Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Kini kita sudah jarang berjumpa kamar yang dihias ala tropika sebagaimana era90an dahulu. Tropikal sebuah konsep santai yang menyenangkan dan mengimbas kita akan pesta percutian yang disambut merata destinasi tropika terutama kawasan persisiran pantai juga pulau. Material yang santai dan tahan lasak seperti rotan antara identiti tropikal yang sangat kuat dalam membentuk pesona alam semula jadi mukim ini.
Namun kini pereka mula bermain dengan elemen warna dan motif dedaunan menghijau. Dau-daun pokok tropika mula menjadi kegilaan ramai dan yang paling menarik padanan hijau putih menjadi kegilaan kini. Adakala motif ini diabadikan hanya pada throw kusyen dan cadar. Bahkan ruang kamar juga direka dengan seni bina terbuka agar membantu kitar semula. Di sini kita perlu mencontohi mereka yang mahu menjadi alam sekitar dan mengurangkan pembuangan tenaga.
Ilham tropika sememangnya segar sepanjang tahun. Anda yang mahukan mood percutian sudah pasti sesuai menggayakan tema ini dengan suasana gembira lagi ceria. Sifat rotan yang tahan lama dan suasana tropika yang nampak popular dalam apa juga musim memberi satu pesona unik buat ruang kamar. Malah melihat ruang kamar yang elegan dengan tema tropika bagaikan bercanda di pasiran pantai. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biar pun dari negeri seberang dan ada juga didatangkan dari Burma, ternyata minat dan cita rasa kita nyaris sama. Ramai di kalangan kita masih meminati gaya nusantara yang megah dengan kerja kayu yang luar biasa indahnya. Sekitar era 90an dahulu ia digilai ramai dan peminatnya juga bukan calang-calang orang. Maklumlah perabotnya juga bukan sebarangan harganya. Jati yang penuh dengan ira cantik, warna perang emas kencana, malah kukuh pula kayunya jika dirawat betul. Tidak mudah dibawa arus masa dan mudah pula di suai padan dengan apa juga konsep biar moden mahu pun klasik. Pesonanya tersendiri dan tidak perlu ditambah segala macam hiasan kerana jati punya aura yang mampu membuat kita menoleh dua kali melihatnya.
RUANG FOYER BOLEH DIHIDUPKAN DENGAN HIASAN CERMIN BESAR DAN DISEMPURNAKAN DENGAN TUMBUHAN-TUMBUHAN SEMULA JADI. DI PASARAN TERDAPAT DUA REKAAN MENARIK YANG BOLEH ANDA PILIH. MODEN DAN MEMPUNYAI PENGARUH INDONESIA. ATAU KONTEMPORARI DAN MEMPUNYAI ELEMEN INDO CHINA.
MENGHIDUPKAN BUDAYA. LEBIH MENARIK JIKA KEMASAN LEMBUT RUANG DARI FABRIK TRADISI SEPERTI BATIK COP, SONGKET , TENUN DAN SEBAGAINYA. KINI PEREKA MEMBERI ELEMEN MODEN BAGI PEMILIK KEDIAMAN MUDA. JADI DILIHAT LEBIH PADU DAN IRANYA JUGA DITAYANG TANPA BERSELINDUNG DI SEBALIK UKIRAN YANG LEBAT.
APA YANG PALING MENARIK ADALAH PERABOT INI TAHAN CUACA. BAWALAH KELUAR DAN KE DALAM KEDIAMAN, JIKA RAJIN MENJAGANYA SUDAH PASTI AKAN TAMPIL CANTIK MALAH TAHAN LAMA DI KEDIAMAN ANDA.
Bagaimana untuk generasi muda menikmati perabot jati? Rasa tidk perlu banyak. Setiap satu di antaranya sudah cukup lantang buat sebuah ruang. Biar sebuah kerusi panjang tiga tempat duduk, atau sepasang sattee polos. Itu sudah memadai. Namun jika mahukan sedikit lagi perisa ala nusantara peti kayu atau hiasan dinding mewah dengan ukiran boleh dimuat sama.Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berpindah ke kediaman bujang baru di kota. Ruang kamarnya sekangkang kera sahaja? Bagaimanalah nak hidup selesa jika itu sahaja ruang yang ada? Bagi yang memiliki kamar sebegini kecil jangan resah dan terus membosankan diri. Kuasa warna ada dan mulakan eksperimen anda sendiri jika mahu. Ruang yang kecil wajar dilihat ceria!
Selalunya warna-warna pastel menjadi pilihan. Ia tidak membosakan dan menjadikan kita sakit mata. Ia juga mudah di suai padan dan nampak menyenangkan. Pertama, cari ruang sesuai untuk katil dan kedua ruang menempatkan almari. Maka yang lain anda boleh bermain dengan ruang atau mencari ceruk mana yang boleh dimanfaatkan bagi menempatkan keperluan yang lain. Tempatkan barangan yang penting sahaja.
Jika anda sendiri di kediaman tersebut tidak mengapa. Tetapi jika anda berkongsi ruang, pastikan anda mendapatkan katil bertingkat atau berpoket bagi keselesaan bersama. Tidak lama dahulu katil tarik iaitu disimpan sebagai panel dinding begitu popular dalam menyelesaikan masalah ruang. Jadi ruang kompak anda boleh bertukar rupa dalam sekelip mata sahaja.Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.