Bagai ada yang tidak kena, di celah-celah tata hias sofa indah di segenap ruang, munculnya sebuah peti usang dijadikan meja kopi utama? Kegilaan apakah ini? Adakah selari estetika perabot yang ada dengan sebuah peti usang ini? Apakah relevannya ia di tempatkan di situ?
Ads
Sebenarnya idea menempatkan beg atau bagasi besar, peti lama dan sebagainya merupakan salah satu idea kreatif dalam menghidupkan suasana shabby chic, yang menggunakan apa yang ada di dalam sebuah kediaman dan diganti fungsinya. Selalunya ia dicat kembali bagi memberikan satu kelainan dan ada juga yang dibiarkan bebas tampil lusuh penuh tanda tanya juga cerita.
Ads
Ads
Mungkin bagi kita ia nampak ganjil tetapi ia sebenarnya merupakan idea yang menarik malah unik. Ruang nampak tersendiri dan hadirnya objek misteri tersebut boleh juuga memancing pandangan serta menjadikan ruang penstoran jika masih boleh digunakan. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan panik! Yang digantung adalah lampu ruang. Dahulu lampu seumpama ini dilihat tiada apa yang istimewa. Cukup sekadar lampu gantung yang memberi cahaya kepada ruang. Malah adakala terendak pun tiada cukup sekadar mentol. Manakala bagi yang mempunyai cita rasa barat(pada ketika itu), pasti mempunyai inisiatif mencari bekas hiasan atau terendak lampu untuk ruang kediaman. Itu pun tidak ramai yang mempunyai kesedaran seumpama ini. Lampu hanyalah lampu. Itu sahaja….
Namun kini ramai di kalangan kita sedar, pencahayaan itu penting. Bekas dan persembahan lampu juga penting dan ada di antara lampu ini berinspirasikan rekaan lampu-lampu lama di masa lalu. Malah kehadiran lampu gantung di ruang kediaman bukan sahaja atas dasar menerangi ruang dengan lebih fokus, juga membentangkan keselesaan untuk mata dan memberi suasana santai serta elegan.
Pereka melihatnya sebagai satu ruang yang boleh diperbaiki juga diperkembangkan. Daripada rekaan ringkas, seperti terendak menjadi pelbagai bentuk dan tekstur. Malah pereka mengambil pelbagai inspirasi dari sekitar alam. menjadikan lampu ini begitu istimewa dan menjadi tumpuan di dalam kediaman. Umpama barang kemas dalam sebuah ruang. Kesan sinar yang dihasilkan juga pelbagai ragam. Pilihlah sebuah atau segugus yang mana kini rekaan lampu gantung begitu berani menampilkan lampun gantung bentuk sekumpulan atau tiga serangkai menjadi keunikan pada rumah anda. Apa yang penting pilihlah rekaan dan warna yang sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman. SIMPLE-SIMPLE JE DI IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan sekadar tempat belayar rasa sepi…kerusi goyang selalunya sinonim dengan warga emas, menghabiskan masa di anjung sambil menghirup udara petang. Adakah ia sekadar warga emas? Adakah ia sekadar untuk membuang masa? Atau adakah ia direka sekadar membuai kita untuk tidur? Tapikan apa yang menarik, kini macam-macam bentuk kerusi goyang boleh kita jumpai di kedai atau on line. Pilihan daripada rotan ke plastik, ke besi ke sofa sekali pun…
Kita acap kali melihat, kerusi goyang menjadi pilihan mereka yang kepanasan tidak boleh tidur dan sebagainya. Bagi anak-anak pula ia merupakan alternatif untuk bermain buaian. Asal tak tersepit kaki sudah. Namun jika dilihat budaya kerusi goyang ini berada di mana-mana. Jangan kata Asia, malah di negara maju seperti Eropah juga masih membudayakan kerusi seumpama ini sebagai alternatif. Ada yang menyatakan ia seumpama terapi diri. Melayan resah atau mendodoikan diri.
Kini apa yang dilihat, konsep Scandinavian masih kekal menghasilkan kerusi goyag ini untuk dewasa dan kanak-kanak. Malah apa yang lebih menarik, ia tidak meminggirkan kerusi goyang pada satu sudut. Misalnya hanya di bahagian anjung kediaman, di sudut terbiar, di pinggir kamar atau dek taman. Sebaliknya ia menyesuai pada kerusi ini di ruang tamu sebagai pemanis pandang dan keunikan kepelbagaian bentuk kerusi dalam sebuah ruang. Jadi apa maknanya?
Maknanya dalam sebuah kelompok jika berkumpul di ruang tamu atau keluarga, biar apa pun aktivitinya, mereka tidak meminggirkan kelompok pengguna sinonim kerusi goyang tersebut. Siapa? Sudah pasti warga emas! Kerusi yang selalu menjadi pilihan mereka, jika selalu kita pinggirkan kini kita satukan dengan yang lain. Mereka punya tempat isitmewa dalam kediaman kita. Bukan sekadar duduk bersahaja, tetapi pandangan, keputusan dan perbincangan bersama mereka sangat kita hargai. Tata hias sebenarnya bukan sekadar jamuan pandang, tetapi mampu mendidik kita malah generasi akan datang. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kamar mandi, apakah yang hebat tentangnya? Jika dahulu kita berebut-rebut mandi di telaga. Kemudian mahu ke tandas lewat malam pun seram dibuatnya kerana ‘jamban’ jauh nun di belakang rumah.
Kini segalanya di dalam rumah sendiri dan pelbagai kemudahan boleh kita nikmati. Namun adakah kamar mandi tinggal menjadi kamar mandi?
Apa yang menyedihkan ramai di kalangan kita tidak ambil berat akan kebersihan kamar mandi apatah lagi tata hias yang kreatif. Kini kamar mandi bukan lagi seperti dahulu. Gaya mandi bukan seperti dahulu dengan gayung bagai. Cukup sekadar pancuran. Malah teknologi menawarkan pancuran ala air hujan, titisan airnya juga mempunyai pelbagai ragam sehingga mampu mengurut badan kita yang lesu, hanya menggunakan air.
Begitu juga rekaan mangkuk tandas yang pelbagai. Rekaan kamar mandi juga lebih kreatif. Pengguna kini sudah bijak menyesuaikan diri dengan disiplin kamar mandi. Malah ruang yang kecil itu dapat di bahagikan dengan bijak. Pereka mampu mengubah tata hias ruang ini daripada imej alam semula jadi, ke vintaj, ke ala spa dan moden.
Pelbagai kemasan dinding boleh anda pilih sebagai satu imej unik pada kediaman anda. Malah inilah juga terapi anda selepas pulang dari kerja. Malah kini tema ala kediaman Baba dan Nyonya atau penggunaan jubin tradisi Belanda, sememangnya menjadi aliran unik lagi menarik. Gabungkan dengan jubin berkilau moden, sememangnya satu padanan kreatif.
Suasana yang memberi anda inspirasi dan sesuai untuk gaya hidup anda. Tidak kira anda jenis tidak punya masa untuk bersiram lama, atau anda jenis suka berendam lama atau lebih gemar bersolek di dalam kamar mandi sahaja dan sebagainya. Lain orang lain tabiaatnya di kamar mandi. Begitu juga pemilihan warna dan corak pada jubin. Jangan sesekali abaikan permukaan jubin yang perlu kesat terutama jika anda menjaga warga emas.Tidak salah juga anda menambah pemegang untuk tujuan keselamatan.
Paling menarik adalah kini kita sendiri tidak terlalu terikat pada taboo. Jendela kamar mandi yang agar luas dengan kaca kabut memberi ruang kamar lebih terang dan jubinnya juga lekas kering. Kini terdapat juga pelbagai perabot yang direka untuk penstoran kompak di ruang ini. Ia bukan sahaja cantik dan kreatif malah tersusun serta menarik.
Punya anak kecil, atau anda suka berangan di ruang tamu, jangan segan silu tempatkan ornamen kecil yang comel di kamar mandi anda termasuk pokok-pokok renek menghijau agar tampil berbeza. Malah kelainan ruang mandi dari aktiviti lain juga memberikan kita ruang lebih bersih, kering dan kemas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!