Kalau anda betul-betul nak beli perabot yang menjadi idaman hati, terdapat beberapa langkah yang boleh diperhatikan dahulu. Ia merupakan satu langkah mudah agar anda tidak sesal setelah perabot tersebut dibawa masuk ke dalam kediaman anda. Selalunya perabot yang dipamerkan di kedai sudah disusun cantik dan sepadan dengan aksesori yang lain.
Ia bukan sahaja menyerlah rekaan perabot tersebut malah nampak cukup menarik. Ditambah pula dengan pencahayaan yang menawan, ruang dilihat begitu elegan dan mampu membeli hati kita dengan sekelip mata. Namun usah lupa diri jika berkenan sesuatu. Kaji dan lihat beberapa aspek yang serasi dengan gaya hidup atau kediaman kita.
1. Bertepatan dengan konsep
Pastikan perabot yang anda beli menepati konsep asal kediaman. Jika tidak ingin kediaman anda jadi rojak, tetapkan konsep reka bentuk perabot yang dicari dari awal. Perincianya juga perlu diperhatikan kerana ia juga mampu memberi impak kepada keseluruhan dekorasi kediaman anda.
2. Saiz perabot
Adakah saiznya serasi dengan ruang yang telah ditetapkan? Maklumlah adakala kita mempunyai keinginan yang menggunung tinggi tetapi ruang yang amat terhad sekali. Bukan sekadar ruangnya sempit tetapi perabot sedia ada juga tidak mengizinkan kita menambah kuantiti perabot yang ada. Jangan risau perabot kecil juga ada keselesaannya.
3. Lukis Plan
Jika tidak mampu berimaginasi, lukis pelan lantai kediaman anda dan perabot sedia ada. Atau ambil sahaja sekeping foto dan anda boleh rujuk pada gambar tersebut apakah jenis, rekaan, saiz perabot yang bersesuaian di ruang tersebut.
Ads
4. Padanan warna
Koordinasi warna! Jangan mudah lupa apakah kelompok warna perabot anda atau konsep keseluruhan kediaman. Adakah anda jenis yang suka menukar warna dinding saban tahun atau seorang yang lebih senang bermain dengan warna selamat? Inilah antara penyebab utama perabot yang dibawa balik gagal menyerlah bahkan menjadikan suasana kediaman bertambah serabut.
5. Kenal pasti materialnya
Jika anda seorang yang cermat dan tinggal pula di kawasan tidak berhabuk, anda boleh memilih apa sahaja material yang hebat. Tetapi jika anda menetap di kawasan yang berhabuk atau mempunyai anak yang sedang aktif membesar, material mudah dibersihkan seperti kulit atau pvc lebih sesuai. Anda sudah pasti tidak mempunyai masa untuk menyedut segala habuk dan kekotoran bukan?
Ads
6. Struktur perabot Jangan lihat pada cantiknya rekaan sesuatu perabot sahaja. Ada perabot yang dibuat untuk kadar ekonomi. Cantik, tapi menggunakan stuktur atau kerangka yang diperbuat daripada papan lapis atau hampas kayu yang dimampat sahaja. Sedangkan struktur yang dibina tidak tahan keapda tenan atau beban tinggi. Jadi, tak kira sma ada anda beli perabot ekoni atau mewah, ia bukan jaminan keapda keupayaan struktur perabot tersebut. Jadi pastikan anda memilih perabot yang benar-benar tahan.
Benar adakala harganya agak mahal kerana bertepatan dengabn material yang diganakan. Jadi terserah pada anda memilih ketahanan atau mahu yang murah dan asal ada sahaja di rumah. Jangan pula anda main beli ikutkan hati. Kelak menyesal mengigit jari. Ini juga antara faktor kegagalan tata hias kita kerana tidak sebagaimana yang dirancang.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penah tak anda jatuhkan gula-gula getah pada permaidani? Atau benda lain seperti tanah liat atau ‘slime’ yang mampu melekat pada permaidani. Bukan mudah untuk tanggalkan ia daripada permukaan permaidani kerana sifatnya yang melekat.
Tapi tak mengapa, di sini IMPIANA tampilkan 3 cara mudah untuk menanggalkan sisa melekat ini dari permaidani semudah ABC.
Caranya:
Gunakan ais. Letakkan ais pada sisa tersebut kemudian biarkan beberapa minit, sisa melekat tersebut akan dapat ditanggalkan dengan mudah.
Gunakan spray WD-40, hanya semburkan pada permukaan sisa melekat, ia akan tanggal dengan mudah sekali.
Anda juga boleh menggunakan penanggal warna kuku. Sama caranya, anda hanya perlu sapukan pada permukaan sisa melekat. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buat pembeli rumah untuk pertama kali kadang-kadang anda tidak arif apa tindakan yang perlu anda lakukan setelah pemaju menyerahkan kunci rumah (vacant possession). Pakar hartanah sekunder terkenal, iaitu Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi 15 panduan yang wajib anda buat sebelum berpindah masuk atau melakukan ubah suai rumah.
Jangan terus teruja dapat kunci tapi buat dulu inspection secara terperinci. Sebaiknya setelah mendapat rumah baru anda jangan mengubah suai rumah tersebut dalam tempoh 18-24 bulan kerana pemaju yang akan menanggung kecacatan rumah tersebut.
SENARAI SEMAK KEADAAN RUMAH BARU
1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.
2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.
3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.
4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.
5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.
6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.
7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.
8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.
9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!
10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.
11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.
12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.
13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.
14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.
15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!
Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama.
Sumber perkongsian : Facebook Dr. Azizul Azli Ahmad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila sudah lama digunakan, pasti penghawa dingin di rumah anda sudah tidak lagi mampu mengeluarkan udara angin yang betul-betul sejuk meski kadar tahap suhu telah diturunkan.
Masalah seperti ini kebarangkalian boleh berlaku oleh kerana anda tidak pernah membersihkan penapis penghawa dingin di rumah anda sebelum ini. Maka oleh itu anda disarankan untuk membersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap agar ia boleh berfungsi dengan baik.
Sudah ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk membersihkan penapis penghawa dingin di rumah anda antaranya menggunakan khidmat servis mencuci oleh tukang pencuci penghawa dingin.
Namun begitu, dengan cara ini anda akan terpaksa berbelanja besar untuk membayar upah perkhidmatan servis tersebut. Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membersihkan penghawa dingin di rumah anda.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan cara ini sendiri di rumah tanpa menggunakan khidmat bantuan pakar langsung. Selain itu juga anda boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan melakukan cara kaedah ini. Oleh itu, mari IMPIANA kongsikan cara-caranya bersama anda.
Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan, adalah mendapatkan sebotol pencuci khas penghawa dingin seperti yang tertera pada gambar di bawah. Anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...