
Pokok kesum antara tanaman yang selalu ditanam di sekitar rumah kerana banyak kegunaan dalam masakan.
Kalau suka buat asam pedas dan laksa, memang elok tanam sendiri tumbuhan ini. Senang bila nak guna, petik saja di laman rumah.
Cumanya ramai yang dah beberapa kali cuba menanamnya tapi tak menjadi, baik tanam dalam air atau gunakan medium tanah.
Jika dah cuba tanam namun gagal, kali ini apa kata ikut kaedah yang dikongsi
Wan Mohd Naziran. Kaedah ini katanya diperoleh dari seorang kenalan yang ternyata menjadi, malah tak sampai 24 jam dah nampak hasilnya.
Petua tanam pokok kesum cepat subur
1. Cari bekas yang boleh menakung air. Apa-apa bekas pun boleh.
2. Isi tanah separuh penuh.
3. Penuhkan bekas dengan air, kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum.
Mula tanam pokok kesum jam 5pm
4. Ambil bahagian pucuk kesum dengan 5-6 helai daun (bahagian pucuk atau daun bahagian atas)
5. Cucuk pucuk kesum ke dalam tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya.
Jam 10pm, lima jam selepas semaian
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu. Boleh guna apa jenis baja, larutkan dalam air.
Semaian kesum hidup subur selepas 13 jam ditanam
Sumber: Wan Mohd Naziran via Facebook Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mesti Baca: Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!
Baca Lagi:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kaedah Betul Tanam Terung Dalam Pasu Tepi Rumah, Berbuah Lebat Hasilnya

Begini cara betul tanam terung dalam pasu. Lagi-lagi bagi yang tinggal di rumah taman dan miliki ruang tanah yang terhad. Kaedah penanaman pokok terung dalam pasu merupakan pilihan terbaik.
Bolehlah tanam di tepi-tepi rumah. Jika mempraktikkan kaedah penanaman berpasu yang tepat, terung akan menghasilkan buah yang lebat dan elok hasilnya. Mohd Amri berkongsi cara dan kaedah penanaman pokok terung dalam pasu tepi rumah.
Kaedah Tanam Terung Dalam Pasu
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Hihi.
Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan Bekas & Medium
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow.
Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.

2. Penanaman Pokok
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.

3. Penjagaan
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.

4. Pemangkasan
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun.

5. Lalat Buah
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.

6. Siraman
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.

7. Kebersihan
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mata pun sedap memandang.
So, itulah sahaja perkongsian ringkas dari saya tentang tanaman terung di tepi rumah. Selamat mencuba ya.
Mesti Baca: Selalu Siram Letak Tempat Panas, Pokok ROSEMARY Mudah Membiak Segar Bugar!
Mesti Baca:KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik:KOMPILASI TIP Semai 6 Jenis Tanaman, Boleh Jimat Belanja Dapur!
IMPIANA: Jika nak cuba tanam pokok terung dalam pasu di laman rumah, boleh cuba kaedah yang dikongsikan ini. Memang menjadi, lebat berbuah hasilnya.
Sumber/Foto : Mohd Amri
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Pokok KETUMBAR JAWA Mudah Sangat Membiak, Cucuk Bunga Dalam Tanah!

Pokok Ketumbar Jawa atau nama saintifiknya ‘Coriandrum Sativum’ sangat mudah untuk hidup dan membiak. Pokok ini sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Rasanya sedap dan wangi bau daunnya.Daunnya pula boleh dicampur dalam kuah tomyam sebab baunya sama macam daun ketumbar.
Perkongsian daripada Nur Fatin Atfie ini boleh dijadikan rujukan;
Ketumbar jawa. Bukan saja sedap di masak tomyam, malah banyak khasiat.
Petua Batuk Berkahak:
Ambil 2,3 helai daun ketumbar jawa, rendam dengan air panas. Tunggu suam sikit, baru minum. Amal kan setiap hari sampai sembuh.
Saya dulu pun tak berapa percaya petua-petua. Tapi bila suami kena jangkitan kuman pada paru-paru dan dia amalkan, alhamdulillah sembuh dengan izin Allah. Anak saya berkahak pun saya buat, bagi anak minum. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.
Cara biakkan pokok ketumbar jawa seperti berikut;
1. Potong bunga yang ada pada pokok Ketumbar Jawa. Bunga tersebut akan menjadi benih bagi pokok ini.
2. Potong pendek batang bunga ini.
3. Kemudian, cucuk sahaja ke dalam pasu.
4. Seperti begini.
5. Tanam jarak-jarak dan siram macam biasa. Nanti dia beranak pinak seperti ini.
Semoga Bermanfaat!
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Tanam Ketumbar Jawa Lebat Merimbun, Tipnya Potong Setiap Kali Pokok Berbunga!
Baca Lagi Di Sini: Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu
Artikel Menarik:Cara Mudah Tanam Pokok Kunyit Dalam Karung, Elok Subur Merimbun Daun
IMPIANA: Jadi bagi yang nak cuba tanam pokok ketumbar jawa di laman rumah boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Mudah sangat membiak, hanya perlu cucuk bunganya ke dalam tanah.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Semai Benih LADA SOLOK, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram!

Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je.
Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.
Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;
Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.
1. Biji Benih
Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.
2. Bekas Media
Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.
3. Kawalan Bena
Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.
4. Baja
Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.
5. Kaedah Nutripot
Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.
6. Media Tanaman
Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.
Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.
Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.
Info Ekstra!
Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
Sumber: Kebun Dapur Alin
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Hasil 6 Bulan Tanam KUNYIT Dalam Tayar, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!
Baca Lagi Di Sini:3 Kegunaan Serbuk Kunyit Untuk Tujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik: Tanam Kunyit Macam Ni Bawah Teduhan, Daun Jadi Lebar Dan Tak Kuning
IMPIANA: Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI