Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci . “DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT.” Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Ads
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Ads
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
Ads
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur selepas masak
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Umat Islam menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi penjarakan sosial di dalam melakukan ibadah di masjid. Seperti mana kita tahu bulan ini ramai yang mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah tarawih di masjid gara-gara 2 tahun tidak dapat melakukan ibadah ini beramai-ramai. IMPIANA tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di negeri Perak iaitu Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor dengan kaligrafi 1000 selawat ini.
Lakaran seni khat bait-bait ayat suci al-Quran pelbagai bentuk menggambarkan kehalusan, keindahan ilmu dan khazanah Allah SWT. Ayat suci ini sebagai kalamullah diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW mengandungi mukjizat untuk panduan umat-Nya.
Selain ditulis di dalam kitab atau buku untuk dibaca, ia diperluaskan dalam bentuk kaligrafi pada bangunan, seramik, kaca, ukiran kayu, logam dan lain-lain bahan.
Menariknya, seni khat ini memberi pesona sesebuah bangunan seperti masjid dengan ukiran ayat suci menambah seri hiasan dalamannya sekali gus mengangkat keagungan Islam.
Banyak masjid di seluruh dunia diperindahkan pada dinding, mimbar, mihrab, menara, dewan solat, kubah dan lain-lain sudut dengan hiasan kaligrafi.
Tidak terkecuali masjid di Malaysia. Antaranya, Masjid Al-Badr di Pulau Pangkor, Perak dibina pada 2014, dipenuhi dengan hiasan kaligrafi khat tulisan 1,000 selawat.
Masjid Al-Badr dikenali dengan nama Masjid Seribu Selawat. Segala pembinaan, hiasan dalamannya dan kaligrafi dihasilkan membawa motif yang menjadi simbolik kepada negeri itu.
Penyalinan kaligrafi ayat al-Quran di dinding bangunan adalah sebahagian usaha memastikan kalam-Nya terus dihidupkan dan tidak terhad kepada bahan bercetak sahaja. Usaha itu bertujuan menterjemahkan makna al-Quran melalui binaan yang indah sebagai sebahagian daripada dakwah seni.
Kesenian kaligrafi 1000 selawat seperti inilah perlu kita nikmati selagi berpeluang untuk melihat hasil tangan yang di buat pada setiap penjuru Masjid ini.
Terdapat pelbagai punca dan tanda rumput di laman telah diserang kulat. Antaranya rumput kelihatan keperangan, seakan-akan hampir mati, warna yang tidak sekata dan sebagainya. Apabila ia mula menyerang laman, masalah kulat ini tidak mudah untuk dirawat. Namun dengan amalan penjagaan rumput yang betul, perkara tersebut dapat dielak dan boleh dirawat dengan mudah pada peringkat awal.
PUNCA KULAT MENYERANG
Secara semula jadinya kawasan yang berumput akan menjadi tempat habitat kegemaran beberapa jenis fungus dan spora. Namun, kondisi dan tekanan persekitaran akan menyebabkan fungus dan spora tersebut bertukar menjadi ancaman kepada rumput di laman. Antara punca utama yang boleh mengundang penyakit kulat pada rumput di laman adalah:
Kemarau yang berpanjangan
Pemotongan rumput yang tidak betul. Kebiasaannya rumput yang dipotong terlalu pendek menyebabkannya mudah terdedah kepada penyakit
Tekstur tanah yang terlalu padat
Penyiraman yang berlebihan hingga boleh menyebabkan air bertakung dan lecak
Pembajaan yang berlebihan atau pun penggunaan jenis baja yang salah
Penggunaan rumput yang tidak bersesuaian dengan kondisi persekitaran
JENIS PENYAKIT KULAT YANG MENYERANG RUMPUT Terdapat beberapa jenis kulat yang akan memberi impak buruk terhadap rumput di laman. Ia amat mudah dikenal pasti kerana ia menyerang pada waktu dan jenis rumput yang tertentu. Sebelum rawatan kulat dilakukan, beberapa perkara perlu dikenal pasti antaranya kadar pengamatan cuaca, punca dan jenis kulat yang menyerang. Setiap jenis kulat memerlukan rawatan yang berbeza. Jika jenis kulat dapat dikenal pasti lebih awal, ia akan memudahkan proses rawatan.
Dollar spot
Simptom:
Tampuk-tampuk bulat berukuran 1-5 inci terbentuk secara berselerak di permukaan rumput.
Rumput mula bertukar berwarna keperang-perangan
permukaan yang diserang diliputi seakan-akan sarang labah-labah pada waktu pagi.
Suhu yang menjangkau (60°-80°F)
Kadar kelembapan yang berlebihan
Air bertakung pada permukaan tanah
Tanah yang keras
Pencegahan dan kawalan
Pembajaan yang mencukupi
Jerami atau rumput yang telah mati perlu dibuang segera untuk mengelakkan ia mula mereput dan menjadi habitat yang sesuai untuk kulat hidup
Kompos top dressing dapat membantu mencegah kulat daripada muncul
Penyemburan racun serangga perlu dilakukan secara berkala sebelum sebarang simptom serangan kulat mula berlaku
Fairy ring
Simptom:
Terdapat pembentukan lingkaran rumput berwarna gelap (4 inci sehingga 30 kaki)
Kadangkala cendawan mula tumbuh dalam dan sekitar lingkaran yang wujud
Lingkaran tersebut mula bertukar menjadi warna keperang-perangan dan ada yang sudah mula mati
Ia menunjukkan tanah mengandungi bahan organik tidak terurai yang tinggi
Pencegahan dan kawalan:
Pastikan sebelum rumput ditanam, tanah yang akan digunakan tidak mengandungi sebarang bahan organik mudah terurai seperti tunggul atau dahan kayu yang mudah mereput.
Pembajaan secara berkala
Pastikan tiada permukaan yang mudah menakung air
Apabila fairy ring sudah mula kelihatan, segera lakukan rawatan kulat pada keseluruhan kawasan berumput
Jika cendawan mula tumbuh pada sekitar lingkaran, segera hapuskannya untuk mengelak daripada merebak ke kawasan lain
Brown Patch
Simptom:
Terdapat permukaan rumput yang bertukar menjadi coklat dan akan bertambah besar terutamanya apabila musim hujan
Rumput mulai mati secara perlahan-lahan dan akan mula menjangkiti atau merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dengan segera
Pencegahan dan kawalan
Hentikan penggunaan baja nitrogen ketika ancaman brown patch mula dikesan
Lakukan penyiraman yang mencukupi untuk memastikan lebihan nitrogen yang terkandung pada daun dan tanah dapat diurai
Pastikan rumput yang telah dipotong segera dibuang atau dilupuskan untuk mengelakkan dari kulat tersebut mula merebak ke kawasan yang mengandungi rumput atau bahan organik yang sedang mereput
Gray leaf spot
Simptom:
Terdapat tompokkan bujur atau bulat seakan-akan melecur pada bilah daun rumput
Kesan melecur akan mula membesar dan akan mengakibatkan daun tersebut mati dan merebak ke daun yang berhampiran
Pencegahan dan kawalan
Peringkat pencegahan awal adalah dengan penggunaan baja nitrogen dengan secukupnya.
Gunakan slow release nitrogen untuk tujuan pembajaan seperti milorganite
Penyiraman harus dilakukan pada awal pagi untuk memastikan daun dapat kering sepenuhnya sebelum menjelang malam
Slime mold
Simptom:
Wujudnya longgokan serbuk atau biji bulat yang melekat pada bilah daun
Biji atau serbuk tersebut berwarna putih atau kelabu
Ia menjadikan permukaan rumput kelihatan seperti tompokan hitam
Ia merebak dengan mudah terutamanya pada waktu malam
Pencegahan dan kawalan:
Ia tidak mendatangkan bahaya kepada rumput. Namun jika di biarkan lama-kelamaan rumput yang ditutupi akan mula bertukar warna menjadi kekuningan akibat kurang pengamatan cahaya matahari
Boleh dibuang hanya menggunakan penyapu atau dengan memotong rumput dengan segera
Pythium root rot
Punca dan simptom :
Ia merupakan penyakit akar
Daun mula bertukar kekuningan dan membentuk corak yang tidak menentu di permukaan rumput
Jika diteliti pada bahagian bawah dan akar rumput, ia mula bertukar menjadi warna kelabu
Tempat yang mengalami kadar penerimaan air yang paling banyak atau terdapat pola saliran bawah tanah, mudah dijangkiti wabak ini
Tanah yang sentiasa lembap dan tidak mempunyai sistem saliran yang baik menjadi ancaman utama
Pencegahan dan kawalan:
Untuk mengelak daripada ianya berlaku, sistem saliran terutamanya di bawah tanah perlu diperbaiki segera agar tidak ada situasi air bertakung
Rust
Punca dan simptom:
Wujudnya tompok kecil berwarna kekuningan pada bilah daun dan batang.
Lama kelamaan ia akan bertukar menjadi warna oren dan kemudian merah.
Kebiasaannya ia akan menyerang apabila tibanya musim kemarau
Pencegahan dan kawalan:
Fungus rust yang tidak dirawat segera akan terurai dan merebak ke tempat lain. Biji benih baru antara ancaman utama
Pemotongan rumput perlu dilakukan segera sebelum ia merebak ke tempat lain
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Banyak kali dah IMPIANA pesan, kalau bijak menghias barang yang murah pun nampak cantik. Seperti yang dilakukan Uray Zamhari. Dengan menggunakan cermin dari kedai RM 2.10, pemilik berjaya menghasilkan dinding cermin yang menjadi feature wall di ruang makan untuk menyerlahkan lagi gaya glam moden yang menjadi konsep kediaman miliknya .
Bahan-bahan:
49 keping bingkai cermin Eco RM 2.10/1 unit
3 Extra seal bond RM 7.8/1 unit
4 batang kayu wainscoting 8 kaki RM 15/unit
1.5 liter Cat Dulux warna putih +-RM 25
1 gulung pita pelekat RM 2.10
Berus cat RM 5
Pembaris sesiku “L”
Pensil
Silikon putih untuk kemasan
Jika dinding kediaman anda tidak rata, tampalan wainscoting tidak dapat dilakukan dengan kemas. Selain menggunakan jenis wainscoting kayu, penyelesaian terbaik untuk dinding tak rata ni adalah menggunakan jenis foam atau PVC. Boleh beli online dekat sini https://invol.co/clvavr
Nak hasilkan dinding cermin cantik dengan menggunakan cermin RM 2.10, Ini pesaran En. Uray Zamhari:
1. Pilih saiz cermin yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil
2. Buat lakaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ukuran yang tepat
3. Boleh juga, gantikan cat sapu dengan jenis semburan untuk hasil yang lebih cantik. Namun, kosnya agak tinggi
2. WAJIB pastikan setiap bingkai yang ditampal selari dan selalu ukur dengan menggunakan penimbang air.
4. Untuk impak lebih luas dan cantik, penuhkan satu dinding. Kalau buat sikit atau hanya separuh, macam tak siap dinding tu nanti
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.