Rumah sentiasa berselerak dan tidak terurus tetapi anda ingin menjadikan rumah anda sentiasa bersih dan selesa?. Kediaman yang sempurna bukan hanya terletak pada perabot mewah tetapi ia lebih daripada itu. Ingin kediaman sempurna memerlukan komitmen yang tinggi daripada anda sendiri. Sebagai panduan, IMPIANA berkongsi beberapa tip rutin yang ringkas bagi memastikan kediaman anda sentiasa kelihatan bersih.

1. Amalkan sikap membasuh pinggan mangkuk selepas makan dan pastikan dapur sentiasa bersih dan kering.

2. Tarik dan kemas cadar serta biarkan ia terdedah pada udara sementara anda mandi dan sarapan. Buka tingkap bilik tidur, ini mengurangkan kelembapan serta debu hama pada cadar dan ruang bilik.

3. Tukar kain tuala dapur dan tuala teh setiap hari.

IKLAN

4. Vakum atau mop lantai dapur setiap hari kerana kotoran dapur amat mudah merebak berbanding ruang lain.

5. Pastikan sinki bersih dan tuala tangan sentiasa ditukar baru. Bersihkan sinki anda. Setiap malam ambil masa 5 minit untuk bersihkan dapur anda sepenuhnya. Basuh pinggan mangkuk, lapkan kaunter dapur, gosokkan sinki sampai dia berkilat. lakukan setiap hari jangan tunggu sinki berkulat.

IKLAN

6. Pastikan tandas sentiasa bersih dan kemas. Tandas yang sentiasa kering adalah yang terbaik.

7. Letakkan semula setiap barang yang diambil dan digunakan supaya anda tidak kusut untuk mencarinya apabila hendak menggunanya kelak.

IKLAN

8. Basuh kain setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu dengan kain menimbun baru hendak dibasuh.

9. Buang sampah. Bunyi macam mudah bukan? Amalkan membuang sampah ke dalam tong sampah luar rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja atau setiap malam.

10. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan, sentiasa bersihkan dan cuci najis haiwan tersebut. Ini kerana jika anda sambil lewa maka keseluruhan rumah akan berbau busuk dan mengundangkan rasa yang tidak selesa kepada anda ataupun tetamu yang datang.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI