Penggunaan plastik di Malaysia ini, sangat kerap digunakan kerana kita boleh lihat sekarang ini, sekecil-kecil barang yang dibeli pun, mahukan plastik. Tapi, itu bukan apa yang saya ingin cakapkan pada hari ini. Tahukah anda? Di dunia ini ada bermacam-macam jenis plastik yang anda tidak tahu. Plastik dibahagikan kepada 7. Iaitu:
Jadi, mari saya terangkan, apa fungsi-fungsi 7 jenis plastik ini.
Polyethylene Terepthalate,
ialah salah satu polimer yang paling banyak digunakan di dunia. Walaupun 96 peratus botol plastik yang dikeluarkan di Amerika Syarikat adalah daripada jenis PETE, hanya 25 peratus telah dikitar semula. Plastik gred SPI 1 ini menyerap bau dan perisa daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya sekali-sekala. Plastik PETE sering digunakan dalam botol air mineral, botol minyak, dan botol jernih. Plastik jenis ini tidak boleh digunakan lebih daripada sekali.
Plastik yang paling kerap dikitar semula ialah polietilena berketumpatan tinggi (HDPE). Ia tahan kepada suhu panas dan sejuk kerana sifatnya yang keras dan kukuh. EPA menganggarkan bahawa 12 peratus daripada HDPE akan dikitar semula setiap tahun. Bahan HDPE asal telah digunakan dalam sistem paip.
Plastik kategori SPI 2 ini diperbuat daripada polietilena berketumpatan tinggi. Walaupun plastik ini boleh diterima untuk digunakan, ia tidak boleh digunakan semula untuk mengisi makanan atau minuman. Kebanyakan plastik HDPE digunakan dalam pembuatan botol detergen, syampu, gel mandian dan barangan kosmetik lain.
Ads
PVC ialah bentuk plastik yang paling kurang dikitar semula, menyumbang kira-kira 1% daripada jumlah kitar semula tahunan. PVC dikelaskan sebagai bahan toksik kerana ia mengandungi sejumlah bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Plastik PVC digunakan untuk membuat paip plastik, lantai, dan produk lain.
Polietilena Ketumpatan Rendah (LDPE) menyumbang 56% daripada jumlah pengeluaran plastik. Plastik LDPE digunakan untuk membuat beg membeli-belah, beg plastik, bekas makanan dan bekas pakai buang. Plastik jenis ini tidak boleh digunakan untuk mengisi makanan atau minuman.
Polipropilena (PP) Hanya 3% daripada plastik PP dikitar semula di Amerika Syarikat. PP ialah bentuk plastik kedua paling biasa digunakan di seluruh dunia. Ia adalah salah satu termoplastik paling lentur yang ada. Walaupun PP lebih kuat daripada PE, ia mungkin masih fleksibel. Plastik PP adalah berpatutan, fleksibel, tahan haba dan tahan asid.
Ads
Plastik PP digunakan dalam pelbagai barangan, termasuk peralatan makmal, bekas makanan, dan alat ganti kereta. Kerana ketahanannya, plastik jenis PP boleh digunakan semula berkali-kali dan merupakan bentuk plastik yang sesuai untuk mengisi makanan dan cecair lebih daripada sekali, sama seperti Tupperware.
PS (Polystyrene atau Styrofoam) PS adalah bahan ringan yang mudah dibentuk. PS mempunyai pengaruh yang berbahaya kepada alam sekitar dan menjejaskan lebih banyak hidupan marin kerana ia mudah larut dan ditemui di lokasi pantai. Bahan kimia ini telah terbukti memberi kesan kepada kesihatan otak, sistem pembiakan, dan penyakit sistem saraf, antara lain. Plastik PS digunakan secara meluas dalam bekas makanan Styrofoam, bekas makanan pakai buang dan aplikasi lain. Kerana kesan yang mungkin terhasil daripada tindak balas plastik, penggunaan berulang harus dielakkan.
Bentuk plastik pelbagai (Miscellaneous Plastics) termasuk polikarbonat, polilaktida, akrilik, akrilonitril butadiena, stirena, gentian kaca dan nilon. Kebanyakan jenis plastik ini digunakan dalam produk rumah dan peralatan teknologi setiap hari.
Plastik boleh berguna, tetapi penggunaannya yang meluas mesti diselia dan diurus dengan berhemat dan betul. Pengguna harus dimaklumkan tentang plastik dan kegunaannya supaya mereka boleh membuat keputusan termaklum tentang mencari alternatif lain atau mengitar semula plastik untuk mengehadkan penggunaannya. Untuk mengekalkan dan melindungi kelestarian alam sekitar, semua orang harus lebih peka dan mengambil pendekatan termaklum terhadap pengurusan plastik.
