Daging, tak kira lah jenis panas mahupun sejuk beku, memang makan masa untuk empuk. Selain teknik pemotongan yang memainkan peranan penting dalam penyediaan daging, Teknik memasak juga turut memberi kesan. Namun, mesti ramai yang tak tahu teknik masakan daging supaya cepat empuk yang digunakan oleh Norsazenny Ariffin. Teknik ini telah menerima lebih 14k perkongsian
Ads
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan-bahan lain ). Masa air tengah mengelegak kuat tu masukan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru-baru ini, satu pemiilik akaun media sosial Twitter, SkyscrapersMY telah berkongsi dengan memuat naik beberapa keping foto perkembangan pembinaan menara ikonik negara, Merdeka 118 yang kini telah hampir siap sepenuhnya.
Difahamkan, projek pembinaan yang dianggarkan menelan kos pembinaaan sebanyak RM5 bilion itu telah mula dibina sekitar sembilan tahun yang lalu, pada 2014.
Menerusi entri yang sama, turut dimaklumkan projek Plaza Rakyat yang berdekatan sekitar kawasan menara ikonik negara berkenaan itu dilihat masih terbengkalai sejak tahun 1997 sehingga kini.
Sebelum ini, perancangan projek Plaza Rakyat ini telah mula dibuat sekitar tahun 1990 dan mula dibina pada 1992.
Bagaimanapun, projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2007 ini terbengkalai akibat kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997.
“Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
“Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997,” tulisnya.
Foto perkembangan projek Merdeka 118 sepanjang lima tahun (2017-2022).
Sementara itu, projek Plaza Rakyat yang berdekatan masih terbengkalai sejak 1997.
Memiliki struktur menara setinggi 678.9m dengan jumlah 118 tingkat, Merdeka 118 sekali gus bakal mencatatkan sejarah sebagai bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia.
Bukan itu sahaja, menara ini memiliki reka bentuk simbolik yang mencerminkan imej Perdana Menteri Malaysia Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sewaktu beliau melaungkan ‘Merdeka’ kira-kira 65 tahun yang lalu.
Foto/Sumber: Lok Eng Hong & Skyscrapers MY Twitter
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Seperti yang dinanti-nantikan ramai, fasa kedua pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya akhirnya bakal dibuka secara rasmi bermula 25 Ogos ini.
Bermula Khamis ini, pusat membeli berkenaan bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai setelah ia siap dibina sekitar pertengahan bulan Ogos.
Dengan pembukaan fasa kedua ini akan menempatkan kedudukan IOI City Mall, Putrajaya sebagai pusat membeli-belah yang terbesar Malaysia yang sebelum ini disandang oleh pusat membeli-belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama.
Jadi, sudah pasti ada di kalangan anda yang tidak sabar untuk menantikan pembukaan rasmi fasa kedua pusat membeli-belah IOI City Mall ini bukan?
Mesti ada juga di kalangan anda ingin mengetahui apa yang menarik dan ada di dalam pusat membeli-belah ini, betul tak? Sama-sama kita nantikan pada Khamis ini dan diharapkan tidak ada yang akan tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Maklumlah, kadang-kadang ada juga yang dikalangan anda yang tersesat ketika mengunjungi pusat membeli-belah 1 Utama oleh dek kerana saiz keluasannya yang terlampau besar, betul tak? Jadi tidak mustahil jika anda juga berkemungkinan boleh tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Sumber: Facebook Rizal Hakim, Punyer
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jangan ada yang tidak tahu atau berasa terkejut dengan khabar berita ini kerana ia sememangnya benar bekas ais kiub keluaran jenama antarabangsa, Nespresso ini dijual dengan harga RM99.00 kepada orang ramai bagi pembelian secara dalam talian di laman sesawang rasmi jenama tersebut.
Mungkin ada segelintir anda yang berpendapat serta merasakan harga kelengkapan aksesori jenama pengeluar minuman kopi terkemuka itu dijual dengan harga yang terlampau mahal dan tidak masuk akal kepada pembeli.
Namun, anda sebagai pembeli seharusnya mengetahui bahawa Nespresso ini merupakan sebuah jenama pengeluar minuman kopi yang terkenal di seluruh dunia lebih daripada 30 tahun.
Maka, tidak mustahil harga produk serta kelengkapan aksesori yang dijual agak sedikit mahal berbanding dengan jenama lain di pasaran luar. Ini kerana dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Nespresso telah meletakan ia sebagai sebuah jenama yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Bercakap tentang bekas ais kiub jenama Nespresso ini ia telah direka khas sebagai pelengkap aksesori produk keluarannya dan lapisan permukaannya diperbuat daripada bahan getah silikon yang berkualiti tinggi.
Selain itu, reka bentuknya telah direka sempurna dengan saiz kapasti seberat 30gram untuk seketul ais kiub sama sekali tidak mengubah aroma serta rasa keaslian pada minuman kopi anda.
Jadi, kelengkapan aksesori ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang lebih mengemari untuk menikmati secawan kopi yang sejuk dan dingin!
Apa-apa pun, kuasa untuk membeli terletak di tangan anda, maka jadilah pengguna yang bijak. Anda sebagai pembeli juga harus tahu untuk membezakan antara keperluan dan kehendak ketika berbelanja.
Tetapi tidak ada salahnya sekiranya anda berkemampuan dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli sebuah produk atau barang berjenama serta berkualiti tinggi. Bak kata pepatah, ‘ukur baju di badan sendiri’ atau pepatah lain yang sering kita dengar iaitu ‘tepuk dada, tanya selera anda’.
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.