Syarikat penapis air dan udara terkemuka daripada Korea Selatan, Coway Malaysia kini telah melancarkan sebuah model penapis udara terbaharu iaitu Coway Noble secara rasminya pada 1 Sepetember yang lalu.
Didatangkan dengan reka bentuk dan teknologi terkini, Coway Noble membolehkan anda menikmati kehidupan yang lebih sihat serta terlindung daripada sebarang pencemaran udara. Bukan itu sahaja, dengan reka bentuk yang moden dan terkini, boleh mewujudkan suasana mewah hiasan dalaman kediaman anda.
Dilengkapi penapisan 6 langkah dengan ciri pensterilan UVC, teknologi terkini yang canggih ini boleh meningkatkan keberkesanan membasmi bahan pencemar dalaman untuk memastikan udara yang lebih bersih dan segar di ruang dalam. Sama ada di pejabat atau di rumah, anda boleh menghirup udara secara mudah dan yakin dengan penulen udara Noble daripada Coway, yang mampu menyingkirkan bahan pencemar dalaman dengan berkesan.
Didatangkan dengan warna Pebble Gray (kelabu) yang anggun, bergaya dan serba moden, model berprestij pemenang anugerah reka bentuk global ini sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa tersendiri dan mendambakan penulen udara yang mencantikkan lagi rumah mereka.
Antara anugerah antarabangsa yang dimenanginya ialah Good Design Award 2021,iF Design Award 2021, Good Design Korea, Pin Up Design Awards, Hadiah Gangsa di iDEA Awards 2021 dan juga Red Dot Award 2021 dan 2022.
Ads
Penulen udara yang canggih lagi anggun ini juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya yang menjanjikan penulenan 360° secara menyeluruh. Di samping itu, ia juga dilengkap dengan penapis Double HEPA yang terbukti membasmi 99.999% virus memudaratkan, termasuk varian Omicron Covid-19 yang sangat mudah dan pantas merebak di ruang udara.
Memandangkan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia meluangkan 90% daripada masa mereka di dalam rumah, aspek pengaliran udara yang baik perlu dititikberatkan.
Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman ialah 2-5 kali lebih tercemar berbanding udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar utama yang boleh memudaratkan tahap kesihatan tubuh badan manusia.
Ads
Penulen serba canggih ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Dengan reka bentuknya yang menarik, penulen udara seberat 15kg dan berukuran 320 x 320 x 805mm (W x D x H), Coway Noble ini boleh menghiasi mana-mana ruang di dalam kediaman anda tanpa sebarang masalah.
Untuk butiran lanjut, layari www.coway.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang penulen udara Coway Noble.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bila sebut sahaja IKEA, semua akan tersenyum lebar. Ada yang terbayang akan pelbagai jenis perabot yang cantik dan mampu milik dan ada juga yang terbayang akan swedish meatball yang lazat dengan resipi tersendiri. Tapi kali ini IMPIANA nak kongsikan katalog baru IKEA yang pastinya ramai pemilik rumah inginkan risalah yang berwajah baru berserta dengan tip yang cukup memuaskan untuk pemilik rumah diluar sana.
Katalog tahun ini penuh dengan petua dan idea – anggapnya sebagai alat yang hebat untuk apa jua projek kelengkapan rumah, besar atau kecil. Padat dengan penyelesaian yang tidak mahal, produk baharu yang menarik dan kegemaran yang tidak asing lagi, setiap halaman mempunyai inspirasi untuk menjadikan rumah lebih selesa, lebih pintar, lebih lestari dan lebih indah. Ia merupakan buku panduan untuk kehidupan harian yang lebih baik di rumah!
Dalam talian
Tidak sabar menunggu? Kami faham perasaan anda. Anda boleh menyelak-nyelak Katalog ini dengan mengklik di sini dan mendapat akses segera kepada idea segar, produk baharu dan kunjungan rumah yang menarik. Produk yang ditonjolkan dalam katalog ini mungkin tidak tersedia serta-merta. Sila semak IKEA.my untuk maklumat lanjut dan ketersediaan terkini. Katalog kali ini memaparkan 9 jenis buah rumah yang mampu menjadi inspirasi kepada pemilik.
Jom cuci mata sikit dengan katalog baru IKEA 2021. Inspirasi untuk ruang dapur, ruang santai keluarga, ruang kerja dan beberapa ruang lain yang mungkin dapat membantu anda untuk menghias kediaman anda mengikut selera serta bajet masing-masing.
JATTELIK
SAMMANKOPPLA
RAVAROR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap yang lama, pasti akan digantikan dengan yang baru. Tapi tak dinafikan, kadangkala terasa sayang nak ganti lain, mengenangkan nilai sentimental yang dibawa bersama. Lebih-lebih lagi jika barangan yang masih baik dan boleh digunakan. Tidakkah rasa seperti sesuatu pembaziran jika dibuang begitu saja?
Kini, ramai yang kreatif dan rajin. Jadi bagaimana jika ambil perabot atau barangan lamatersebut dan ubahsuai menjadi sesuatu yang tampak baru, menarik dan praktikal.
Seperti yang dilakukan oleh Shida Abd Hamidyang upcycle kerusi meja solek klasik miliknya menjadi lebih moden dan selesa! Menarik dan yang penting, tak perlu pun keluarkan kos yang banyak. Jom kita lihat;
Bahan-bahan :
1. Kerusi lama
2. Cat
3. Span
4. Kain
5. Stapler
6. Hot glue gun
Cara-cara :
Kerusi meja solek yang sudah tidak digunakan ini berusia hampir 10 tahun. Lap dan bersihkan dari habuk atau apa-apa kotoran yang melekat.
2. Cat pada bahagian yang anda mahukan, saya cat bahagian kaki kerusi. Kemudian tunggu hingga betul-betul kering.
3. Setelah kering, ambil span dan lekat menggunakan hot glue gun pada tempat duduk.
4. Ambil kain (saya gunakan kain terpakai, lebihan sarung bantal anak) dan balutkan pada span. Kemaskan kemudian stepler. Mengikut kreativiti masing-masing, lapik span ini ada pelbagai caranya.
5. Dah siap!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biasanya, selepas telur digunakan kita hanya akan membuang saja kulitnya. Tidak pernah terlintas pula nak gunakan lagi kulit telur yang dianggap sebagai bahan buangan.
Tetapi tahukah anda, fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
Suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Lilin
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!