Jadi, anda itu adalah jenis-jenis plastik yang anda perlu tahu. Selepas ini, kalau beli plastik, pasti anda akan tahu jenis-jenis nya dengan mudah. Baiklah itu sahaja daripada saya dalam menerangkan tentang plastik-plastik. Terima kasih.
Dulu, musim juga buat kitchen kabinet bajet dari rak buku. Kali ni Mardiana Ariffin kongsikan makeover dapur dengan menggunakan rak buku RM 89.90 lengkap dengan sistem penutup hydraulic.
Ada cara mudah untuk kita menanam pokok daun sup. Sebenarnya pokok daun sup boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang dan akar daun sup. Tidak perlu beli benih pokok daun sup.
Daun sup kalau tiada dalam masakan sup, memang tiada ‘serinya.’ Pendek kata, daun sup menjadi ramuan utama yang wajib ada kalau anda memasak sup. Selalunya kita tidak perlu banyak pun, jadi lebih ‘molek’ kalau kita tanam sendiri.
Berikut langkah demi langkah menanam pokok daun sup menggunakan keratan batang dan akar daun sup:
1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.
2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.
3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.
5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.
6. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.
7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.
8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
Mungkin masih ada di kalangan kita yang masih belum dapat membezakan antara daun sup dan juga daun ketumbar. Jika dilihat sekali imbas, daun sup dan daun ketumbar seakan-akan sama bentuknya.
Perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar:
1. Bau
Bau daun sup lebih wangi dan menyegarkan berbanding daun ketumbar yang lebih kuat dan menusuk hidung.
2. Warna daun
Daun sup dan daun ketumbar kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau. Inilah yang membuatkan ramai keliru sehingga tersalah membeli. Bagaimanapun jika anda melihat secara teliti, daun sup warna hijaunya lebih pekat berbanding warna hijau pada daun ketumbar.
3. Rasa
Rasa daun sup lebih enak dan menyegarkan apabila dikunyah. Berbeza dengan daun ketumbar, rasanya lebih menyengat dan melekat pada lidah apabila dikunyah.
4. Kegunaan
Daun sup lebih banyak kegunaannya berbanding daun ketumbar. Mungkin kerana rasa dan bau daunnya yang kurang digemari ramai. Daun ketumbar biasanya banyak digunakan dalam menu tom yam.
Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, mesti pernah berdepan dengan situasi secara tiba-tiba muncul sebuah lori yang singgah ke rumah anda bagi mahu menawarkan khidmat turapan untuk di laman rumah anda sebelum ini. Betul tak?
Untuk pengetahuan anda, meski harga turapan telah ditawarkan dengan harga yang murah anda dinasihatkan untuk tidak sesekali menerima tawaran tersebut.
Foto sumber: Cigaretto Enterprise
Menerusi satu perkongsian pemilik akaun Malaysian Modders di laman media sosial Facebook telah memberitahu serta mendedahkan perkara sebenar berhubung hal tersebut.
Jelasnya, ada beberapa perkara mustahak yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan untuk menerima khidmat tersebut.
“Bila depan rumah korang tiada turap.Akan datang sebuah lori, offer harga untuk turap tanah berpasir depan rumah korang.
“Seeloknya tolak, jangan terima.Turapan yg dia bawa tu adalah bitumen lebihan dari projek turapan jalan besar.Senang cerita “job duit tepi”.
“Turapan yang mereka offer itu adalah hot mix.Perlu berada dalam suhu yang tinggi untuk campuran dia mengeras. Kalau suhu dah turun lebih paras minimum, satu lori kena patah balik pergi premix plant mereka.
“Nama pun lebihan, confirm2 turapan yg dia offer tu suhu yang rendah. Korang pun percaya dengan turapan itu bagus. Try tongkat motor dekat turapan tu, confirm berlubang sbb campuran dalam turapan dengan suhu itu ibarat gam, impact sahaja tak cukup. Sebab tu dah impact pun, turapan tak kuat…
“Jadi ini adalah scam yg macam tak scam.Cuma geng ini bergerak dlm kumpulan, biasanya muka berbeza-beza tp ternyata mereka berkumpulan.
“Sorang datang korang reject, minggu depan datang lg dgn muka lain. Harga pun berbeza-beza. Diorang macam dah tahu depan rumah korang takde turap.
“Nk turap, panggil org dtg turap. Bkn mereka yg direct selling dpn rumah..,” tulisnnya.
Sumber: Facebook Malaysian Modders
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...