Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika anda menggunakan dengan penuh cermat dan berhemah.
Meski ia masih berfungsi dengan baik sehingga kini, namun jika sudah lama digunakan sudah pasti peti sejuk anda berada keadaan yang kurang menarik atau erti kata lain tidak lagi menawan seperti baharu.
Bukan itu sahaja, mungkin juga peti sejuk yang sedia ada di kediaman anda tidak lagi cantik seperti baharu oleh kerana warna luar permukaan badan peti sejuk anda sudah pudar. Jangan bimbang, kini ada cara mudah untuk mengembalikan peti sejuk lama anda jadi seperti baru.
Buat anda yang ingin tahu bagaimana caranya, oleh itu IMPIANA kongsikan cara dan kaedah untuk mengubahsuai peti sejuk lama anda dengan hanya menggunakan pelekat ‘Glossy’ sahaja. Mari kita lihat cara-caranya menerusi perkongsian Nur Aqeesha di laman media sosial Facebook.
Ads
Jika anda mahu mendapatkan pelekat ‘Glossy’ ini, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tip penting sebelum beli peti sejuk baharu untuk kediaman. Jika anda sedang merancang untuk membeli peti sejuk baharu, sama ada untuk menggantikan yang lama atau buat pertama kali, mungkin anda rasa sedikit buntu untuk memulakannya.
Ini bukan seperti membeli pakaian yang boleh ditukar saiz jika tersilap pilih. Peti sejuk adalah pelaburan jangka panjang, dan kesilapan boleh menyebabkan kerugian ruang dan wang.
Jadi, berikut beberapa panduan praktikal untuk membantu anda membuat keputusan bijak.
Semoga proses membeli lebih mudah dan menyeronokkan!
Di kebanyakan rumah, kita sering lihat peti sejuk berdiri bebas digunakan. Namun, terdapat satu lagi pilihan iaitu peti sejuk jenis built-in yang direka khas mengikut saiz dan reka bentuk dapur anda.
Peti sejuk berdiri lebih mudah dipasang kerana hanya memerlukan ruang kosong dan sambungan elektrik. Sebaliknya, peti sejuk built-in dipasang terus ke dalam kabinet dapur dan menyatu dengan susun atur keseluruhan dapur. Ia boleh direka dengan kapasiti yang besar, bergantung pada keperluan anda.
Peti sejuk hadir dalam pelbagai bentuk dan konfigurasi. Anda boleh memilih jenis menegak dengan bahagian beku di atas atau di bawah, atau jenis melintang seperti model ‘side-by-side’. Pilihan ini bergantung kepada gaya hidup dan bagaimana anda biasanya menggunakan dapur. Pastikan reka bentuk peti sejuk tidak mengganggu aliran kerja di dapur anda.
Luangkan masa untuk meneliti ciri-ciri peti sejuk yang sedang anda guna. Apa yang anda suka? Apa yang anda rasa kurang praktikal? Senaraikan perkara penting dan keutamaan anda. Jangan mudah terpengaruh dengan fungsi tambahan yang jarang digunakan pastikan setiap ciri benar-benar memberi manfaat kepada rutin harian anda.
Walaupun sesetengah rumah sudah ada ruang khusus untuk peti sejuk, anda tetap perlu ambil ukuran secara teliti. Ingat, peti sejuk perlukan ruang di bahagian belakang dan sisi untuk pengudaraan. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda tahu dimensi ruang tersedia dan bandingkan dengan saiz peti sejuk yang ingin dibeli. Biarkan ada ruang lebihan sebagai langkah berjaga-jaga.
Teknologi hari ini banyak menghasilkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga. Peti sejuk yang efisien bukan sahaja mengurangkan bil elektrik, malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Pilihlah model yang mendapat penarafan tenaga yang baik serta menggunakan teknologi mesra alam.
Membeli peti sejuk bukan keputusan yang boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dengan mempertimbangkan lima aspek iaitu jenis, orientasi, ciri kegunaan, saiz ruang dan kecekapan tenaga. Anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak menyesal di kemudian hari. Selamat membeli dan mendekorasi dapur anda!
Kurangkan suhu panas dalam rumah, tak perlu bergantung dengan penghawa dingin 24 jam. Cuaca panas yang melanda kebelakangan ini memang mencabar, terutamanya bagi mereka yang tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada penghawa dingin yang menggunakan banyak tenaga dan meningkatkan bil elektrik.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat cara-cara mudah dan murah untuk menyejukkan rumah tanpa perlu memasang alat tambahan. Dengan sedikit kreativiti dan pemahaman tentang aliran haba, kita boleh mengurangkan suhu dalaman rumah dengan berkesan.
Strategi-strategi ini memanfaatkan teknik semula jadi dan sedikit pengubahsuaian rutin harian untuk memastikan suasana rumah kekal selesa. Daripada menggantung tuala basah di tingkap yang terdedah kepada cahaya matahari, sehinggalah kepada menukar jenis lampu, semuanya boleh dilakukan tanpa mengeluarkan kos tinggi. Ia bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah menyumbang kepada gaya hidup yang lebih mesra alam.
Ini membantu penyejatan berlaku dan menyejukkan udara yang masuk ke dalam rumah, seolah-olah ‘air cooler’ semula jadi.
Jubin menyimpan haba dari siang hari. Melapnya dengan air sejuk menurunkan suhu ruang dengan cepat.
Ini menghalang cahaya matahari dan haba masuk secara terus, terutamanya untuk rumah yang menghadap matahari petang.
Teknik ini menolak keluar udara panas dari dalam rumah, jauh lebih berkesan daripada hanya halakan kipas ke arah badan.
Lampu LED bukan saja jimat tenaga tetapi juga tidak menghasilkan haba sebanyak lampu pijar.
Elakkan guna microwave, seterika, atau dapur serentak, terutamanya waktu malam. Ini menambah suhu bilik tanpa disedari.
Kesimpulannya mengurus suhu dalam rumah tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar atau pemasangan sistem pendingin. Dengan sedikit usaha dan pemahaman terhadap sumber haba, rumah boleh dikekalkan sejuk dan selesa.
Cubalah tip-tip mudah ini dan rasai sendiri perbezaannya. Bukan sahaja lebih jimat, malah lebih lestari untuk jangka masa panjang.
Mak Masuk Hospital Baru Anak-Anak Dapat Buang Barang Dalam Rumah! Perkataan “hoarder” merujuk kepada orang yang suka menyimpan terlalu banyak barang hingga rumah atau ruang mereka jadi penuh dan berselerak.
Dalam konteks psikologi, hoarder ialah seseorang yang mengalami kesukaran untuk membuang barang-barang, walaupun benda tu dah tak berguna atau rosak sebab mereka rasa sayang, takut benda tu berguna nanti, atau ada nilai sentimental.
Hoarding juga boleh menjadi penghalang utama untuk ruang nampak kemas, lapang dan tenang. Sebab tu, konsep minimalis dan decluttering (mengurangkan barang) sangat digalakkan untuk gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Sebagai anak, memang serba salah dibuatnya apabila ingin membuang barang-barang milik mak ayah yang dah tak berguna, rosak namun tetap menjadi kesayangan mereka. Boleh buat mereka merajuk dan kecil hati, sampai boleh ‘bergaduh’.
Sebenarnya, sebagai anak memang kena ‘bantu’ mereka. Kena cari waktu yang sesuai untuk bertindak membuang barang-barang ini, sekaligus dapat membuatkan rumah jadi lebih kemas dan teratur.
Mak masuk hospital baru anak-anak dapat buang barang dalam rumah.Kisah benar bila rumah penuh barang, hati pun boleh sesak. Kadang kena tunggu waktu yang ‘tepat’ untuk bertindak. Semoga kisah ini beri inspirasi dan kekuatan buat yang sedang hadapi situasi yang sama.
Bila rumah dah mula rasa sempit, barang pula bertimbun-timbun… itu petanda anda mungkin ‘hoarder’ tanpa sedar. Tapi jangan risau, dengan langkah yang betul, ruang rumah boleh kembali kemas, lapang dan menenangkan. Jom tengok 7 cara paling mudah dan berkesan untuk atasi tabiat simpan barang melampau ni!
Tak perlu stress nak kosongkan satu rumah terus. Mulakan dengan pilih satu ruang dahulu. Sebagai contoh satu laci, satu rak buku, atau satu beg lama. Bila nampak perubahan hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk teruskan.
Setiap kali pegang satu barang, tanya diri:
Masih guna tak? Ada nilai sentimental ke? Penting ke? Kalau tak pakai setahun, masih nak simpan?
Kalau jawapan “tak pasti” atau ragu-ragu, letak dalam kotak “tunggu & lihat”, lekat tarikh. Kalau dalam masa 3-6 bulan tak terusik, masa untuk lepaskan! Mungkin masa untuk letak dalam kotak derma.
Upgrade penyimpanan, tak perlu banyak, asalkan penstoran bijak.
Gunakan:
Bukan sekadar simpan tapi jimat ruang, kemas, lebih teratur, praktikal dan mudah akses.
Buat 15 minit setiap minggu untuk tengok balik barang-barang lama. Boleh jadi waktu bonding dengan anak-anak atau sambil dengar lagu kegemaran.
Kadang-kadang kita simpan sebab kenangan. Tapi zaman sekarang, ambil gambar pun cukup! Simpan memori, bukan barang. Ingat: ruang lapang = ketenangan. Bukan semua barang perlu disimpan untuk kenangan.
Ayat paling bahaya: “Tak guna sekarang, tapi mana tahu satu hari nanti…” – kalau tak guna dalam 6 bulan ke setahun, mungkin tak perlu pun sebenarnya.
Ajak pasangan atau anak-anak bantu. Boleh jadikan aktiviti hujung minggu dan anak-anak pun belajar nilai susun atur dan kemas rumah sejak kecil.
Akhir kata, rumah yang tenang bermula dari ruang yang teratur. Tak perlu tunggu rumah besar atau baru, cukup dengan gaya hidup minimalis yang bijak. Selamat mencuba dan semoga rumah anda kembali ‘bernafas’!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dijadikan panduan dan pengajaran untuk atasi ‘hoarders’. Yang penting kena ‘bantu’ mereka untuk buang/ lepaskan barang-barang yang dah tak berguna atau rosak ini tanpa rasa bersalah.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.