Pilihan Rona Gelap Jadikan Ruang Tamu Ini Lebih Elegan Dan Eksklusif. Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna ini untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Ads
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
Letak Pembersih Udara Dekat Dalam Bilik Tidur, Baru Efisien. Udara dalam rumah lebih tercemar dari luar? Ya, betul. Impiana pernah kupas isu ini dan ia telah disahkan oleh United States Environmental Protection Agency (EPA). Sebab itu, pembersih udara kini menjadi keperluan terutamanya yang mempunyai bayi, anak kecil, mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma dan alergi. Selain itu juga, jika anda mengalami masalah intibodi yang lemah, alat ini juga menjadi keperluan utama anda
Tapi, dekat mana sepatutnya pembersih udara ni kita letakkan ye? tepi tingkap? ruang tamu? Mesti ramai yang tertanya-tanya. Namun, dari pemerhatian Impiana, ramai memilih untuk meletakan pembersih udara ni di ruang tamu. Betul tak?
Sebenarnya, pembersih udara ni sesuai diletakkan di bilik tidur. Hal ini disebabkan oleh anda bernafas lebih dalam ketika tidur. Tambahan, anda lebih banyak menghabiskan masa di bilik tidur jika dibandingkan dengan ruang-ruang lain.
Posisinya pula, bergantung kepada rekaan. Ada yang perlu diletakkan di tengah-tengah ruang dan ada juga yang direka sesuai untuk diletakkan berhampiran dinding.
Menurut Achoo Allergy, lokasi terbaik untuk pembersih udara di bilik tidur sekurang-kurangnya 1 meter dan paling jauh 3 meter dari kepala. Tambahan, kedudukan yang lebih dekat menjadikan ia juga berfungsi menjadi sebagai kipas atau menyejukan ruang.
Apa jadi kalau ia diletakkan lebih jauh? Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya udara yang disaring secara terus.
Cantik juga penyegar udara dari Clair ni. Siap ada pewangi. harga pun tak mahal sangat. sesuai sangat letak dalam bilik tidur atas side table. Nak beli boleh klik je sini https://invol.co/cl9stj3
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi pencinta kucing atau tidak, pasti pening kepala dengan masalah perlu menghadap bau berak dan kencing kucing yang tengit itu. Walaupun sudah mencuci dengan sabun mahal macam mana pun kesan bau ajaib itu masih kekal. Lagi stress kalau dah bersihkan dengan pelbagai cara tapi masih ada bau.
Ramai yang tahu kalau kucing buat hal di laman, rumput anda pun boleh mati dengan kesan berak dan kencing kucing ni. Tapi mana satu teknik dan cara untuk hilangkan kesan bau ini. Mungkin ramai dah cuba pelbagai cara untuk menghalau kucing berak dari di halaman. Tetapi masih tidak berkesan.
Perkongsian ini mungkin dapat membantu anda di luar sana. IMPIANA kongsikan video Syakirnimida tip nak elakkan kucing buat ‘business’ di laman atau di rumah anda. Bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati. Ada saja di dapur anda, jom cuba mana nak tahu kali ini berkesan.
Bahan-bahan
Air
Sebuk Cili
Cara membuat
Bancuh air dan sebuk cili di dalam bekas spray. Mudah, Murah dan selamat mencuba!
Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Mak-mak, mesti dah mula kumpul-kumpul stok makanan basah dan kering. Tak terkecuali juga, stok bahan asas siap kisar dan kupas seperti bawang, cili dan pelbagai lagi untuk memudahkan kerja.
Tapi, Persiapan mak-mak kurang lengkap kalau tak ada 5 jenis sambal berhantu ni. Kalau ada, memang mudah dan bergaya sakan bulan ramadhan mak-mak. 5 sambal berhantu ni sesuai untuk semua jenis makanan dan masakan. secara tak langsung ia menjadi pembangkit selera walaupun makan nasi putih dengan telur mata kerbau.
5 resepi sambal wajib ada stok ni telah dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di dalam group Masak Apa Hari Ni. Jom kita lihat resepinyaas
Ada lima sambal kesemuanya.
Resepi ada dekat gambar di bawah.
1.Sambal belacan menyengat
2.Sambal kicap mabeless
3.Sambal ayam penyet mengosek
4.Air asam ketagih
5.Sambal jantan power
Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu. Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja.
Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah.
Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata.
Sedar-sedar dah licin tinggal botol je.
Kan?
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.