Kamar mandi, apakah yang hebat tentangnya? Jika dahulu kita berebut-rebut mandi di telaga. Kemudian mahu ke tandas lewat malam pun seram dibuatnya kerana jamban jauh nun di belakang rumah. Kini segalanya di dalam rumah sendiri dan pelbagai kemudahan boleh kita nikmati. Namun adakah kamar mandi tinggal menjadi kamar mandi?


Apa yang menyedihkan ramai di kalangan kita tidak ambil berat akan kebersihan kamar mandi apatah lagi tata hias yang kreatif. Kini kamar mandi bukan lagi seperti dahulu. Gaya mandi bukan seperti dahulu dengan gayung bagai. Cukup sekadar pancuran. Malah teknologi menawarkan pancuran ala air hujan, titisan airnya juga mempunyai pelbagai ragam sehingga mampu mengurut badan kita yang lesu, hanya menggunakan air.
Begitu juga rekaan mangkuk tandas yang pelbagai .  Rekaan kamar mandi juga lebih kreatif. Pengguna kini sudah bijak menyesuaikan diri dengan disiplin kamar mandi. Malah ruang yang kecil itu dapat di bahagikan dengan bijak. Pereka mampu mengubah tata hias ruang ini daripada imej alam semula jadi, ke vintaj, ke ala spa dan moden.

IKLAN


Pelbagai kemasan dinding boleh anda pilih sebagai satu imej unik pada kediaman anda. Malah inilah juga terapi anda selepas pulang dari kerja. Malah kini tema ala kediaman Baba dan Nyonya atau penggunaan jubin tradisi Belanda, sememangnya menjadi aliran unik lagi menarik. Gabungkan dengan jubin berkilau moden, sememangnya satu padanan kreatif.
Suasana yang memberi anda inspirasi dan sesuai untuk gaya hidup anda. Tidak kira anda jenis tidak punya masa untuk bersiram lama, atau anda jenis suka berendam lama atau lebih gemar bersolek di dalam kamar mandi sahaja dan sebagainya. Lain orang lain tabiaatnya di kamar mandi. Begitu juga pemilihan warna dan corak pada jubin. Jangan sesekali abaikan permukaan jubin yang perlu kesat terutama jika anda menjaga warga emas.Tidak salah juga anda menambah pemegang untuk tujuan keselamatan.

IKLAN


Paling menarik adalah kini kita sendiri tidak terlalu terikat pada taboo. Jendela kamar mandi yang agar luas dengan kaca kabut memberi ruang kamar lebih terang dan jubinnya juga lekas kering. Kini terdapat juga pelbagai perabot yang direka untuk penstoran kompak di ruang ini. Ia bukan sahaja cantik dan kreatif malah tersusun serta menarik. Punya anak kecil, atau anda suka berangan di ruang tamu, jangan segan silu tempatkan ornamen kecil yang comel di kamar mandi anda termasuk pokok-pokok renek menghijau agar tampil berbeza. Malah kelainan ruang mandi dari aktiviti lain juga memberikan kita ruang lebih bersih, kering dan kemas. Simple-simple je di IMPIANA.

IKLAN