kadar faedah pinjaman sedia ada dengan kadar faedah loan baru (yang anda nak apply).
Ada potensi yang kadar faedah mungkin rendah untuk tahun pertama. Tapi akan meningkat lebih tinggi pada tahun berikutnya.
Sentiasa dapatkan maklumat lanjut tentang ini sebelum anda buat sebarang keputusan muktamad.
Ads
5. Muda Lagi Enjoy Dulu, Nanti Tua Sikit La Beli Rumah
Siapa macam ni, rasa diri tu masih muda dan nak bersuka ria dulu. Malas nak fikir beban. Sampai bila nak menyewa tak ada rumah sendiri. Pasti ke boleh simpan duit bila tua boleh beli rumah?
Walaupun kenyataan tadi ada kebenarannya, tapi lagi bahaya kalau orang muda tak pernah ada sebarang rekod hutang langsung.
Lagi-lagi kalau mereka benar-benar mampu daripada segi pendapatan untuk beli rumah.
Kalau anda lambat buat loan rumah, anda punya tempoh pembayaran akan jadi lebih singkat. Sanggup ke anda bayar jumlah ansuran rumah yang lebih tinggi?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi penghuni apartmen dan flat, pilihan menyidai baju di adlam kediaman sudah menjadi kebiasaan. Namun hakikatnya, ramai tidak sedar sebenarnya perbuatan atau amalan ini sebenarnya mengundang bahaya kepada kesihatan antaranya adalah kanser dan alahan
Bagi anda yang gemar memakai pelembut pakaian terdedah kepada masalah ini. Ini kerana dalam pelembut pakaian terkandung bahan kimia. Pelembut pakaian berfungsi sebagai lapisan nipis khas yang melembutkan pakaian anda. Namun, kebanyakkan pelembut pakaian dipasaran mempunyai bahan toksik kimia seperti Ammonia salt.
Ia akan menyebabkan iritasi pada kulit, gangguan pernafasan dan pening kepala. Memang sedap menghidu baunya yang wangi. Anda akan rasa pakai sangat bersih bila berbau harum. Namun, ia membawa bahaya lain terutama jika anda menyidai pakaian di dalam rumah.
Alahan berpunca daripada kandungan udara yang terperangkap di dalam rumah menjadi lembap dan sesuai sebagai habitat bakteria. Bakteria tersebut yang menjadi punca kepada alahan. Lebih teruk, ia akan menyebabkan alahan pada rongga pernafasan hingga terjadinya asmas.
Menurut artikel di laman sesawang Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia,
Setiap produk wangian seperti sabun, barangan kosmetik, syampu, pelembut kain, potpuri, penyembur rambut, kertas tisu, detergen dan lain-lain lagi mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation.
Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik.
Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.
Sumber: http://www.keluargasihat.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Buat anda yang cintakan kehijauan dan gemar bercucuk tanam di halaman rumah, pasti susah hati untuk tinggalkan rumah dalam jangka masa yang lama. Takut tanaman layu dan mati kerana tidak disiram.
Tapi tip dari Puan Lina Sahedin yang dikongsi melalui Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri ini mampu mengelak situasi pokok bunga atau tanaman mati dari terjadi.
Caranya amat praktikal dan menjimatkan! Modal cuma plastik dan getah sahaja. Kreatif sungguh!
“Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.”
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Plastik
Getah
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Isikan air ke dalam plastik kemudian ikat plastik. Tetapi awas, jangan ikat terlalu padat kerana nanti air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
2. Cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
3. Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari. Selamat mencuba semua.
Sumber : Lina Sahedin via Facebook Kebun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Meski negara kini sudah beralih ke fasa endemik Covid-19, masih ada lagi segelintir yang masih bekerja dari rumah atau erti kata lain Work From Home (WFH).
Jadi, buat anda yang masih lagi bekerja dari rumah, sudah semestinya telah menyediakan ruang khas untuk bekerja dan tidak dinafikan ruangan yang digunakan perlu juga dititikberatkan .
Maka oleh itu, hari ini IMPIANA akan berkongsi beberapa rekaan hiasan dalaman ruangan bekerja yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat anda semua.
Perkara pertama yang perlu anda tahu anda mengenai pemilihan warna untuk ruang kerja anda ini kerana ia dipercayai boleh memberikan kesan kepada konsentrasi kerja anda.
Untuk berikan suasana ketenangan kepada sesuatu ruang tersebut misalnya, anda disarankan untuk memilih warna yang natural atau “earthy” tones seperti beige, ivory dan light grey.
Manakala warna yang gelap pula boleh membuatkan sesuatu ruang tampak classy dan elegen tetapi akan membuatkan kita cepat letih.
Selain itu, pemilihan warna yang terang dan vibrant boleh memberikan tenaga dan suasana ceria kepada ruang bekerja anda.
Selain itu, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk wujudkan suasana ruang bekerja anda dengan pencahayaan yang cukup. Ini kerana ia mampu untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa ketika bekerja dari rumah. Cahaya semula jadi yang cukup dapat memberi illusi ruangan yang lebih luas dan fokus kepada kerja kita.
Di samping itu, mendekorasi ruangan kerja dengan pokok-pokok kehijauan juga boleh menambahkan lagi seri kepada ruang bekerja anda. Untuk maklumat anda, pokok kehijauan ini juga dipercayai dapat mengurangkan stres. Malah ia juga dapat memberikan kesegaran selepas berjam-jam kita menghadap laptop. Pokok yang senang nak dijaga seperti succulents, aloe vera, atau snake plants amat disarankan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!