
Rupanya Pokok Hiasan FIDDLE FIG Tak Sesuai Tanam Atas Tanah, BAHAYA!. Pokok Fiddle Fig atau nama botaninya Ficus lyrata adalah sejenis pokok hiasan tropika yang sangat popular untuk dekorasi dalaman rumah kerana rupanya yang unik dan “high-end look”. Daunnya lebar, berwarna hijau gelap dan berkilat mampu menyuntik aura mewah dalam menyerikan ruang kediaman.
Namun, mungkin ramai yang tak tahu Pokok Fiddle Fig (Ficus lyrata) tak sesuai ditanam terus atas tanah di kawasan laman rumah, lebih-lebih lagi berhampiran dengan lantai berturap atau simen. Ini sebabnya.
1. Akar Agresif & Menjalar
Fiddle fig datang dari keluarga Ficus (sama macam pokok beringin & ara).
Akar dia jenis kuat, tebal dan akan menjalar.Bila pokok membesar, akar boleh merebak luas mencari air dan nutrien.
Kalau ditanam dekat rumah, lama-kelamaan ia boleh tolak tanah, retakkan lantai, dinding atau struktur sekeliling rumah. Akar boleh masuk celah lantai simen, longkang, malah retakkan foundation rumah.
2. Boleh Ganggu Struktur Rumah
Kalau rumah ada lantai konkrit atau jubin di laman, akar yang membesar boleh tolak lantai sampai pecah atau terangkat.
Kalau dekat longkang, akar boleh sumbat saliran.
3. Pokok Jadi Besar & Berat
Fiddle fig kalau tanam atas tanah boleh jadi pokok besar sehingga 10–15 meter tinggi.
Bila dah besar, susah nak kawal, berisiko tumbang kalau tanah lembut atau hujan ribut.
🌿 Cara Selamat Tanam Fiddle Fig
Oleh itu, jika nak tanam fiddle fig untuk hiasan rumah sebaiknya:
✨ Lebih selamat tanam dalam pasu besar. Mudah kawal akar dan senang dialih mengikut kesesuaian cahaya.
✨ Pilih pasu tinggi, berat dan stabil supaya akar boleh berkembang ke bawah, bukan ke tepi. Malah dapat elak tumbang bila pokok makin tinggi.

✨ Elak tanam rapat dengan lantai konkrit, longkang, atau foundation rumah untuk elak risiko retak.
✨ Pilih medium Tanah Gembur & Drainage Baik supaya akar tak busuk.
Boleh guna campuran:
2 bahagian potting mix untuk indoor plant
1 bahagian perlite/pasir kasar (bagi tanah lebih porous)
1 bahagian peat moss/cocopeat (kekalkan kelembapan tanpa bertakung)
Kalau nak senang boleh beli “soil mix untuk fiddle leaf fig / indoor plant” yang ready-made.

✨ Letak Indoor / Patio – sesuai jadi statement plant dekat ruang tamu, tepi sofa, atau pintu masuk.

Jadi jika nak tanam fiddle fig ini sebaiknya dijadikan sebagai indoor plant sahaja dan tanam dalam pasu. Selain nampak mewah, lebih selamat untuk struktur rumah juga.
TIP EKSTRA Jaga Fiddle Fig
Cahaya – Suka cahaya terang tidak direct (indoor tepi tingkap berlangsir nipis).
Siraman – Bila 2 inci atas tanah rasa kering, baru siram. Jangan biar air bertakung.
Lap Daun – Fiddle fig suka daun bersih. Lap dengan kain lembap seminggu sekali supaya fotosintesis lancar & nampak berkilat.
Pusing Pasu – Setiap 2 minggu pusingkan pasu sedikit supaya pokok tumbuh seimbang & tak condong ke arah cahaya.

Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat pemilik kediaman yang berhasrat nak jaga pokok fiddle fig ni, elakkan tanam terus atas tanah di laman rumah. Sebaiknya tanam dalam pasu dan dijadikan indoor plant. Lebih mudah untuk mengawal tumbesaran akarnya nanti, supaya tidak merosakkan struktur rumah.
Mesti Baca: Rahsia Pokok Fiddle Fig Subur & Rimbun, Tak Perlu Baja Mahal!
Baca Lagi Di Sini: Cara Potong Mesti Betul, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Fiddle Fig Tumbuh Merimbun
Artikel Menarik: Wanita Ini Tunjuk Cara Nak Biak Fiddle Leaf Fig Dan Cara Penjagaan nya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




